28/09/2026
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.
Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, seorang insan yang telah meninggalkan begitu besar jasa dan bakti kepada negara serta masyarakat.
Pemergian Allahyarhamah pada usia 100 tahun merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Beliau bukan sahaja dikenang sebagai seorang tokoh perubatan dan wanita yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara, malah sebagai seorang isteri, ibu dan insan yang sentiasa membawa nilai kelembutan, keteguhan serta pengabdian dalam kehidupan.
Jasa, keteladanan dan sumbangan Allahyarhamah akan terus dikenang oleh generasi yang ditinggalkan. Semoga segala amal bakti beliau menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.
Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya, menerangi serta melapangkan tempat persemadian beliau, dan menempatkan roh beliau bersama golongan solihin dan orang-orang yang beriman.
Salam takziah buat Tun Dr. Mahathir Mohamad, seluruh keluarga, anak-anak, cucu-cucu serta semua yang menyayangi Allahyarhamah.
Al-Fatihah....