21/08/2026
APA ITU LPPSA?
LPPSA (Lembaga Perumahan Pembiayaan Sektor Awam) menyediakan pembiayaan kepada PENJAWAT AWAM YANG TELAH SAH JAWATAN dengan SYARAT dan KADAR FAEDAH yang berpatutan.
KELEBIHAN MEMBINA RUMAH SENDIRI
1. BEBAS dalam memilih rekabentuk rumah idaman anda.
2. JIMAT KOS dari segi pemilihan bahan dan rekabentuk rumah.
3. PELABURAN JANGKA PANJANG untuk kestabilan masa hadapan.
PANDUAN DAN PROSES PERMOHONAN BINA RUMAH DI TANAH SENDIRI DENGAN PEMBIAYAAN LPPSA
1. SEMAK KELAYAKAN (Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan)
โข Telah SAH JAWATAN
โข Masih dalam tempoh perkhidmatan
โข Tidak disenaraihitamkan dalam CCRIS/CTOS
2. PENYEDIAAN DOKUMEN ASAS
โข Salinan kad pengenalan
โข Slip gaji terkini (3 bulan)
โข Penyata KWSP dan Surat Sah Perkhidmatan
โข Salinan hak milik tanah (geran)
3. HAK MILIK GERAN TANAH
โข Status geran 100% hak milik individu, atau ;
โข Status geran berganding nama suami/ibubapa (50:50), atau ;
โข Jika tanah pertanian, perlu dipastikan sesuai untuk pembinaan dan tukar geran tanah kepada hak milik individu (Tertakluk kepada Akta Tanah, syarat pihak berkuasa tempatan, serta keluasan tapak binaan rumah tidak melebihi syarat yang ditetapkan)
4. Lantik Perunding dan Penyedia Pelan (akan diuruskan oleh pihak Pemborong Nasuha)
โข Pelukis Pelan BERDAFTAR DAN BERLESEN โ untuk lukis pelan rumah
โข Jurutera Struktur โ jika rumah melebihi 2 tingkat
โข Kontraktor BERDAFTAR CIDB DAN BERLESEN โ untuk bina rumah
Kami akan bantu anda menyediakan:
โข Pelan rumah lengkap
โข Anggaran kos pembinaan (Borang B โ LPPSA)
โข Surat tawaran bina rumah
**(Untuk makluman pemohon, kos penyediaan pelan dan penyediaan tapak rumah contoh meratakan tapak rumah TIDAK DITANGGUNG oleh LPPSA)
5. Memohon kelulusan pelan rumah dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) โ Akan diuruskan oleh Pihak Pemborong Nasuha
โข Semua dokumen sokongan (Pelan Lokasi, Pelan Struktur, Pelan Saliran dan Sanitari) akan disediakan oleh Pemborong Nasuha.
โข Bayaran Fi PBT โ Disediakan oleh pemohon
6. Permohonan LPPSA (Akan dibantu oleh Pihak Pemborong Nasuha)
Setelah dokumen semua lengkap, permohonan akan diajukan ke pihak LPPSA.
7. Tandatangan Perjanjian dan Daftar Gadaian. Setelah permohonan diluluskan :
โข Pemohon perlu tandatangan perjanjian pinjaman di hadapan peguam.
โข Daftarkan gadaian geran tanah kepada LPPSA melalui peguam
โข Pembayaran projek akan dibuat mengikut proses kemajuan projek secara berperingkat
8. Proses kemajuan projek berperingkat :
Pembahagian Peringkat Bayaran (Secara Am):
Bayaran selalunya terbahagi kepada 6 peringkat utama mengikut Jadual Ketiga Akta Pemajuan Perumahan:
โข Peringkat 1: Siap kerja tapak dan asas (substructure)
โข Peringkat 2: Siap kerangka konkrit dan dinding (superstructure)
โข Peringkat 3: Siap bumbung, pendawaian elektrik, dan perpaipan
โข Peringkat 4: Siap kerja melepa (plastering) dan kemasan lantai
โข Peringkat 5: Siap jalan, perparitan, dan pembetungan
โข Peringkat 6: Siap sepenuhnya dan penyerahan kunci (CCC/OP)
9. Sijil Siap Bina (CCC) dan Serahan Kunci
Selepas rumah siap, dapatkan:
โข Sijil Siap Bina (CCC)
โข Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (dari kontraktor)
10. LPPSA akan buat bayaran akhir setelah semua dokumen lengkap.