Centre of Advanced Automotive Training

Call Directions Website Contact the business

Centre of Advanced Automotive Training Latihan dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu

1. Awareness (1 Hari). Service & Maintenance Hybrid Vehicle (2 Hari).

3.

Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid Dan Elektrik Kolej Komuniti Kepala Batas (Institute of The Motor Industry UK Approved Centre) pusat latihan Re-skilling dan Up-Skilling yang pertama di Malaysia. Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid Dan Elektrik KKKB menawarkan latihan bagi pemain-pemain industri automotif Malaysia (Industri, pelajar, pensyarah) juga orang awam bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi hijau terkini iaitu kenderaan Hibrid dan Elektrik.

Khusus untuk orang awam, pelajar sekolah yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan teknologi kenderaan hibrid dan elektrik, risiko dan lain-lain

2. Remove & Replace Hybrid Components (2 Hari)

4. Inspection & Diagnosis (2Hari)

Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi

Zaimi Bin Zainol
Assessor
0123409217
[email protected]
Center Coordinator

Suhaimi Bin Yusof
Assessor
[email protected]

Mohd Fikri Azri Bin Mat Saad
Assessor
[email protected]

Mohd Zulfahmi bin Zakee
Assessor
[email protected]

Mohd Irwan Fazri bin Che Mohd Nor
Assessor

Pada 16 Oktober 2026, Pengurus Centre of Advanced Automotive Training (CoAT), Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) telah d...
16/10/2026

Pada 16 Oktober 2026, Pengurus Centre of Advanced Automotive Training (CoAT), Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) telah dijemput oleh HRD Corp Penang sebagai penceramah dalam program Focus Group Discussion (FGD) bertemakan “Driving Workforce Development in the Automotive and Retail Industries” yang berlangsung di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, Pulau Pinang.

Program ini menghimpunkan pemain industri automotif dan peruncitan (retail) bagi membincangkan keperluan pembangunan kemahiran serta peningkatan kompetensi tenaga kerja seiring perkembangan teknologi dan industri semasa.

CoAT KKKB turut mengadakan pameran EV Powertrain Teaching Aid bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknologi sistem pacuan kenderaan elektrik (EV) serta pendekatan latihan teknikal yang dilaksanakan di CoAT.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada HRD Corp Penang atas jemputan dan peluang yang diberikan dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi TVET dan pihak industri.

Sesi latihan dan pensijilan antarabangsa Institute of the Motor Industry (IMI), United Kingdom dalam bidang teknologi ke...
16/10/2026

Sesi latihan dan pensijilan antarabangsa Institute of the Motor Industry (IMI), United Kingdom dalam bidang teknologi kenderaan hibrid dan elektrik (EV) telah berjaya dilaksanakan pada 10 hingga 13 Oktober 2026 bertempat di Centre of Advanced Automotive Training (CoAT), Kolej Komuniti Kepala Batas.

Program selama empat hari ini telah disertai oleh peserta daripada dua organisasi, iaitu:

✅ Rapid Bus Sdn. Bhd.

✅ Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah didedahkan kepada pengetahuan teori dan latihan praktikal berkaitan teknologi kenderaan hibrid dan elektrik, merangkumi aspek keselamatan sistem voltan tinggi (High Voltage), pengendalian kenderaan EV, serta prosedur kerja yang selamat dalam pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem EV.

Program ini turut melibatkan penilaian teori dan praktikal berdasarkan standard pensijilan antarabangsa IMI (UK) bagi memastikan peserta memiliki pengetahuan serta kompetensi teknikal yang diperlukan dalam industri automotif masa kini.

Penyertaan daripada sektor industri pengangkutan awam dan institusi pengajian tinggi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya bagi menyokong peralihan industri automotif ke arah teknologi elektrifikasi dan mobiliti mampan.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua peserta serta pihak Rapid Bus Sdn. Bhd. dan UMPSA atas kepercayaan yang diberikan kepada CoAT, Kolej Komuniti Kepala Batas sebagai pusat latihan dan pensijilan kompetensi automotif.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kompetensi profesional serta menyokong pembangunan teknologi kenderaan elektrik di Malaysia.

CoAT KKKB – Empowering Automotive Skills for the Future.

Peluang kerjaya!! Hubungi segera.
08/10/2026

Peluang kerjaya!! Hubungi segera.

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗕𝗥𝗜𝗗 & 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞!Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dan 𝗛𝗘𝗩 𝗦𝗼𝗹𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗦𝗱𝗻. 𝗕...
01/10/2026

𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗕𝗥𝗜𝗗 & 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞!

Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dan 𝗛𝗘𝗩 𝗦𝗼𝗹𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗦𝗱𝗻. 𝗕𝗵𝗱. telah memeterai 𝗦𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗛𝗮𝘀𝗿𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 memperkukuh latihan dalam teknologi kenderaan hibrid dan elektrik.

Majlis ini dihadiri 𝗘𝗻. 𝗦𝗵𝘂𝗵𝗮𝗶𝗺𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗻𝗼𝗹 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗞𝗞𝗕 bersama 𝗘𝗻. 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗜𝗿𝘄𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘇𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗖𝗵𝗲 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝗼𝗿 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 (𝗧𝗣𝗣) serta 𝗗𝗮𝘃𝗶𝗱 𝗟𝗶𝗺, IMI Centre Coordinator & Facilitator dari HEV Solution Sdn. Bhd. serta 𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 𝗼𝗳 𝗔𝗱𝘃𝗮𝗻𝗰𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗼𝗺𝗼𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴 (𝗖𝗼𝗔𝗧@𝗞𝗞𝗞𝗕).
David turut mempunyai pengalaman sebagai jurulatih industri bertauliah NCS-TTT serta jurulatih, penilai dan IQA bagi pusat yang diluluskan IMI.

Kerjasama ini membuka peluang untuk perkongsian kepakaran, pendedahan kepada teknologi terkini dan pembangunan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri automotif.

Bersama melahirkan tenaga mahir, bersedia menghadapi masa depan mobiliti!

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗖𝗼𝗔𝗧@𝗞𝗞𝗞𝗕 𝗞𝗘 𝗔𝗗𝗩𝗔𝗡𝗖𝗘 𝗥𝗘𝗧𝗥𝗢 𝗦𝗢𝗟𝗨𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗦𝗗𝗡. 𝗕𝗛𝗗.𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶, 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗼𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂!...
01/10/2026

𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗖𝗼𝗔𝗧@𝗞𝗞𝗞𝗕 𝗞𝗘 𝗔𝗗𝗩𝗔𝗡𝗖𝗘 𝗥𝗘𝗧𝗥𝗢 𝗦𝗢𝗟𝗨𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗦𝗗𝗡. 𝗕𝗛𝗗.

𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶, 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗿𝗼𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂!

𝗘𝗻. 𝗦𝗵𝘂𝗵𝗮𝗶𝗺𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗮𝗻𝗼𝗹 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵, 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗕𝗮𝘁𝗮𝘀 (𝗞𝗞𝗞𝗕) bersama 𝗘𝗻. 𝗜𝗿𝘄𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘇𝗿𝗶 𝗕𝗶𝗻 𝗖𝗵𝗲 𝗠𝗼𝗱 𝗡𝗼𝗿 Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP), dan 𝗯𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 𝗼𝗳 𝗔𝗱𝘃𝗮𝗻𝗰𝗲𝗱 𝗔𝘂𝘁𝗼𝗺𝗼𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴 (𝗖𝗼𝗔𝗧)@𝗞𝗞𝗞𝗕 telah mengadakan lawatan ke lokasi baharu 𝗔𝗱𝘃𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗥𝗲𝘁𝗿𝗼 𝗦𝗼𝗹𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗦𝗱𝗻. 𝗕𝗵𝗱. 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗿𝘂, 𝗞𝗮𝗷𝗮𝗻𝗴.

Ketibaan Pengarah dan barisan telah disambut mesra oleh 𝗗𝗮𝘃𝗶𝗱 𝗟𝗲𝗼𝘄, 𝗦𝗮𝗹𝗲𝘀 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗴𝗲𝗿.Sepanjang lawatan, rombongan berpeluang 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗷𝗮𝘂 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 serta mengikuti perkongsian tentang 𝐭𝐞𝐤𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐮𝐭𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐟.

Lawatan ini menjadi platform bermakna untuk 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧, selain membuka ruang kepada 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶𝗸 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗞𝗞𝗕 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 dalam memperkukuh latihan dan kemahiran automotif.

30/09/2026
Tahniah diucapkan kepada para tenaga pengajar dari:✅ Kolej Vokasional Matang, Sarawak✅ Kolej Vokasional Tanjung Piai, Jo...
29/09/2026

Tahniah diucapkan kepada para tenaga pengajar dari:

✅ Kolej Vokasional Matang, Sarawak
✅ Kolej Vokasional Tanjung Piai, Johor
✅ Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang

kerana telah berjaya menamatkan Kursus Pensijilan IMI (UK) dalam bidang Kenderaan Hibrid dan Elektrik (EV) yang telah berlangsung pada 26 hingga 29 September 2026.

Program ini merupakan salah satu usaha dalam memperkukuhkan kompetensi tenaga pengajar TVET, khususnya dalam aspek keselamatan, teknologi, sistem dan prosedur kerja berkaitan kenderaan hibrid dan elektrik mengikut standard antarabangsa Institute of the Motor Industry (IMI), United Kingdom.

Penyertaan dalam program ini juga menjadi salah satu langkah persediaan kepada para tenaga pengajar Kolej Vokasional dalam membangunkan serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkaitan teknologi kenderaan hibrid dan EV di institusi masing-masing.

Dengan perkembangan pesat industri automotif ke arah elektrifikasi, tenaga pengajar perlu sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi terkini supaya latihan yang diberikan kepada pelajar kekal relevan dengan keperluan industri.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan serta dikongsikan bersama para pelajar dan warga institusi masing-masing.

Tahniah sekali lagi kepada semua peserta! 👏⚡🚗

Terus melangkah dalam memperkasakan pendidikan dan latihan TVET automotif ke arah teknologi mobiliti masa hadapan.










29/09/2026
𝗖𝗼𝗔𝗧@𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗕𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗙𝗶𝗹𝗶𝗽𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗥𝗲𝘀𝗸𝗶𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗘𝗩KEPALA BATAS, ...
18/09/2026

𝗖𝗼𝗔𝗧@𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗕𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘀𝗶 𝗧𝗩𝗘𝗧 𝗙𝗶𝗹𝗶𝗽𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗥𝗲𝘀𝗸𝗶𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗘𝗩

KEPALA BATAS, 15 September 2026 – Centre of Advanced Automotive Training (CoAT), Kolej Komuniti Kepala Batas terus komited memperkukuh kompetensi tenaga mahir automotif dalam bidang teknologi kenderaan elektrik (EV) apabila menjadi pilihan 𝗝𝗮𝗰𝗼𝗯𝗼 𝗭. 𝗚𝗼𝗻𝘇𝗮𝗹𝗲𝘀 𝗠𝗲𝗺𝗼𝗿𝗶𝗮𝗹 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹 𝗼𝗳 𝗔𝗿𝘁𝘀 𝗮𝗻𝗱 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗲𝘀 (𝗝𝗭𝗚𝗠𝗦𝗔𝗧), 𝗙𝗶𝗹𝗶𝗽𝗶𝗻𝗮 bagi pelaksanaan program peningkatan kemahiran (reskilling).

Seramai lima orang staf JZGMSAT yang diketuai oleh 𝗗𝗿. 𝗔𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗰𝗮 𝗦. 𝗚𝗼𝗻𝘇𝗮𝗹𝗲𝘀, 𝗩𝗼𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗦𝗰𝗵𝗼𝗼𝗹 𝗔𝗱𝗺𝗶𝗻𝗶𝘀𝘁𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿 𝗜𝗜𝗜, 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗠𝗼𝘁𝗼𝗿 𝗜𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝘆 (𝗜𝗠𝗜), 𝗨𝗻𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗞𝗶𝗻𝗴𝗱𝗼𝗺, 𝗧𝗮𝗵𝗮𝗽 𝟭 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗧𝗮𝗵𝗮𝗽 𝟯 pada 12 hingga 15 September 2026 di CoAT@Kolej Komuniti Kepala Batas.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen CoAT@Kolej Komuniti Kepala Batas dalam menyediakan latihan berasaskan kompetensi serta pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang teknologi kenderaan elektrik.

Kerjasama ini turut membuktikan bahawa CoAT@Kolej Komuniti Kepala Batas bukan sekadar menjadi pusat pembangunan kompetensi teknologi kenderaan elektrik di Malaysia, malah semakin mendapat kepercayaan institusi TVET antarabangsa sebagai rakan strategik dalam usaha memperkukuh kemahiran tenaga kerja automotif.

Inisiatif ini selaras dengan hasrat Kolej Komuniti Kepala Batas untuk memperluas jaringan kerjasama antarabangsa serta memperkukuh peranan 𝗖𝗼𝗔𝗧 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗿𝗲𝘀𝗸𝗶𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗽𝘀𝗸𝗶𝗹𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗮𝘂𝘁𝗼𝗺𝗼𝘁𝗶𝗳 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻.

Address

No 87, Lorong Bertam Indah 1, Taman Bertam Indah
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6045792300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre of Advanced Automotive Training posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Centre of Advanced Automotive Training:

Shortcuts

Share

Nearby engineering companies