24/07/2024
Bismillah...
https://sites.google.com/view/sihatdenganmineral/macam-mana-nak-masuk-asrama-penuh
Sekarang dah musim parents bertanya-tanya, 'dah buka ke link untuk apply asrama penuh?' Ramai parents yang risau terlepas pandang sebab link untuk MEMOHON dibuka selalunya dalam 2 ke 3 minggu sahaja.
Selepas tu, link memohon akan ditutup, dan kita tunggu p**a panggilan MENDUDUKI EXAM.
No turning back ya kawan-kawan kalau kalian lupa nak isi link permohonan menduduki exam. Sebab cemerlang macam mana pun anak kalian di sekolah, kalau tak sit for the examinations, memang takda peluang nak ke asrama penuh.
Banyak kes-kes yang parents terlepas pandang, dan rasa sesal sebab anak memang mengharap untuk memohon. Kesian, tapi tak dapat nak tolong apa-apa pun.
Jadi untuk elakkan kekesalan, rajin-rajin skrol group-group FB yg berkenaan ya. Ada 2 group yang paling common, iaitu SEKOLAH BERASRAMA PENUH & MRSM MALAYSIA dan Info Permohonan & Rayuan SBP dan MRSM . Kedua-dua group ni sangat dan telah membantu raaaaaaaaaaaaamai parents di luar sana, insyaAllah :)
Ok berbalik kepada exam tadi...
Ada 2 exam yang anak-anak kita kena ambil untuk 2 institusi sekolah berasrama penuh yang berbeza.
1. PKSK - untuk apply SBP, SBPI, dan MTD
2. UKKM - untuk apply MRSM
Jika kalian nak anak apply salah satu sahaja pun takda masalah. Tapi biasanya, kebiasaannya lah, jika kita rasa anak kita berpotensi untuk memasuki alam persekolahan menengah di sekolah berasrama penuh, kita akan memohon untuk kedua-dua exam :) Ada
Apa langkah pertama nak kena buat kalau nak anak kita masuk asrama penuh?