02/12/2024
ANUGERAH KECEMERLANGAN KONTRAKTOR RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
Pada 1 Disember 2024 (Ahad), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah menyerahkan kunci rumah kepada pemilik kediaman Vila Idaman dan Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena Program Sentuhan Kejayaan KPKT di Vila Idaman, Pinggiran Tanah Hitam, Chemor, Perak.
Syarikat Minda Satria Sdn Bhd juga berbesar hati kerana pada majlis tersebut juga, pihak Minda Satria Sdn Bhd telah menerima Sijil Penghargaan Anugerah Kecemerlangan Kontraktor daripada YBhg. Dato’ Prof. Pengerusi SPNB.