10/07/2026
Signing Ceremony of Letter of Intent (LOI)
ROHM Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mengadakan Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) bersama Politeknik Premier Kota Bharu pada 9 Julai 2026 di bangunan pentadbiran REMA.
Majlis ini merupakan simbolik kepada permulaan hubungan kerjasama antara pihak industri dan institusi pengajian tinggi, dengan hasrat untuk meneroka peluang kolaborasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam pembangunan bakat, perkongsian pengetahuan serta pengukuhan hubungan antara akademia dan industri.
Semoga langkah permulaan ini menjadi asas kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berimpak pada masa hadapan.