23/02/2019
TEKNOLOGI IBS DALAM PEMBINAAN RUMAH IDAMAN ANDA
==================================
Apa itu IBS?
IBS adalah singkatan kepada teknologi Sistem Binaan Berindustri atau Industrialised Building System. Ia adalah istilah yang digunakan di Malaysia untuk teknik pembinaan di mana komponen dihasilkan dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di tapak atau di luar tapak. Ia kemudiannya akan di tempatkan dan dipasang di tapak pembinaan.
5 jenis IBS yang biasa digunakan di Malaysia adalah :
- Sistem Kerangka Panel dan Kekotak Konkrit Pratuang
- Sistem Kerangka Keluli
- Sisten Kerangka Kayu Pra-siap
- Sistem Acuan Keluli
- Sistem Blok Pratuang
Proses Pembinaan Rumah IBS
Mengikut kaedah konvensional, untuk membina rumah si pembuat rumah kena mengangkut batu bata, kayu, simen, pasir, keluli dan lain-lain ke tapak rumah kemudian barulah mula membina rumah dengan bahan-bahan tersebut.
Dengan kaedah IBS p**a, hanya asas rumah sahaja yang dibina dengan cara ini, manakala bahagian dindingnya p**a telah dibuat siap sedia daripada kilang. Hanya perlu dipasang sahaja.
Bahagian dinding ini dipanggil panel IBS. Bahagian inilah yang akan membezakan rumah konvensional dengan rumah IBS.
Panel IBS yang digunakan mempunyai ketahanan dan kelebihan seperti berikut:
• Penebat haba
• Kalis Api
• Kalis Bunyi
• Kalis air dan juga kelembapan
• Tidak mudah pecah @ tahan gegaran
• Ringan
Kepada sesiapa berminat untuk BINA RUMAH IBS boleh hubungi no di bawah :
http://www.wasap.my/60139719595/KontraktorRumahIBS