16/07/2026
Salah satu kelebihan memiliki drone adalah kita sebagai kontraktor boleh memeriksa sekiranya berlaku sebarang kebocoran pada bumbung.
Minggu lepas, Abe yo terima aduan daripada pelanggan Abe yo berkenaan berlaku sedikit kebocoran pada bahagian bumbung dimana air menitik hingga menyebabkan siling berlubang sebesar duit syiling 10sen.
Pada tanggapan awal, Abe yo beranggapan kemungkinan zink flashing terselak atau tercabut akibat hujan + ribut kuat telah melanda kawasan rumah tersebut.
Keesokannya, Abe yo fly drone dan memeriksa dari atas bumbung dan telah mengesahkan tiada sebarang kerosakan pada zink flashing mahupun pada susunan bata atap genting.
Setelah diperiksa, kemungkinan utama adalah semasa angin ribut kencang + hujan. Angin telah menolak masuk sedikit air hujan kebawah zink flashing dan ini hanya berlaku pada waktu angin kuat sahaja.
Sepanjang pembinaan rumah ini, tiada berlaku sebarang kebocoran dan kerosakan pada bumbung rumah tersebut.
Kelebihan memiliki drone adalah menjimatkan bayaran upah tukang untuk melakukan pemeriksaan dan juga menjimatkan masa mengenalpasti sebarang defect dikawasan yang sukar dicapai oleh manusia.
Abe yo menggunakan Drone Model DJI Mini Pro 4