04/06/2026
MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN DAERAH MACHANG βοΈπ§
PENUTUPAN LALUAN FT008, SEKSYEN 348.10 -350.20, JALAN GUA MUSANG - KOTA BHARU BERMULA 08 JUN 2026 SEHINGGA SUATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK (JAMBATAN BAILEY)
Adalah dimaklumkan bahawa laluan FT008, Seksyen 348.10 - 350.20, Jalan Gua Musang - Kota Bharu DITUTUP KEDUA-DUA ARAH LALUAN ARAH DARI KOTA BHARU MENUJU KE GUA MUSANG DAN DARIPADA GUA MUSANG KE KOTA BHARU KEPADA SEMUA JENIS KENDERAAN. Notis penutupan ini berkuatkuasa BERMULA 08 JUN 2026 JAM 12.00 A.M (TENGAH MALAM) sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Penutupan ini dibuat bagi kerja membuka semula jambatan Bailey dan seterusnya menjalankan kerja-kerja pembaikan struktur jalan yang mengalami kerosakan akibat daripada kejadian mendapan (sinkhole) yang berlaku sebelum ini.
Sehubungan itu, langkah penutupan ini dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini. Papan tanda pemberitahuan akan dipasang di lokasi laluan bagi panduan pengguna jalan raya.
Semua pengguna dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternative yang dicadangkan yang lebih selamat sepanjang tempoh penutupan. Kerjasama dan perhatian semua pihak dalam mematuhi tanda arah dan arahan keselamatan yang disediakan amatlah dihargai.
Cr: JKR Jajahan Machang
Roadcare Malaysia Sdn Bhd
Roadcare Pasir Mas Section
Roadcare Gua Musang