ZMZ Engineering & Construction

ZMZ Engineering & Construction Engineering & Construction based company

Tandatangan Construction Aggrement bersama Izzati, Zuriyanti & Co - IzCo-
02/04/2024

Tandatangan Construction Aggrement bersama Izzati, Zuriyanti & Co - IzCo-

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Banglo 1 Tingkat di Pasir Mas, KelantanKeluasan - 3036sqftHarga - RM485kSpesifikasi - Pa...
27/02/2024

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Banglo 1 Tingkat di Pasir Mas, Kelantan

Keluasan - 3036sqft
Harga - RM485k
Spesifikasi - Pakej Premium
5 bilik, 4 bilik air, Ruang Tamu, Ruang Keluarga, Dapur Basah, Dapur Kering, Beranda

Kelulusan Kebenaran Merancang ✓
Kelulusan Pelan Bangunan ✓

Kerja-kerja mencuci kawasan cadangan membina rumah
15/07/2020

Kerja-kerja mencuci kawasan cadangan membina rumah

04/09/2017



MENGAPA BUMBUNG PENDEK?

1. Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.

2. Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.

3. Fungsi bumbung selain beri 'rasa' cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.

4. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus kedinding rumah. Dinding akan menjadi seperti 'span' cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.

5. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam 'steamboat' nanti.

6. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.

7. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air kedalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus kedalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.

8. Pemaju jana keuntungan dari 'design modern' ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25' x 40'.

9. Bagaimana kita tahu bahawa 'design hebat' ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.

10. Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.

11. Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.

Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa disini. Moga jelas dan makin faham.

Azizul Azli Ahmad (PhD)
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. UiTM Perak




Partition
17/06/2017

Partition

Rumah yang telah siap dibina di pasir mas, Kelantan. Keluasan - 1600sqftHarga - RM 135/ sqft
07/10/2016

Rumah yang telah siap dibina di pasir mas, Kelantan.
Keluasan - 1600sqft
Harga - RM 135/ sqft

01/08/2016

SHARING...

PERKARA ASAS SEBELUM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap individu terutamanya bagi yang sudah berkeluarga. Jadi disini, pihak kami cuba untuk berkongsi secara ringkas berkaitan perkara asas yang perlu anda ketahuinya.

1. Geran Tanah
- Geran amatlah diperlukan untuk mengenalpasti pemilikannya. Pastikan geran tanah tersebut tertera nama anda sebagai pemiliknya atau anda salah seorang, yang sorang lagi isteri/suami. Selain daripada itu, semak kategori/kegunaan tanah contohnya, pertanian/bangunan kediaman/bangunan komersial. Keluasan tanah dan pelan tanah juga perlu diambilkira dalam menentukan keluasan dan rekabentuk kediaman anda.

2. Keadaan Tanah
- Kalau kawasan tu semak samun, anda perlu membersihkan sendiri tanah dengan duit poket sendiri. Kalau tanah tu jenis tanah lembah/rendah, anda perlu tambun dahulu dengan duit poket sendiri. Pada kebiasaannya kontraktor cuma sediakan rumah sahaja, tetapi anda boleh meminta kontraktor untuk buat kerja membersih dan menambun tanah dengan kos tambahan. Kos menambun tanah ni boleh dimasukkan sekali dalam bajet bina rumah dengan syarat ianya ditulis dalam perjanjian dengan kontraktor, baru bank atau kerajaan akan kira kos tersebut.

3. Pelan Lakaran Rumah
- Bab ni menuntut anda supaya jadi pelukis handalan, tapi tak payah lukis comei pun. Asal nampak pelan susunatur yang berkenan dihati pun jadilah. Lazimnya, arkitek/pelukis pelan akan bagi beberapa 'sample' sebagai rujukan anda. Pelan tanah memainkan peranan penting dalam keluasan dan pelan susunatur rumah anda, mintalah pandangan daripada arkitek/pelukis pelan. Anda juga perlu pandai memilih dan merekabentuk pelan susunatur rumah anda agar pelan tersebut memberi keselesaan kepada anda dan memudahkan untuk anda membuat tambahan struktur rumah pada masa depan.

4. Bajet Kewangan
- Perlu ambil perhatian bahawa bajet akan menentukan keluasan, rekabentuk dan spesifikasi rumah anda. Biasanya, arkitek/pelukis pelan/kontraktor akan membuat anggaran harga berdasarkan keluasan sesebuah rumah. Kos penyediaan pelan lakaran rumah, bayaran kepada badan berkanun sehingga kelulusan pelan diperolehi dan bayaran untuk mendapatkan Sijil Kesiapan dan Pematuhan (CCC) anda perlu tanggung sendiri. Ditambah p**a apabila anda bina rumah menggunakan pinjaman bank atau kerajaan, anda perlu lantik peguam untuk urus penyediaan dokumen pinjaman. Dapatkan nasihat daripada arkitek/pelukis pelan/kontraktor/peguam anggaran bajet kewangan rumah idaman anda.

5. Spesifikasi
- Tak ramai yang bertanya bab ni. Spesifiksai adalah bahan-bahan yang akan digunakan dalam membina rumah, contohnya penggunaan batu-bata samada bata simen atau bata merah untuk dinding rumah, rangka pintu dan tingkap samada kayu atau besi aluminum, kemasan lantai samada simen konkrit atau jubin seramik dll. Kadang-kadang arkitek/pelukis pelan memasukkan spesifikasi didalam pelan lakaran mereka tanpa disedari oleh pelanggan. Oleh itu, ramai di antara pelanggan merungut pasal spesifikasi yang mungkin 'tak padan' dengan bajet mereka. Akibatnya, wujud konflik antara kontraktor dan pelanggan. Kontraktor menganggap kerja mereka betul manakala pelanggan tak berpuas hati dengan apa yang disediakan oleh kontraktor. Terbaiknya, bawalah berbincang dengan kontraktor tentang spesifikasi ini dan persetujuannya hendak dibuat bertulis, jangan ikut cakap mulut je dan bila ada masalah, baru nak menyesal.

Akhirnya, bila pelan lakaran rumah telah pun siap dan telah diluluskan oleh badan berkanun, barulah anda perlu fikirkan langkah seterusnya iaitu untuk buat pinjaman bank atau kerajaaan. Bagi yang poket tebal boleh bina terus je. Kami ingin menasihatkan anda semua supaya pilihlah pinjaman yang terbaik, peguam yang terbaik dan kontraktor yang terbaik bagi menguruskan pembinaan rumah impian anda itu.

Kediaman Impian Anda..!!!

01/08/2016

SHARING...

Pemilik rumah yang merancang untuk membuat pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda. Berikut adalah 5 kesilapan biasa pelan rumah yang harus diberi perhatian oleh anda:

1. Membuat pelan rumah tanpa merujuk undang-undang kerajaan tempatan.

2. Memulakan melakar pelan rumah tanpa mangambil kira saiz dan lokasi lot dimana rumah tersebut dibina. Lokasi rumah sangat penting.

3. Membuat pelan rumah diluar kemampuan kewangan pemilik rumah.

4. Mengurangkan kos pelan rumah dengan mendapatkan khidmat nasihat bukan professional.

5. Bergantung kepada pendapat dan keputusan designer rumah tanpa membuat kaji selidik tentang rumah anda.

Membuat pelan rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan pemilik rumah akan melakukan kesilapan semasa proses membuat pelan rumah mereka. Walaupun begitu pemilik rumah masih boleh mengelakkan kesilapan sekiranya mereka tahu apa yang perlu dielakkan.

01/08/2016

SHARING...

Pilihan dalam pemilikan hartanah setiap orang pastinya berbeza. Nak main undercon ke, subsale ke, lelong dll, itu adalah hak anda sendiri. Kalau asyik nak buat perbandingan antara skil masing2 dan ilmu masing2, sampai bilo pun tidok selesai masalah. Lonih perlu ada tindakan untuk memiliki hartanah, bukan tunggu dan tunggu. Bersama kita jayakan slogan " Hartanah Untuk Semua " terutama buat orang kita sendiri.

Semua jenis pemilikan hartanah tu anda beli dan pastikan setiap pembelian itu ada kelebihan untuk anda sendiri. Ada juga orang dapat memiliki hartanah secara percuma dan jalan terbaik untuk dapat free rumah adalah jadilah pemaju perumahan.

Kenali Jenis Hartanah

# Undercon - asalnya Under Construction. Hartanah baru, belum dibina atau sedang dibina. Harga dikawal pemaju. Risiko terbengkalai tinggi. Hi risk hi return. Kenaikan harga pantas antara tempoh launching dan siap.

# Subsale - Hartanah sudah siap dibina terjual di pasaran ataupun second hand. Pilihan paling selamat dan kenaikan harga stable kecuali bila ada tambahan booster.

# Lelong - sejenis hartanah yang diambil semula oleh bank dan biasanya dijual pada harga bawah harga pasaran (BMV-below market value). Ada risiko tersendiri tapi return juga tinggi.

BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRIHARGA : RM 240,500* KELUASAN : 1850 sqft  - 4 bilik tidur, 4 bilik air- Kos guaman percuma-...
28/07/2016

BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

HARGA : RM 240,500*
KELUASAN : 1850 sqft
- 4 bilik tidur, 4 bilik air

- Kos guaman percuma
- Kos kelulusan pbt percuma
- Kos rekabentuk percuma

TEMPAHAN UNTUK OGOS DAN SEPTEMBER 2016 - TV 42" PERCUMA!!!

BERMINAT?? HUBUNGI - 0139833090 CALL / WHATSUP

Address

Lot 1258, Batu 3 3/4, Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
15100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ZMZ Engineering & Construction posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ZMZ Engineering & Construction:

Share