PN Kuala Pilah

PN Kuala Pilah politics, NGO, Broad Of Trusty Fishing pond,wild, Deep sea

RESET N9
02/05/2026

RESET N9

DEDAH....
02/07/2025

DEDAH....

Kedaulatan dan kepentingan Malaysia ke atas segenap inci wilayah negara, khususnya di kawasan maritim strategik di Blok Ambalat, yang kaya dengan simpanan minyak serta gas asli, wajib dipertegas dan dipertahankan.

Langkah membuat pembangunan bersama (joint development) secara tergesa-gesa, ketika wilayah kedaulatan maritim negara dituntut negara luar boleh menjerumuskan kepentingan nasional dalam keadaan samar.

Lebih menimbulkan persoalan, pengumuman pembangunan bersama di Ambalat ini dilihat berbeza dengan beberapa siri jawapan Perdana Menteri termasuk ketika isu mengenai Triti Sulawesi dan Ambalat dibangkitkan di Parlimen.

Sehubungan itu, Perikatan Nasional menuntut butir-butir mengenai pembangunan bersama di Ambalat dan dokumen Triti Sulawesi dibahaskan di Parlimen kerana rakyat berhak tahu kedudukan sebenar isu ini.

30/05/2025
29/04/2025

KENYATAAN MEDIA


KERUSI P.166 PARLIMEN LABUAN WAJIB DIISYTIHARKAN KOSONG DAN
SUATU PILIHAN RAYA KECIL WAJIB DIADAKAN SEGERA


Hari ini saya selaku Ketua Whip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, menuntut pengisytiharan kekosongan kerusi P.166 Parlimen Labuan susulan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April 2025 yang membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan yang difailkan YB Dato’ Indera Suhaili Abdul Rahman terhadap BERSATU.

Memandangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan YB Dato’ Indera Suhaili, maka jelas alasan yang dijadikan sandaran oleh YB Tan Sri Speaker untuk tidak mengosongkan kerusi P.166 Labuan dan menolak permohonan saya dalam surat terdahulu bertarikh 9 Julai 2024, sudah tidak lagi relevan dan terpakai.

Oleh itu, YB Tan Sri Speaker tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghormati dan menjunjung mulia Perlembagaan Persekutuan dengan membuat perisytiharan bahawa berlaku kekosongan bagi kerusi P.166 Parlimen Labuan untuk membolehkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat ketetapan untuk suatu pilihan raya kecil diadakan segera.


DR. RONALD KIANDEE
Ketua Whip
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Kuala Lumpur – 29 April 2025

29/04/2025
Alhamdulillah!Program Kongsi Rezeki Aidilfitri telah berjaya dilaksanakan di Kuala Pilah, dengan pengagihan ayam dan tel...
08/04/2025

Alhamdulillah!

Program Kongsi Rezeki Aidilfitri telah berjaya dilaksanakan di Kuala Pilah, dengan pengagihan ayam dan telur kepada 400 isi rumah yang memerlukan. Terima kasih kepada semua yang menyumbang tenaga, masa dan rezeki – khususnya sahabat kami Cikgu Fadil dan NGO kawasan yang bersama menjayakan misi ini.

Moga sedikit bantuan ini membawa kegembiraan menjelang Syawal. Doakan kami terus istiqamah dan dipermudahkan untuk anjurkan lebih banyak program sebegini pada masa akan datang.

06/04/2025
Majlis Berbuka Puasa bersama pucuk pimpinan Perikatan Nasional Pusat.
04/04/2025

Majlis Berbuka Puasa bersama pucuk pimpinan Perikatan Nasional Pusat.

Address

Kota Tinggi
72000

Telephone

+60192646040

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PN Kuala Pilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PN Kuala Pilah:

Share