FRA Technical Services

FRA Technical Services Menjalankan kerja-kerja servis / selenggara, baikpulih dan pemasangan penyaman udara.

Suis aircond.Suis aircond hendaklah tidak berkongsi dengan   peralatan elektrik yang lain dan penggunaan 3 ways socket a...
26/03/2022

Suis aircond.

Suis aircond hendaklah tidak berkongsi dengan peralatan elektrik yang lain dan penggunaan 3 ways socket amat tidak digalakkan kerana menyebabkan beban arus terlalu tinggi kemungkinan akan mencetuskan kebakaran!

Lebih baik jika suis aircond diletakkan secara berasingan dan menggunakan soket 15 amp jika aircond anda 1 hp.

Utamakan keselamatan.



Servis aircond berkala.Servis aircond secara berkala akan memastikan prestasi aircond ditahap optimum, beroperasi secara...
23/02/2022

Servis aircond berkala.

Servis aircond secara berkala akan memastikan prestasi aircond ditahap optimum, beroperasi secara efisyen dan menjimatkan bil elektrik! 😉

Bilik tidur akan cepat sejuk kerana aircond beroperasi ditahap optimum akan menjamin keselesaan anda.🥰

Servis aircond

Untuk pertanyaan hubungi

https://wa.me/+601129816465
https://wa.me/+601129816465

Aircond bocor.Kami jalankan pembersihan dalam takungan air buang yang berlumut supaya pam dapat berfungsi dengan betul. ...
15/02/2022

Aircond bocor.

Kami jalankan pembersihan dalam takungan air buang yang berlumut supaya pam dapat berfungsi dengan betul. Tiada lagi air menitik ke lantai rumah!

Hubungi kami:
https://wa.me/+601129816465
https://wa.me/+601129816465

FRA TECHNICAL SERVICES
KUALA LIPIS




Perlu ke servis aircond?Tahukah anda, adalah bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik? Le...
13/02/2022

Perlu ke servis aircond?

Tahukah anda, adalah bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik? Lebih-lebih lagi dengan cuaca beriklim tropika seperti Malaysia. Kewujudan penyaman udara boleh mengawal suhu di tempat kerja dan juga rumah. Namun jiga tidak disenggara dengan baik, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Jika anda tidak menyenggara penyaman udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit penyaman udara anda. Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran dan habuk. Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi.

Apabila bakteria, virus atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda, tentulah kesannya lebih buruk lagi!
Jika anda biarkan penyaman udara anda tidak diservis atau disenggara, setiap kali anda memasang penyaman udara anda, anda akan terus menerus menghidu udara yang tidak bersih.

Anda haruslah memastikan sistem penyaman udara anda sentiasa diservis dan disenggara dengan baik oleh professional. Oleh sebab itu kami di ACSON ingin berkongsi dengan anda bahaya jika anda tidak menyeggara penyaman udara anda dengan baik.

Penyenggaraan penyaman udara yang disediakan oleh syarikat penyenggaraan profesional datang dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada jenis pengeluar penyaman udara, tahap penggunaanya, dan faktor persekitaran yang lain.

Penyenggaraan asas merangkumi proses menyedut habuk yang terkumpul; mencabut dan membersih penapis; membersihkan unit pemeluwapan, gegelung penyejat, roda peniup dan bilah kipas, dulang saliran; membersih paip saliran; mengesan masalah bunyi; sistem penyejukan dan komponen elektrik.

Unit penyaman udara perlu diservis secara berkala oleh juruteknik bertauliah bagi memastikan ia dapat berfungsi secara optimum dan selamat.
_____________________________________________

7 sebab kenapa unit penyaman udara perlu diservis.

1. Memanjangkan jangka hayat

Servis berkala penting supaya unit penyaman udara anda boleh beroperasi tanpa beban yang tinggi. Ia juga dapat memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara anda. Kecekapan unit untuk beroperasi seperti asal bakal berkurangan di sebabkan kotoran pada penyejat dan pemeluwap jika unit tidak atau jarang diservis.

2. Udara bersih

Untuk mendapatkan udara bersih, unit penyaman udara hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana semasa servis, penapis udara telah dibersihkan bagi menjamin kualiti udara lebih baik. Jadi anda akan terhindar daripada penyakit seperti alahan, resdung dan juga asma!

3. Mengelak kebocoran

Selain itu saluran air juga boleh tersumbat jika unit penyaman udara anda tidak diservis mengikut jadual. Kebiasaannya ia tersumbat disebabkan oleh lumut dan habuk. Saluran yang tersumbat akan menyebabkan air menitis ke lantai rumah anda.

4. Menjimatkan elektrik

Unit dapat beroperasi dengan cekap jika ia diservis mengikut jadual. Tenaga tambahan juga tidak diperlukan untuk unit beroperasi. Bil elektrik anda boleh meningkat kerana tenaga tambahan atau beban tambahan ini.

5. Kesan masalah kerosakan lebih awal

Jika terdapat sebarang masalah, juruteknik dapat mengesan ia lebih awal ketika servis. Ini dapat mengelakkan perbelanjaan besar untuk kos penyelenggaraan dan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

6. Nasihat pakar

Anda boleh mendapatkan nasihat tentang apa sahaja yang berkaitan dengan unit penyaman udara daripada juruteknik yang datang sewaktu perkhidmatan servis. Secara tak langsung anda dapat menambahkan pengetahuan anda dalam bidang ini.

7. Keselamatan

Paling utama, unit penyaman udara anda perlu diservis disebabkan soal KESELAMATAN. Anda haruslah mengutamakan keselamatan anda dan juga orang lain. Perkhidmatan servis yang kerap akan menjamin keselamatan unit dari segi pendawaian elektrik dan juga punca bekalan kuasa.

Sumber:
https://www.acson.com.my/7-sebab-anda-perlu-senggara-penyaman-udara

Wasap kami
Link diruangan komen!

10/02/2022

Penjagaan penyaman udara mengikut pengeluar (kilang)!

Apa yang anda perlu tahu

Cara Servis Aircond Rumah Semudah 3 Langkah!

Penyaman udara mungkin antara alatan yang kerap digunakan. Ini bermaksud anda perlu tahu cara penjagaan penyaman udara anda supaya ia dapat berfungsi dengan lebih lama dan lebih baik.

Penggunaan secara kerap juga menyebabkan unit penyaman udara penuh dengan kotoran, habuk, bakteria berbahaya, kuman dan juga kulat. Ini bermaksud anda sentiasa bernafas dalam udara yang tercemar dan berpotensi kepada penyakit dan risiko kepada kesihatan.

Lebih-lebih lagi kanak-kanak atau yang mempunyai masalah pernafasan. Baca maklumat di bawah ini dan ketahui bagaimana anda boleh mengelakkan perkara-perkara di atas.

1. Pembersihan Penapis (filter)

Setiap penyaman udara dilengkapi dengan penapis. Penapis ini perlu dibersihkan setiap bulan. Namun ia bergantung kepada penggunaan. Makin kerap anda guna, kami syorkan anda mencucinya sekali sebulan.

2. Pembersihan Unit Dalam (Indoor)

Bergantung kepada kekerapan penggunaan, untuk penggunaan yang biasa atau normal, anda perlu mencuci penapis penyaman udara anda sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Jika anda tidak yakin untuk melakukannya cari juruteknik atau professional yang boleh membantu anda melakukan kerja pembersihan terutamanya yang melibatkan pembersihan coil dalam.

Anda juga perlu rajin bersihkan permukaan unit penyaman udara anda.Pembersihan yang kerap penting supaya anda dapat memanjangkan hayat unit penyaman udara anda dan memastikan udara sekitar bersih sekaligus menjimatkan tenaga elektrik.

Selain itu cucian kimia juga perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali pada setiap tahun. Sebaiknya ia perlu dilaksanakan oleh golongan yang profesional. Cucian kimia dapat membunuh bakteria, virus, dan juga kulat yang boleh mengakibatkan alahan, resdung dan juga asma.

3. Pembersihan Unit Luar (Condenser)

Unit luar (condensor) anda juga perlu dibersihkan untuk mengelakkan kotoran terkumpul sekaligus akan membuatkan unit ini tersumbat dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Kebiasaannya unit luar akan dikotori pasir dan daun-daun dari pokok yang gugur. Pembersihan unit dalam dan unit luar boleh dilakukan oleh pakar-pakar penyelenggaran penyaman udara yang boleh didapati secara online atau pengesyoran oleh kawan-kawan anda.

Kesimpulan

Cara servis aircond rumah sememangnya mudah untuk dilakukan. Pastikan juga anda membuat servis pada penyaman udara anda pada setiap 6 bulan sekali (bergantung pada penggunaan serta keadaan persekitaran). Ini bagi memastikan penyaman udara anda sentiasa berfungsi dengan baik. Penyaman udara yang tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan banyak masalah akan timbul.

Antaranya ialah:
A. Kurang sejuk
B. Bil elektrik bulanan akan meningkat
C. Saluran paip akan tersumbat dengan kotoran dan menyebabkan air menitis ke dalam rumah
D. Jangka hayat compressor dan motor tidak bertahan lama
E. Rosak dan kadangkala tidak boleh digunakan lagi.

enggunaan secara kerap juga menyebabkan aricond penuh dengan kotoran dan habuk, anda perlu tahu cara penjagaan penyaman udara anda supaya ia dapat berfungsi dengan lebih lama dan lebih baik.

10/02/2022
09/02/2022

Servis aircond
Normal servis rm50
Chemical servis rm100
❄️

Autogate system tenggelam banjir! 😥Penyelesaian dengan memindahkan panel sistem ke tempat yang lebih tinggi dan diganti ...
29/01/2022

Autogate system tenggelam banjir! 😥

Penyelesaian dengan memindahkan panel sistem ke tempat yang lebih tinggi dan diganti dengan panel yang baru.

Panel sistem adalah elektronik sepenuhnya dan sangat sensitif dengan air, lebih-lebih lagi air berlumpur yang menyebabkan sistem elektronik berkarat!

Nak pulihkan semula sistem autogate anda yang dah rosak?

Atau sebarang pertanyaan

Hubungi kami

https://wa.me/+601129816465
https://wa.me/+601129816465

FRA Technical Services
Kuala Lipis




Address

Kuala Lipis
27200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FRA Technical Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share