Alisya Property

Alisya Property A Real Estate Negotiator in Klang Valley. Focusing on first-time homebuyers. Free consultations.

“Rumah mahal, baik sewa je?” Jom kita sembang realiti.📌 Ramai orang tanya Alisya:“Eh Alisya, sekarang ni harga rumah mak...
23/07/2025

“Rumah mahal, baik sewa je?” Jom kita sembang realiti.

📌 Ramai orang tanya Alisya:

“Eh Alisya, sekarang ni harga rumah makin gila. Baik sewa je kot. Lagipun, tak pening kepala fikir loan, repair, cukai, semua tu…”

😅 Ayat biasa kan? Tapi… cuba fikir balik.

Kalau kita sewa rumah RM1,200 sebulan, dalam 5 tahun je dah keluar RM72,000.
Rumah tu jadi milik kita ke?
Tak juga.
Kita cuma tolong bayarkan loan tu untuk tuan rumah.

💔 Dan paling sedih? Bila tuan rumah tiba-tiba nak jual, kita kena pindah. Anak pun baru nak mesra dengan jiran…

🏡 Tapi kalau kita beli rumah?

✔️ Bulan-bulan bayar pun, duit tu “masuk poket” sendiri sebab rumah tu milik kita.
✔️ Bila dah habis bayar nanti, tak payah risau pasal sewa sampai tua.
✔️ Boleh sewakan, boleh renovate ikut s**a, boleh jual bila harga naik.

Pendek kata beli rumah ni macam kita tanam pokok duit jangka panjang.

💭 “Tapi Alisya, saya belum bersedia…”

Tak apa. Bukan semua orang boleh terus beli rumah. Tapi semua orang boleh bersedia dari sekarang.
Daripada takut tengok harga rumah naik, apa kata kita mula buat plan kecil hari ni?

Beli rumah ni bukan untuk orang kaya.
Beli rumah ni untuk orang yang berani mula dulu.

Alisya Wong
REN 45705
NAS Realty

Nak tanya pasal kelayakan? Alisya ada je. DM je laju-laju.
Kalau takut, jangan risau. Kita sembang dulu, beli nanti pun tak apa 😄

At Empire City Work Station
23/12/2023

At Empire City Work Station

Happy Sunday you alls☺️
10/12/2023

Happy Sunday you alls☺️

Menjelang Tahun baru 2024☺️
09/12/2023

Menjelang Tahun baru 2024☺️

Mana lebih baik? Beli atau Sewa Rumah?Bila masa yang sesuai untuk beli rumah?Keputusan beli rumah selalu jadi dilema. Pa...
09/12/2023

Mana lebih baik? Beli atau Sewa Rumah?

Bila masa yang sesuai untuk beli rumah?

Keputusan beli rumah selalu jadi dilema. Patut ke beli? Atau sewa rumah lebih baik?

Sebenarnya keputusan sewa atau beli rumah ini bergantung kepada beberapa faktor. Ada beberapa keadaan sewa rumah lebih baik dari beli.
Contohnya :
Harga hartanah sekarang memang mencanak termasuklah harga pangsapuri dan kondominium. Bayaran bulanan sekitar RM2,500. Kalau untuk orang muda yang baru sahaja berkerja atau berkeluarga pasti terasa beban nak tambah komitmen. Kadar sewa p**a sekitar RM1,500 sahaja berbanding beli dengan bayaran bulanan RM2,500.
Jimat sekitar RM1,000 sebulan! Setahun jimat RM12,000! Banyak tu😏 tapi adakah anda simpan RM1,000 tu🤨.

Beli rumah melibatkan banyak perbelanjaan. Deposit dan Kos yuran-yuran lain boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Contoh untuk rumah RM380,000. Anda kena sediakan sekitar RM50,000.
Besar jumlah tu. Apatah lagi untuk orang muda atau baru berkeluarga. Sesetengah kita ada juga komitmen untuk bantu ayah mak dan juga adik-beradik.
Tapi, tahukah anda sekarang banyak developers memberi percuma semua kos-kos itu. Sudah tak perlu runsing untuk mencari duit lebih untuk membayar deposit dan kos yuran lain-lain.

Walauapapun, yang penting kita menyimpan sedikit demi sedikit dan tanamkan azam untuk memiliki rumah suatu hari nanti.
Untuk jangkamasa panjang, beli rumah adalah lebih baik. Kita beli bilamasa kita dah bersedia😉

Address

MEDAN KLANG LAMA 28
Kuala Lumpur
58000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alisya Property posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alisya Property:

Share