02/03/2026
IKLAN JAWATAN KOSONG – RIMY GROUP
JAWATAN: Pembantu Sumber Manusia (HR & Admin Assistant)
LOKASI: Boulevard Business Park, Jalan Kuching, Kuala Lumpur
LATAR BELAKANG SYARIKAT
RIMY Group adalah kontraktor yang aktif dalam bidang pembersihan, pembekalan dan pembinaan. Kami komited menyediakan persekitaran kerja profesional, dinamik, dan peluang pembangunan kerjaya kepada semua staf. Laman Web https://www.rimyresources.com
GAJI
• RM2,300 – RM2,800 sebulan (bergantung pengalaman, kelayakan dan penilaian pihak pengurusan)
• Jawatan adalah kontrak 2 tahun, tertakluk kepada prestasi dan polisi syarikat
KELAYAKAN / PROFIL CALON
• Minimum Diploma dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia / HR
• Pengalaman minimum 2 tahun dalam bidang berkaitan
• Mahir menggunakan Sistem / Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia
• Mahir menggunakan Microsoft Office (Word & Excel)
• Boleh bekerja secara berdikari, bertanggungjawab dan menerima arahan
• Bersedia menjalankan pelbagai tugas (multitasking)
• Mempunyai sikap positif, jujur, amanah dan profesional
• Rekod peribadi bersih (tiada rekod jenayah)
• Mesti bersedia komited sepenuhnya sepanjang kontrak, termasuk menghadiri aktiviti syarikat jika diperlukan
• Keutamaan: Tinggal berdekatan Jalan Kuching / Gombak / Setapak, Kuala Lumpur
SKOP TUGAS
• Mengurus fail pekerja dan rekod HR
• Mengurus kehadiran pekerja
• Membantu urusan payroll termasuk KWSP, PERKESO, PCB & HRDF
• Membantu pengambilan pekerja baru
• Menyediakan surat rasmi HR
• Mengurus pekerja asing jika diperlukan
• Membantu kerja pentadbiran pejabat
• Membantu urusan tender jika diperlukan
• Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan
• Skop kerja boleh berubah mengikut keperluan syarikat
WAKTU BEKERJA
• Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 6:00 petang
• Sabtu jika diperlukan
• Bersedia bekerja lebih masa jika perlu
TERMA JAWATAN / KONTRAK
• Tempoh percubaan (probation): 3 bulan, boleh dilanjutkan jika perlu
• Pengesahan jawatan selepas probation berdasarkan prestasi dan penilaian pihak pengurusan
• Syarikat berhak menamatkan kontrak lebih awal sekiranya prestasi atau disiplin pekerja tidak memuaskan, tertakluk kepada notis yang ditetapkan
• Kontrak boleh diperbaharui bergantung kepada prestasi dan keperluan syarikat
• Perkhidmatan tertakluk kepada polisi dan peraturan syarikat serta undang-undang pekerjaan Malaysia
KELEBIHAN / BENEFIT
• EPF & SOCSO disediakan
• Cuti tahunan dan cuti sakit
• Insurans perubatan akan mula diberikan selepas 6 bulan berkhidmat (melalui kaedah reimbursement atau polisi kumpulan)
• Aktiviti syarikat termasuk tetapi tidak terhad kepada Dinner Akhir Tahun, Iftar Ramadhan & Open House Hari Raya
• Persekitaran kerja profesional dan dinamik
CARA MEMOHON
• Hantar resume lengkap beserta gambar terkini melalui:
• WhatsApp: http://wa.me/60128069089
• Email: [email protected] / [email protected]
• Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga
゚viralシ