17/06/2013
Satu hari Syeikh Abu Yazid al Bustami (seorang wali Allah) sedang berjalan, tiba2 kelihatan seekor anjing berlari2 menghampirinya. Lalu beliau segera mengangkat jubahnya..
Tiba2 anjing tersebut berkata2, "Tubuhku kering dan aku tidak melakukan kesalahan apa2. Sekiranya tubuhku basah, engkau menyucinya dengan air yg bercampur tanah tujuh kali maka selesailah persoalan diantara kita.
Tetapi apabila engkau mengangkat jubah seperti seorang yg angkuh, dirimu tidak akan menjadi bersih walaupun engkau membasuhnya dengan tujuh lautan".