Ksrfkum - Kelab Sukan & Rekreasi Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya

Ksrfkum - Kelab Sukan & Rekreasi Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya SELAMAT DATANG KE KELAB SUKAN & REKREASI, FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI MALAYA (KSRFKUM)

SELAMAT DATANG KE KELAB SUKAN & REKREASI, FAKULTI KEJURUTERAAN, UNIVERSITI MALAYA (KSRFKUM)

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama - sama kami disini. Untuk pengetahuan semua, page ini bukan sahaja menyampaikan info terkini berkaitan kelab sukan & rekreasi kami, malah anda akan disajikan dengan laporan - laporan aktiviti, hebahan kejadian malah info - info yang berguna dan menghiburkan.

Diharap dengan wujudnya page ini sedikit sebanyak dapat merapatkan lagi hubungan staff FKUM sesama sendiri dan dapat memberi faedah kepada kita semua.

11/05/2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan, bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak 1440H/2019, Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) dengan Kerjasama JK Surau Fakulti Kejuruteraan akan menganjurkan Majlis IFTAR PERDANA @ ENGINEERING 2019.

Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 24 Mei 2019 (Jumaat)
Masa : 6:00 ptg - 10:30 mlm
Tempat : Makmal Design, Aras Bawah, Blok D

Tema : Potluck style
(Pihak kami amat berbesar hati, agar tuan/puan dapat membawa makanan secara 'potluck' bagi memeriahkan majlis dan mengeratkan hubungan ukhwah sesama kita)

Semua kakitangan Akademik, Sokongan dan Pelajar Ijazah Dasar & Pelajar Ijazah Tinggi dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Sila lengkapkan google form di bawah bagi mengesahkan kehadiran anda.

*https://forms.gle/ynNtg5tLcDVfdLDt7*

Lanjutan Email daripada Pejabat Am berkenaan PROGRAM RAMADHAN 2019/1440 H ANJURAN JAWATANKUASA PENGURUSAN SURAU FAKULTI KEJURUTERAAN UNIVERSITI MALAYA, sumbangan sebahagiannya akan diperuntukkan untuk Majlis Iftar ini. Sehubungan itu, sumbangan boleh diserahkan kepada Wakil jabatan masing-masing seperti nama dibawah : -

Pejabat Pengurusan (Aras 3) :
1. Pn. Aishatul Fiza Binti Mohamad Isa @ Azmi
2. Pn. Raja Kamariah
3. Pn. Lailah Binti Hamzah

Pejabat TD (Pembangunan)
1. En. Mohamad Shukri Bin Abdul Jamil
2. Pn. Wan Nur Murnizawati Binti Wan Mohamad
3. Pn. Nur Kamisah Binti Mohd Ishak

JKA
1. Pn. Alya Farhana Binti Shaffiee
2. En. Sreedharan A/L V K Raman

JKB
1. Pn. Liyana Binti Abu
2. En. Abdul Halim Bin Mohamed

JKE
1. En. Mohd Zailani Bin Ab Aziz

2. En. Mohd Isa Bin Mohd Hamdan

JKK
1. En. Ismail Hakim Bin Nasirin
2. Pn. Azira Binti Idris

JKM
1. En. Mohd Taufiq Bin Md Yusof
2. Cik Nik Fasihah Binti Ismail

Semoga Kehadiran Prof./Dr./Tuan/Puan dapat memeriahkan lagi majlis ini dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan & pelajar pelbagai peringkat.

*Marilah kita mengimarahkan bulan Ramadhan dengan kebaikan*


Sekian, terima kasih.

B/P
Pengarah Program,
Iftar Perdana @ Engineering 2019
Unit Imiah & Kebajikan,
Kelab Sukan Rekreasi Fakulti Kejuruteraan.

11/02/2019
Combat Archery Program (31/1/2019)
09/02/2019

Combat Archery Program (31/1/2019)

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN MAJLIS TAHLIL KELAB SUKAN DAN REKREASIAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,Sa...
09/02/2019

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN MAJLIS TAHLIL KELAB SUKAN DAN REKREASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan kewangan , makanan , masa dan penglibatan tuan/puan dalam menjayakan Program Majlis Tahlil pada 9 Januari 2019 yang lalu. Pada majlis tersebut sumbangan hasil kutipada daripada warga FKUM telah di sampaikan kepada En Mohd Khairul ( atas kematian isteri ) dan En Razalee Rahimi (atas kematian ayahanda) .

Program ini telah membuktikan bahawa warga FKUM amat prihatin kepada kebajikan kakitangan dan amat bersimpati kepada kakitangan yang ditimpa ujian kehidupan.

Semoga program seperti ini akan terus-menerus mengiratkan silaturrahim antara kita. Sekian, terima kasih.

  Perlantikan AJK KSR bg tahun 2019/2020
09/02/2019

Perlantikan AJK KSR bg tahun 2019/2020

04/02/2019
04/02/2019
04/02/2019
04/02/2019
Admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin buat semua warga Ksrfkum - Kelab Sukan & Rekreasi Fak...
14/06/2018

Admin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin buat semua warga Ksrfkum - Kelab Sukan & Rekreasi Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya & seluruh umat Islam.
|2018

Ucapan penghargaan dan terima kasih Iftar@Engineering 2018 dan aktiviti pengimarahan bulan Ramadhan anjuran Kelab Sukan ...
05/06/2018

Ucapan penghargaan dan terima kasih Iftar@Engineering 2018 dan aktiviti pengimarahan bulan Ramadhan anjuran Kelab Sukan & Rekreasi Fakulti Kejuruteraan yang telah berlangsung pada 01 Jun 2018 | Jumaat bertempat di Engineering Summit, Blok Y, Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Address

Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya
Kuala Lumpur
50603

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ksrfkum - Kelab Sukan & Rekreasi Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share