26/05/2026
๐๐๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐จ๐ ๐๐ค๐ข๐ช๐ฃ๐๐ฉ๐, ๐๐๐ฃ๐๐๐ฅ๐ฉ๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ฃ: ๐๐๐ฃ๐ฎ๐๐ง๐๐๐๐ฃ ๐๐ง๐ค๐๐๐ ๐๐๐ข๐ฅ๐ช๐ฃ๐ ๐ผ๐ฃ๐๐ ๐๐ฉ ๐๐ผ๐ฟ๐ผ๐๐ ๐๐๐ข๐ฅ๐ช๐ฃ๐ ๐๐ค๐๐๐๐ง๐ฉ๐ค
Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah berlangsung dengan jayanya di Kampung Soeharto, Hulu Selangor sebagai simbol komitmen berterusan kerajaan dan agensi berkaitan dalam memperkasa pembangunan komuniti luar bandar secara mampan dan inklusif.
Majlis tersebut telah disempurnakan menerusi ucapan rasmi oleh YBrs. Dr. Hisham Mohd Anip, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia yang menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif Kampung Angkat MADANI. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan komuniti setempat dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkasakan selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Turut menyampaikan ucapan ialah Encik Mamat Rasid Haji Abd Rahman, Ketua Kampung Kampung Soeharto yang merakamkan penghargaan kepada MET Malaysia, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Dan TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES) atas pelaksanaan pelbagai projek pembangunan yang memberi manfaat besar kepada penduduk kampung.
Majlis turut dihadiri oleh Encik Effinizam Abd Latip, Ketua Pegawai TNBES; Encik Iskandar M. Hussein, Ketua Pegawai Pelanggan; Encik Aidil Hilal Udin, Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan; serta En. Mohd Fadhil Nordin, Ketua Sektor โ GLB TNB.
Sebagai agensi pelaksana utama, TNBES memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan tiga projek utama di bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI Jabatan Meteorologi Malaysia, iaitu:
๐ญ. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐น๐ฎ๐บ๐ฝ๐ ๐ท๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ผ๐น๐ฎ๐ฟ ๐๐๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐น๐ผ๐ผ๐ฑ ๐๐ถ๐ด๐ต๐
๐ฎ. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐ป๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฟ๐ฎ๐ ๐ก๐๐ฟ๐๐น ๐๐ต๐๐ฎ๐ป
๐ฏ. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ฝ๐๐น๐ถ๐ต ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ถ ๐ฅ๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฃ๐๐ ๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐๐ป๐ด ๐ฆ๐ผ๐ฒ๐ต๐ฎ๐ฟ๐๐ผ
Keseluruhan projek telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan memberi impak positif kepada komuniti setempat dari aspek keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk.
Bagi projek pemasangan lampu jalan Solar LED, sebanyak 17 unit lampu solar LED telah dinaik taraf daripada kapasiti 60W kepada 120W di Jalan FELDA. Selain itu, tiga unit Flood Light turut dipasang di Masjid Al Taufiqiah, manakala lima unit lampu solar LED dipasang di kawasan surau serta tiga unit lagi di Balai Raya.
Dalam masa sama, pembinaan Surau Nurul Ehsan serta kerja-kerja pengubahsuaian dan penaiktarafan Balai Raya JPKK Kampung Soeharto berjaya dilaksanakan bagi menyediakan kemudahan komuniti yang lebih selesa dan kondusif kepada penduduk setempat.
Sebagai simbol komitmen terhadap agenda Environmental, Social and Governance (ESG), satu gimik penanaman anak pokok turut diadakan sempena majlis tersebut. Para tetamu kehormat turut dibawa melawat Surau Nurul Ehsan dan Balai Raya JPKK Kampung Soeharto bagi melihat sendiri hasil pelaksanaan projek yang telah disiapkan.
Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan TNBES dalam menyokong agenda pembangunan komuniti, kelestarian serta kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang berkualiti demi manfaat rakyat.