22/02/2026
đ˛đž TENAGA KERJA SAH MENYOKONG KESEJAHTERAAN EKONOMI MALAYSIA
Sehingga 31 Disember 2025, seramai 2,125,587 warga asing telah berdaftar secara sah di bawah Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaan tertentu yang diluluskan Kerajaan.
đŦ KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI
âPengurusan tenaga kerja asing secara sah dan teratur adalah sebahagian daripada usaha memastikan kestabilan ekonomi negara berjalan seiring dengan aspek keselamatan dalam negeri, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik.â
- YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Pengurusan tenaga kerja asing secara tersusun ini bukan sahaja membantu kelangsungan sektor industri dan ekonomi negara, malah memastikan aspek keselamatan dalam negeri terus dipelihara melalui pendekatan tadbir urus yang berintegriti oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Daripada jumlah keseluruhan tersebut, warganegara Bangladesh mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 798,973 orang (37.59%), diikuti Indonesia â 551,337 orang (25.94%), Nepal â 323,601 orang (15.22%), Myanmar â 166,259 orang (7.82%) dan India â 100,662 orang (4.74%).
Pendekatan berimbang antara keperluan ekonomi dan keselamatan negara terus menjadi keutamaan dalam memastikan ekosistem pekerjaan yang stabil, terkawal dan memberi manfaat kepada pembangunan Malaysia MADANI.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen KDN dalam memperkukuh sistem pengurusan imigresen yang responsif, berintegriti dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Sumber: Pertanyaan Dewan Rakyat, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas Tahun 2026 (10 Februari 2026)