28/09/2025
Kisah disebalik Anugerah Nobel
Rupa- rupanya, ramai yang tidak tahu bahawa pengasas Anugerah Nobel, Alfred Nobel asalnya bukanlah seorang yang dikenali dengan kecemerlangan, malah dia sebenarnya pernah digelar sebagai ‘The merchant of death’.
———————————————————————
Alfred dilahirkan dalam sebuah keluarga yang menjalankan perusahaan berkaitan besi dan keluli di Sweden. Pada usia muda nya, dia telah berjaya menghasilkan beberapa ciptaan yang menarik, dan salah satu ciptaan terbesar yang pernah dihasilkannya adalah apabila dia menjalankan ujikaji terhadap bahan nitroglycerin, ketika dia melanjutkan pelajaran di Paris.
Nitroglycerin adalah sejenis bahan mudah meletup yang berkesan 100 kali ganda lebih baik berbanding serbuk letupan ‘gunpowder’, akan tetapi ianya sangat sensitif kepada persekitaran, yang mana hanya dengan sedikit ketukan atau goncangan sahaja akan menyebabkannya meletup.
Alfred mencari penyelesaian bagi tindak balas ini, dengan mencampurkan bahan Nitroglycerin dengan serbuk silika yang mampu menstabilkan keadaan alaminya, maka terhasillah sebuah bahan letupan yang dikenali sebagai ‘dynamite’🧨 .
‘Dynamite’ digunakan secara meluas dalam bidang pembinaan untuk memudahkan kerja meratakan tapak, dan juga dalam bidang perlombongan mineral. Penciptaannya membawa impak yang besar dalam kehidupan Alfred. Akan tetapi, bahan ini tidak terlepas daripada digunakan dalam peperangan dan kejahatan, disebabkan keupayannya untuk menjadi senjata yang paling berkesan dalam melumpuhkan pihak lawan. Peristiwa yang paling berdarah dalam sejarah Amerika Syarikat di sebuah sekolah turut disebabkan oleh penggunaan Dynamite sebagai bahan letupan, mengorbankan ratusan nyawa yang tidak berdosa.
Dalam satu peristiwa kemalangan di perusahaanya, Alfred disangkakan telah menjadi mangsa yang meninggal dunia. Disinilah menjadi titik perubahan dirinya, dimana ketika itu, surat khabar menayangkan pernyataan kematiannya dengan tajuk ‘the merchant of death is dead’. Alfred yang sebenarnya masih hidup tidak mahu dunia mengingatinya sebgai seorang yang membawa kebinasaan, maka dia telah mewasiatkan sebahagian besar kekayaan yang dimilikinya untuk memberi anugerah kepada para pengkaji dan ahli sains yang merealisasikan penemuan yang membawa kebaikan terbesar kepada dunia.
Bermula dari saat itu sehingga ke hari inilah, nama Alfred Nobel diingati sebagai sebuah pingat kecemerlangan, dan ramai yang tidak pernah tahu akan pembabitannya dalam senjata pemusnah umat manusia.
-sumber: YouTube Veritasium