08/05/2026
π²πΎ Kenapa Saya Bina Nusa XBT?
Izinkan saya cerita dari awal.
Projek ini bermula dengan nama teknologiblockchain. Misi asalnya mudah β jadi agregator berita & informasi Crypto dalam Bahasa Malaysia. Saya nak pastikan rakyat Malaysia boleh akses berita Crypto dalam bahasa sendiri dengan cepat, tanpa perlu bergantung pada sumber luar.
Tapi ia gagal. Dan saya nak jujur kenapa.
Pertama, algoritma tak sentiasa sayang Crypto. Ada masa platform push content Crypto kuat terutamanya waktu bull market, ada masa tenggelam tanpa sebab terutamanya bila market sendu. Kalau platform kita 100% bergantung pada satu jenis content, kita sangat vulnerable kepada perubahan algoritma yang kita tak boleh kawal.
Kedua, dunia SEO dah berubah. Ia bukan lagi sekadar Search Engine Optimization, ia dah jadi Search Everywhere Optimization. Brand sekarang kena ada di mana-mana. Google, TikTok, Instagram, YouTube, Telegram, semua sekali. Fokus sempit pada satu platform atau satu niche je, memang susah nak survive dan grow.
Ketiga, dan ini yang paling tak best iaitu model pengiklanan dah rosak. Sejak tahun lepas, regulasi Malaysia melarang promosi Exchange Crypto antarabangsa. Jadi sumber pendapatan utama yang saya rancang dari awal terus tertutup. Habis cerita.
Jadi saya buat keputusan untuk rebranding. Lahirlah Nusa XBT.
Tapi saya nak ulang satu benda iaitu saya tak lari dari Crypto.
Saya peminat Arsenal. Dan kalau ada satu nilai yang saya pegang dari kesetiaan kepada kelab tu, ia adalah: loyalty nombor satu. Tapi loyalty kena ada strategi.
Sekarang NusaXBT bukan sekadar agregator Crypto. Ia mengumpul berita dan info dari sektor Crypto, Teknologi, Ekonomi, Hartanah, dan info am Malaysia dan push sebagai snippet. Saya sedar algoritma untuk Crypto ni bermusim sebab dia naik masa bull, senyap masa bear. Jadi dengan memasukkan sektor lain, algoritma akan terus push content kepada audience bukan Crypto. Audience baru datang untuk baca posting ekonomi atau hartanah, tapi mereka akan nampak posting Crypto sekali. Secara organik, Crypto dapat exposure kepada orang yang mungkin belum pernah terfikir pasal aset digital sebelum ni.
Ini strategi algoritma.
Sebenarnya saya boleh masukkan kategori wrestling, sukan, politik, dan benda-benda viral lain yang memang mudah dapat traction. Tapi saya nak buat dengan berhati-hati, biar kita establish dulu kategori utama ni, tengok macam mana sambutan, baru kita scale.
Dan ada satu lagi benda yang dah lama saya simpan dalam hati, dan saya rasa dah masa untuk cakap terang-terang.
Saya muak dengan influencer dan selebriti mainstream yang tiba-tiba jadi terpaling Crypto masa market naik, pastu hilang macam angin masa market jatuh.
Ini bukan berlaku sekali. Ini dah jadi kitaran yang berulang setiap beberapa tahun. Bila bull run, semua orang tiba-tiba ada "alpha." Bila bear market, senyap. Komuniti ditinggalkan. Ramai yang rugi bukan sahaja dari segi duit, tapi dari segi kepercayaan dan semangat.
Mula-mula, memang kita rasa seronok dan teruja bila celebrity atau artis masuk Crypto. Logiknya mudah sebab mereka ada followers ramai, ada crowd yang besar, jadi senang nak bawa mainstream adoption. Tapi hakikatnya? Artis dan selebriti ini hanya nak tunggang Crypto untuk jadikan followers mereka exit liquidity mereka sendiri. Mereka masuk, hype naik, mereka keluar dan yang rugi adalah penyokong mereka yang percaya bulat-bulat.
Lebih teruk lagi, tingkah laku mereka ini yang terus memberikan nama buruk kepada Crypto dan teknologi blockchain di mata orang ramai. Orang yang tak faham akan nampak Crypto sebagai penipuan semata-mata, sedangkan masalah sebenarnya adalah pada manusia yang menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri.
Saya dah penat tengok perkara yang sama berlaku.
Jadi saya nak buat sebaliknya. Saya akan farm algoritma mainstream dan channel balik ke Crypto. Bull ke bear, ada atau takda hype, saya tetap ada. Saya tak akan pergi mana-mana. Biar Crypto tak lagi bergantung pada musim biar ia jadi sebahagian dari perbualan harian masyarakat Malaysia, sama seperti berita ekonomi,teknologi atau hartanah.
Takde grand vision, takde janji besar. Saya just nak buat kerja. Nusa XBT dah live, Jemput follow. Industri Crypto Malaysia tak perlukan lebih ramai hype-man. Ia perlukan orang yang konsisten. Saya cuba jadi tu.