19/09/2021
AKU DAN KAPAL : EPISOD 24
EDISI KHAS HARI MALAYSIA
HOSE CHANGE OUT @ SINGLE BUOY MOORING
Salam Hari Malaysia (maaf lambat upload posting ini ) kepada semua pembaca yang dihormati sekalian, kini Saudagar Kapal muncul lagi setelah 2bulan cuti menulis siri AKU DAN KAPAL lantaran dari tuntutan jadual trip perniagaan yang padat. Episod ini teristimewa untuk tahun 2021 kerana 2 projek baharu kami di Kemaman dan Bintulu pada Jun & Ogos 2021 menjadi sumber utama penulisan ini. Real Project, Real Knowledge & Real Experiences bagi tatapan dan manfaat pembaca yang berkecimpung di dalam Industri Perkapalan, Minyak & Gas.
Kami dari Petroschiff Marine Logistics Sdn Bhd selaku International Marine Contractor & Vessel Charterer telah berjaya menyewa dan menyediakan kapal jenis Anchor Handling Tug Supply Vessel kepada client merangkap New Business Partner kami iaitu SAA Engineering & Marine Sdn Bhd yang berpangkalan di Paka, Dungun - Terengganu Darul Iman. SAAEM sebagai Kontraktor Petronas dengan kepakaran dan pengalaman luas dalam melaksanakan operasi Hose Change Out, Diving Services, Jetty Maintenance dan perkhidmatan yang lain berganding bahu bersama Petroschiff bagi menjayakan projek demi Industri Minyak & Gas Malaysia 👍
Kebiasaan Projek Hose Change Out memerlukan 3 unit Kapal Anchor Handling Tug Supply Vessel yang akan bekerja sebagai Mother Vessel, Towing Vessel dan Es**rt Vessel. Mother Vessel memerlukan accomodation 30pax ke atas bagi penumpang yang terdiri dari Diver, Welder, Fitter, Rigger dll bagi menjayakan projek ini. AHT yang diperlukan dengan kekuatan 50tan Bollard Pull manakala AHTS p**a 65tan Bollard Pull untuk towing White Floating Hose, White Subsea Hose, Black Floating Hose & Black Subsea Hose.
Antara Hose Testing yang perlu dilaksanakan seperti Visual Inspection, HydroTest, Continuity Test dan Vacuum Test. Kapal AHTS yang bertugas WAJIB memiliki Valid OVID & MMS Green Letter untuk menjalankan kerja Hose Change Out untuk PETRONAS.
Syukur Alhamdulillah projek berjalan lancar dan kami berjaya membelah ombak di lautan samudera siang dan malam demi Rezeki ALLAH. Semoga penulisan ini memberi ilmu bermanfaat kepada semua dan sudikanlah LIKE & SHARE bagi tatapan dan panduan semua.