30/07/2026
[25 Julai 2026] Integrity & Generative Culture Summit 2026 (IGCS)
Integrity & Generative Culture Summit 2026 (IGCS) telah berjaya menghimpunkan warga kerja, rakan strategik dari PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), PETRONAS Carigali Sdn. Bhd. (PCSB), EnQuest dan Searah dan juga pakar industri dalam satu platform perkongsian ilmu bagi memperkukuh budaya integriti, keselamatan, kesihatan pekerjaan dan kelestarian alam sekitar.
Bertemakan "Saving Environment, Instilling Integrity & Building a Generative Culture", program yang berlangsung pada 25 Julai 2026 di Kelab Golf & Rekreasi PETRONAS (KGRP), Kerteh ini menampilkan pelbagai pengisian bermanfaat dalam usaha membina budaya kerja yang lebih selamat, berintegriti dan mampan.
Program ini dimeriahkan dengan pelbagai pengisian termasuk sesi perkongsian ilmu mengenai Integrity at the Workplace, Mental Health Awareness, E-Waste Bukan Sekadar Sampah dan Workplace Safety (Misi Pemerkasaan Bersama), selain Kempen Derma Darah, jualan minyak masak terpakai, pameran, Safety Passport Challenge, pertandingan video pendek dan poster serta cabutan bertuah.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah, peserta pameran, rakan strategik, penaja, jawatankuasa penganjur serta seluruh peserta yang telah menyumbang kepada kejayaan program ini. Terima kasih atas sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Terengganu, KMI Kuantan Medical Centre, Terengganu Safety Training Centre (TSTC), Mercu Niaga Sdn. Bhd., AR Rayyan Optometrist Sdn. Bhd., Etiqa Family Takaful Berhad, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Semoga inisiatif seperti ini terus memperkukuh budaya kerja yang berintegriti, mengutamakan keselamatan dan menyokong pembangunan organisasi yang lebih mampan.
Together, We Build a Safer, Stronger & More Generative Workplace.