12/10/2026
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐂 𝐅𝐀𝐂𝐈𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐆𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓: 𝐀𝐋𝐈𝐆𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐑𝐓𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐅𝐔𝐍𝐂𝐓𝐈𝐎𝐍𝐒 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐎𝐁𝐉𝐄𝐂𝐓𝐈𝐕𝐄𝐒
Pada 9 & 10 Oktober 2026, pihak syarikat telah berjaya menganjurkan kursus “𝘚𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪𝘤 𝘍𝘢𝘤𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵: 𝘈𝘭𝘪𝘨𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘋𝘦𝘱𝘢𝘳𝘵𝘮𝘦𝘯𝘵𝘢𝘭 𝘍𝘶𝘯𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘴𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘖𝘣𝘫𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦𝘴” yang melibatkan seramai 50 orang peserta daripada pelbagai jabatan.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan fasiliti yang strategik serta bagaimana fungsi setiap jabatan dapat diselaraskan dengan objektif dan hala tuju organisasi. Program ini turut menjadi platform untuk meningkatkan kerjasama, komunikasi dan kefahaman antara jabatan dalam usaha mencapai prestasi kerja yang lebih berkesan.
Terima kasih dan penghargaan kepada pihak Pengurusan atas sokongan yang diberikan serta kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan aktif sepanjang kursus. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterapkan dalam tugasan harian dan memberi nilai tambah kepada organisasi.