25/10/2026
3 tahun berturut-turut rugi! Bukan satu, tapi 11 syarikat kerajaan negeri
Inilah hasil Laporan Ketua Audit Negara 2026
Menurut laporan itu, kerugian keseluruhan sudah melebihi RM32 juta bagi tahun-tahun tersebut
Paling kritikal adalah PTB Bakti Holdings Sdn Bhd yang mencatatkan kerugian hampir RM10 juta hanya bagi tahun 2024
Terdapat juga syarikat-syarikat dalam senarai yang sudahpun dilanda kontroversi sebelum ini. Antaranya Sterling Hectares Sdn Bhd yang melabur di dalam kilang facemask bersama warga Bangladesh yang kini diburu SPRM
Warga Bangladesh yang bernama Abdul Ahad Khan itu telah membeli sebuah kereta X70 dan diberi kepada isteri seorang EXCO Terengganu.
Kereta itu kemudiannya dirampas selepas mahkamah mendapati ia dibeli menggunakan wang rakyat yang disalahguna
Selain itu adalah TTI Management Sdn Bhd yang mencatatkan kerugian melebihi RM3 juta. Pengurus Besar TTI adalah Haji Fadhil Wahab yang juga adalah Penyelaras PAS DUN Seberang Takir
Semakan GTD juga mendapati Pengerusi LTAWNT, Pengerusi Yayasan Terengganu, Pengerusi PMINT, Pengerusi YIT dan Pengerusi YPKT adalah YAB Menteri Besar yang disayangi, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Diharapkan dengan kuasa yang besar dan luas ini, YAB MB dapat memberi sedikit perhatian untuk memulihkan syarikat-syarikat yang rugi pada zaman pentadbiran beliau
📷 Laporan Ketua Audit Negara Siri 2/2026 Terengganu ms 87 dan ms 88