26/10/2025
Kunjungi laman rasmi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di https://dpmm.org.my/ untuk berita dan perkembangan terkini.
𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂, 𝟮𝟱 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Terengganu (DPMMT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (MALB) bagi Pemilihan Ahli Jawatankuasa Negeri bertempat di Dewan Serbaguna Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu.
Dalam mesyuarat tersebut, Pengarah Urusan Sasoakai Resources Sdn. Bhd., Tuan Syed Ahmad Anas bin Syed Omar, telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT).
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Syed Ahmad Anas bin Syed Omar atas pelantikan ini. Semoga beliau terus memimpin dengan dedikasi, berwawasan, dan komitmen tinggi dalam memperkukuh peranan usahawan Melayu di Negeri Terengganu.
DPMMT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Yang Berbahagia Norsyahrin Bin Hamidon dan Setiausaha Agung Yang Berusaha Dato' Hj. Mazrol Nizam bin Abdullah untuk menjayakan mesyuarat MALB tersebut.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Majlis Eksekutif Dewan yang turut hadir memberi sokongan padu dan semangat kebersamaan kepada kepimpinan baharu DPMMT. Kehadiran dan sokongan mereka telah memberi suntikan semangat serta memperkukuh hubungan strategik antara DPMM dan kepimpinan baharu DPMMT dalam memperkasa agenda keusahawanan Melayu di negeri ini.
Diharapkan di bawah kepimpinan beliau, DPMMT akan terus menjadi pemangkin kemajuan ekonomi negeri, memperkukuh jaringan keusahawanan bumiputera melayu tempatan, serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk berkembang dan bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Semoga usaha ini seterusnya menyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan mapan Negeri Terengganu Darul Iman.
Kunjungi laman rasmi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di https://dpmm.org.my/ untuk berita dan perkembangan terkini.