Permint Granite Sdn Bhd

Permint Granite Sdn Bhd Permint Granite Sdn Bhd (457505-M)

Ditubuhkan pada 9 Feb 1998 yang aktif menjalankan operasi perlombongan Silika di Negeri Terengganu

30/07/2026
Penyerahan Bantuan Cermin Mata kepada Pelajar SK Gelugor.Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) berbesar hati menyumbang dana ...
26/07/2026

Penyerahan Bantuan Cermin Mata kepada Pelajar SK Gelugor.

Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) berbesar hati menyumbang dana melalui Wakalah Zakat bagi menjayakan Program Majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata anjuran Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Gelugor, Kuala Terengganu.

Melalui inisiatif ini, seramai 28 orang pelajar telah menerima bantuan cermin mata bagi membantu mereka mendapatkan penglihatan yang lebih jelas dan selesa, sekali gus menyokong proses pembelajaran yang lebih berkesan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Che Ghani bin Che Ambak, Pengerusi Permint Granite Sdn. Bhd., Cikgu Mazlan bin Ismail, Guru Besar SK Gelugor, Encik Wan Farid Imran Wan A. Latif, Pengurus Besar MAIDAM Properties, serta Haji Johari bin Pawanchik, Pengurus Besar Permint Granite Sdn. Bhd.

PGSB percaya bahawa pendidikan merupakan asas penting dalam pembangunan generasi masa hadapan. Justeru, sumbangan melalui Wakalah Zakat ini diharap dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang memerlukan serta mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong usaha-usaha kebajikan dan pembangunan pendidikan demi kesejahteraan masyarakat.

πŸŒ™βœ¨ Salam Maal Hijrah 1448H βœ¨πŸŒ™Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam / Maal Hijrah 1...
17/06/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Maal Hijrah 1448H βœ¨πŸŒ™

Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam / Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan dan membuka ruang untuk kita memperbaiki diri serta meningkatkan amal kebaikan.

Marilah kita bersama-sama menghayati semangat hijrah dengan memperkukuhkan azam, memperbaiki hubungan sesama insan dan terus melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik.

🀲 Semoga perjalanan tahun baharu ini dipenuhi rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT.

πŸŽ“πŸ“ PELUANG LATIHAN INDUSTRI DI PERMINT GRANITE SDN. BHD.Adakah anda pelajar atau graduan dalam bidang Geosains atau Geol...
11/06/2026

πŸŽ“πŸ“ PELUANG LATIHAN INDUSTRI DI PERMINT GRANITE SDN. BHD.

Adakah anda pelajar atau graduan dalam bidang Geosains atau Geologi yang ingin menimba pengalaman dalam industri perlombongan dan sumber mineral?

Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) kini membuka peluang kepada pelajar Diploma / Ijazah Sarjana Muda serta graduan Geosains dan Geologi untuk menjalani Latihan Industri bersama kami.

Antara kelebihan yang ditawarkan:
βœ… Pendedahan kepada operasi perlombongan sebenar
βœ… Pengalaman kerja lapangan (fieldwork)
βœ… Bimbingan daripada tenaga kerja berpengalaman
βœ… Elaun disediakan

Kami mencari calon yang berminat untuk belajar, bersemangat tinggi dan mampu bekerja dalam pasukan.

πŸ“§ Hantarkan Resume, Surat Pengesahan Latihan Industri dan Surat Permohonan kepada:
[email protected]

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
09-626 3532

Jom bina pengalaman industri anda bersama PGSB dan mulakan langkah ke arah kerjaya profesional dalam bidang geosains dan geologi!

πŸ¦‘πŸŒŠ Program Candat Sotong PGSB 2026 πŸŒŠπŸ¦‘Pada 4 Jun 2026, Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) telah menganjurkan Program Candat...
08/06/2026

πŸ¦‘πŸŒŠ Program Candat Sotong PGSB 2026 πŸŒŠπŸ¦‘

Pada 4 Jun 2026, Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) telah menganjurkan Program Candat Sotong yang disertai oleh warga kerja syarikat.

Program ini bukan sahaja memberikan pengalaman kepada para peserta, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kerjasama dalam suasana santai di perairan Terengganu yang terkenal dengan aktiviti mencandat sotong.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan semangat kekitaan dalam keluarga besar PGSB.

πŸŒ™ Majlis Korban Aidiladha PGSB 1447H πŸŒ™Pada 30 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H, Persatuan Permint Granite Sdn. Bhd....
02/06/2026

πŸŒ™ Majlis Korban Aidiladha PGSB 1447H πŸŒ™

Pada 30 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H, Persatuan Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) telah mengadakan Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha dengan penyembelihan seekor lembu korban.

Program yang disertai oleh warga kerja PGSB bersama ahli keluarga ini berlangsung dalam suasana penuh semangat gotong-royong, bermula daripada urusan penyediaan dan pengagihan daging korban sehinggalah kepada jamuan makan bersama.

Semoga segala amalan dan pengorbanan yang dilaksanakan diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIMMerafak sembah serta uca...
01/06/2026

ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

Merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Dirgahayu Tuanku.

πŸ•Œβœ¨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H βœ¨πŸ•ŒPermint Granite Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepad...
27/05/2026

πŸ•Œβœ¨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H βœ¨πŸ•Œ

Permint Granite Sdn. Bhd. mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim serta menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.

Di kesempatan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan dan memperkukuhkan semangat kebersamaan demi kebaikan bersama.

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™

πŸŒ™βœ¨ Salam Hari Arafah 1447H βœ¨πŸŒ™Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) mengucapkan salam Hari Arafah kepada seluruh umat Islam.Ma...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Hari Arafah 1447H βœ¨πŸŒ™

Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB) mengucapkan salam Hari Arafah kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, zikir dan amalan kebaikan pada hari yang penuh keberkatan ini. Semoga segala amalan diterima dan dikurniakan keampunan serta rahmat daripada Allah SWT.

🀲 β€œSebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk terus mendekatkan diri kepada-Nya serta memperoleh keberkatan dunia dan akhirat.

Pembentangan & Lawatan Tapak Batuan Silika PGSBPada 18 Mei 2026, telah berlangsung sesi pembentangan oleh My Mineral Sdn...
19/05/2026

Pembentangan & Lawatan Tapak Batuan Silika PGSB

Pada 18 Mei 2026, telah berlangsung sesi pembentangan oleh My Mineral Sdn. Bhd., selaku kontraktor Permint Granite Sdn. Bhd. (PGSB), berkenaan Pengenalan & Halatuju Lombong Batuan Silika di Bandar Baru Cheneh.

Sesi pembentangan ini telah diadakan kepada Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi PGSB bertempat di Pejabat Xinda Development Sdn. Bhd.

Pada sebelah petang, program diteruskan dengan lawatan tapak ke Tapak Perlombongan Batuan Silika di Bandar Baru Cheneh, Kemaman bagi melihat sendiri perkembangan dan potensi projek di lapangan.

Program ini memberi pendedahan menyeluruh dari aspek perancangan hingga pelaksanaan, sekaligus memperkukuh keyakinan terhadap hala tuju pembangunan projek.

Address

Lot 60261, Tingkat 3 & 4, Blok 11, Dataran Alamanda, Jalan Sultan Sulaiman
Kuala
20000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permint Granite Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category