01/10/2026
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan seluruh warga kerja GPQ Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Puan Zubaidah Ani binti Mohd Noor, Ketua Bahagian Kewangan & Pelaburan GPQ,
atas 24 tahun 2 bulan perkhidmatan beliau bersama syarikat.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, dedikasi, komitmen dan sumbangan yang diberikan telah menjadi sebahagian daripada perjalanan serta pencapaian GPQ. Segala jasa, bakti dan pengalaman yang dikongsikan akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga kerja GPQ.
Semoga fasa baharu ini dipenuhi ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan yang berterusan.
Terima kasih dan selamat bersara Puan Zubaidah Ani binti Mohd Noor.