Yayasan Terengganu

Call Directions Website

Yayasan Terengganu Laman Facebook Rasmi Yayasan Terengganu

17/11/2026
✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM SEMESTER 3 TAHUN 2026 ✨Yayasan Terengganu mengucapkan selamat maju jaya dan mendoak...
17/11/2026

✨ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STPM SEMESTER 3 TAHUN 2026 ✨

Yayasan Terengganu mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kejayaan buat semua calon STPM Semester 3 Tahun 2026, khususnya anak-anak pelajar Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu.

Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, melapangkan fikiran, mengurniakan ketajaman ingatan serta memberikan ilham dalam menjawab setiap soalan. Mudah-mudahan segala usaha membuahkan kejayaan yang cemerlang, menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia serta memperoleh keberkatan di dunia dan di akhirat.

Terus melangkah dengan yakin. Buktikan kecemerlangan dengan usaha dan iringi kejayaan dengan doa.

Ikhlas daripada:

AHMAD FARHAN BIN ABDUL WAHAB
Pengarah
Yayasan Terengganu

✨SELAMAT MAJU JAYA ! ✨Yayasan Terengganu mengucapkan selamat maju jaya buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) T...
17/11/2026

✨SELAMAT MAJU JAYA ! ✨

Yayasan Terengganu mengucapkan selamat maju jaya buat semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 dalam Ujian Amali Sains.

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang ujian dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia serta keberkatan di akhirat.

Ikhlas daripada:
Ahmad Farhan bin Abdul Wahab
Pengarah Yayasan Terengganu

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐃𝐄𝐒𝐀𝟐𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐄 𝐊𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥...
14/11/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐋𝐌𝐔 𝐃𝐄𝐒𝐀𝟐𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐄 𝐊𝐄 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥 | 𝟭𝟰 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu telah menganjurkan Program Eksplorasi Ilmu Desa2Inspire ke Kuala Lumpur Siri 2 selama empat hari tiga malam dengan melibatkan seramai 54 orang pelajar daripada tujuh buah sekolah pedalaman di daerah Besut dan Setiu.

Program ini bertujuan membuka ruang kepada pelajar luar bandar B40 untuk meneroka pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah, di samping memberi peluang kepada mereka mengenali persekitaran, suasana dan pengalaman baharu khususnya di ibu negara.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik serta mengadakan lawatan ke beberapa lokasi pilihan yang bukan sahaja memberi pendedahan ilmu dan pengetahuan, malah turut memperkaya pengalaman serta meningkatkan keyakinan diri mereka.

Pelbagai pengalaman yang dilalui sepanjang empat hari tiga malam ini pastinya menjadi kenangan manis dan bermakna buat setiap peserta. Pendedahan sebegini diharap dapat menyuntik semangat serta motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Melalui penganjuran Program Desa2Inspire ini, Yayasan Terengganu terus komited dalam memperluas peluang pendidikan dan memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menyeluruh kepada pelajar, khususnya mereka yang berasal dari kawasan pedalaman.




📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA KEMASUKAN TINGKATAN 1 IMTIAZ TAHUN 2027Assalamualaikum dan salam seja...
13/11/2026

📢 MAKLUMAN PENANGGUHAN SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA KEMASUKAN TINGKATAN 1 IMTIAZ TAHUN 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sistem semakan panggilan temu duga kemasukan Tingkatan 1 Imtiaz Tahun 2027 sedang dalam penyelenggaraan.

Sehubungan itu, semakan yang dijadualkan pada hari ini ditunda kepada ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 13 November 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 4.00 petang

Calon dan ibu bapa/penjaga dimohon untuk membuat semakan semula pada waktu yang telah ditetapkan.

Yayasan Terengganu memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak.

Terima kasih.

YAYASAN TERENGGANU
Melahirkan Generasi Ulul Albab

[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍]𝗝𝗢𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗦𝗖𝗛𝗢𝗢𝗟 𝗛𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗬 𝗘𝗡𝗚𝗟𝗜𝗦𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠𝗠𝗘 (𝗦𝗛𝗘𝗣) 𝟮𝟬𝟮𝟲!Yayasan Terengganu membuka penyertaan kepada murid Tahu...
13/11/2026

[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍]

𝗝𝗢𝗠 𝗦𝗘𝗥𝗧𝗔𝗜 𝗦𝗖𝗛𝗢𝗢𝗟 𝗛𝗢𝗟𝗜𝗗𝗔𝗬 𝗘𝗡𝗚𝗟𝗜𝗦𝗛 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠𝗠𝗘 (𝗦𝗛𝗘𝗣) 𝟮𝟬𝟮𝟲!

Yayasan Terengganu membuka penyertaan kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 serta pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 untuk menyertai program pembelajaran asas Bahasa Inggeris sepanjang cuti persekolahan.

📅 Tarikh: 5, 12, 19 & 26 Disember 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: Pejabat Yayasan Terengganu Daerah Kemaman (Asrama Yayasan Terengganu Kemaman)

✨ PERCUMA! Jamuan minum pagi turut disediakan.

⚠️ Tempat adalah terhad kepada 20 peserta terawal sahaja.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

Let's Learn English Together!

📢 HEBAHAN RASMI🎓 SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA KEMASUKAN TINGKATAN 1SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2027A...
12/11/2026

📢 HEBAHAN RASMI

🎓 SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA KEMASUKAN TINGKATAN 1
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU TAHUN 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa semakan panggilan temu duga kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi Tahun 2027 akan dibuka seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh Semakan: 13 – 23 November 2026
🕛 Mula Semakan: 13 November 2026 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari.

🌐 PAUTAN SEMAKAN:
https://kemasukanimtiaz.awfatech.com

📌 TARIKH PELAKSANAAN TEMU DUGA
📅 24 – 26 November 2026
📍 Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

PERHATIAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA DAN CALON

Calon yang berjaya dipanggil temu duga hendaklah:

1. Membuat semakan dan mencetak Slip Panggilan Temu Duga.
2. Hadir mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
3. Mematuhi segala arahan dan keperluan dokumen seperti yang dinyatakan dalam slip panggilan temu duga.

Ibu bapa dan penjaga dimohon untuk membuat semakan dalam tempoh yang ditetapkan serta memastikan calon bersedia menghadiri sesi temu duga.

📣 Mohon kerjasama semua untuk menyebarluaskan hebahan ini kepada ibu bapa, penjaga dan calon yang berkenaan.

Semoga segala urusan calon dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan dalam proses pemilihan kemasukan ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.

YAYASAN TERENGGANU
Melahirkan Generasi Ulul Albab




🚨 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑! 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 🚨Pihak Yayasan Terengganu ingin menegaskan bahawa hebahan me...
11/11/2026

🚨 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐂𝐀𝐌𝐌𝐄𝐑! 𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐊𝐋𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐋𝐒𝐔 🚨

Pihak Yayasan Terengganu ingin menegaskan bahawa hebahan mengenai "Iklan Jawatan Kosong" yang sedang tular di media sosial ini adalah PALSU dan TIDAK BENAR.
Kami menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang maklumat, pautan (link), atau kod QR yang tidak rasmi bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan (scam).

Sila ambil perhatian:
1️⃣ Sebarang hebahan rasmi mengenai peluang kerjaya atau program di Yayasan Terengganu hanya akan disiarkan melalui portal rasmi dan media sosial rasmi kami sahaja.
2️⃣ Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi atau membuat sebarang bayaran kepada pihak yang tidak dikenali.

Sebarang pertanyaan, pengesahan, atau maklumat lanjut, sila hubungi pentadbiran kami di talian:
📞 09-6211800

Dikeluarkan oleh:
𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 & 𝗜𝗡𝗢𝗩𝗔𝗦𝗜
𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍]𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 (𝗣𝗣𝗬𝗧) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔!Peluang untuk lep...
10/11/2026

[𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍]

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 (𝗣𝗣𝗬𝗧) 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟳 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔!

Peluang untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi!

Yayasan Terengganu mempelawa calon-calon yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon kemasukan ke Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu (PPYT) bagi sesi 2027.

📌 SYARAT UTAMA PERMOHONAN:

Ibu bapa dan calon mestilah warganegara Malaysia.

Berumur 17 hingga 25 tahun pada sesi pengajian berkenaan.

Bersedia mengikuti sesi persekolahan di PPYT sekurang-kurangnya 10 bulan.

Pendaftaran peperiksaan SPM hendaklah dibuat melalui PPYT sahaja.

🗓️ TEMPOH PERMOHONAN

Tarikh Buka: 10 November 2026 (9.00 pagi)

Tarikh Tutup: 30 November 2026 (5.00 petang)

💻 CARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui pautan berikut:

🔗 Link : Sila Rujuk Di Ruangan Komen

📞 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
09-681 1800 / 1859 / 1847

Jangan lepaskan peluang ini! Rebut peluang untuk membina masa depan yang lebih cemerlang bersama Yayasan Terengganu.

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 “𝟏𝟎𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀, 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀?”𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟱...
05/11/2026

𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 “𝟏𝟎𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀, 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀?”

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 | 𝟱 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲

Yayasan Terengganu dengan kerjasama Kelab Yayasan Terengganu telah mengadakan Program Kerohanian bertajuk “100 Hari Mengetuk Pintu Syurga, Bersediakah Jiwa Kita?” sebagai usaha menyemarakkan penghayatan Islam serta meningkatkan kesedaran warga YT terhadap kepentingan persediaan rohani dalam kehidupan.

Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mad Kecik, Penceramah Bebas, yang berkongsi pengisian berkaitan keinsafan diri, amalan kebaikan serta kepentingan mempersiapkan jiwa dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Program seumpama ini diharap dapat memberikan manfaat dan inspirasi kepada warga Yayasan Terengganu untuk terus memperkukuh keimanan, memperbaiki amalan serta menjadikan kehidupan lebih bermakna berlandaskan tuntutan agama.




Address

Jalan Sultan Ismail
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096211800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby engineering companies