30/09/2026
29 SEPTEMBER 2026 |
Dimaklumkan bahawa YP Maintenance Sdn. Bhd. kini sedang melaksanakan kerja-kerja kawalan keselamatan, pembaikan, dan pemulihan berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, Jalan Utama Janda Baik (Landmark: Happy Paradise) ditutup sementara waktu kepada semua kenderaan berat bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan dengan selamat dan lancar.
Berikut adalah maklumat penutupan laluan:
๐ Tarikh Mula Penutupan: 29 September 2026 (Selasa)
โณ Tempoh Penutupan: Sehingga kerja-kerja pembaikan paip dan pemulihan keselamatan jalan selesai sepenuhnya
๐ฃ๏ธ Jalan Alternatif: Jalan Sum Sum Hulu, Janda Baik
Peringatan Mesra & Arahan Keselamatan:
1. Semua pengguna jalan raya, terutamanya pemandu kenderaan berat, diminta menggunakan laluan alternatif yang dinyatakan.
2. Elakkan daripada memasuki kawasan kerja yang telah ditutup atas faktor keselamatan keselamatan tapak.
JKR Negeri Pahang
JKR Bentong