Servis Aircond Tip Top - Kamal

Servis Aircond Tip Top - Kamal Kami dari ANL Aircond Services sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar

Hati-hati geng
01/06/2026

Hati-hati geng

Teman tengok gambar ni, terus teringat 15 tahun dulu..

Waktu tu teman kurang kesedaran tentang kepentingan aspek keselamatan bekerja ditempat tinggi.

Dalam bidang aircond, atau elektrik, kemalangan selalunya berlaku bukan sebab kita tak pandai bekerja.

Tapi ia berlaku bila kita terlalu yakin. (Bajet-bajet pro atau terpaling otai)

Kadang-kadang kita fikir, "Alah, kerja kejap je." "Tak payah pakai harness lah." "Takpe, boleh pegang sendiri."

"AKU KERJA 30 TAHUN ELOK JE TAKDE PAPE"

Hakikatnya, kemalangan tak bagi amaran.
Dia tak tanya kita dah berapa tahun pengalaman. Dia tak kira kita bos atau pekerja. Bila berlaku, semuanya dah terlambat.

Sebab tu bila kerja di tempat tinggi, jangan sesekali ambil mudah. Pastikan tangga stabil. Pakai kasut yang sesuai. Gunakan peralatan keselamatan yang betul. Dan yang paling penting, tidak berseorangan ketika melakukan kerja berisiko.

Kerja boleh tunggu. Nyawa tak boleh diganti.

Ramai orang bergantung pada kita. Mak ayah. Isteri. Anak-anak. Pekerja. Pelanggan.
Deme semua nak tengok kita balik rumah dengan selamat, bukan balik sebagai MAYAT.

Ingat kome... Nyawa cuma ada satu.

Kehebatan seorang technician bukan pada berapa laju dia siapkan kerja. Tapi berapa lama dia boleh terus bekerja dengan selamat.

Utamakan keselamatan setiap kali naik tangga, bumbung atau tempat tinggi. Banyak lagi kerja yang menunggu esok ni.

Mantap Kome.

06/05/2026

Dalam perkahwinan ni, kadang-kadang yang jadi ujian bukan benda besar pun.

Cuma suhu aircond.

Seorang s**a sejuk sampai rasa hotel 5 bintang.
Seorang lagi baru 5 minit dah tarik selimut, gosok kaki, cari stokin, rasa macam tidur dalam peti ais.

Nampak kelakar, tapi dari benda kecil macam inilah kita nampak perangai sebenar dalam rumah tangga.

Ada orang ingat sekufu itu mesti sama semua benda.
Sama minat.
Sama perangai.
Sama citarasa.

Padahal hakikatnya, tak sekufu pun tak apa.
Asalkan ada yang sanggup bertolak ansur.

Bila seorang s**a 18°C, seorang lagi selesa 25°C, bahagia bukan bermaksud mesti menang seorang.
Bahagia kadang-kadang cuma jumpa tengah-tengah.
24°C pun boleh, asalkan dua-dua masih rasa dihargai.

Perkahwinan bukan tentang siapa paling betul.
Bukan juga tentang siapa paling kuat mengarah remote aircond.

Ia tentang belajar hidup dengan manusia yang tak sama dengan kita, tapi masih memilih kita setiap hari.

Sebab itu, rumah tangga yang tenang bukan rumah tangga yang tiada beza.
Tapi rumah tangga yang ada beza, lalu tetap pandai berbincang, bergurau dan mengalah bila perlu.

Kadang-kadang cinta itu bukan ayat manis pun.

Cinta itu bila dia tahu anda kuat sejuk, tapi masih bangun perlahan-lahan malam-malam untuk naikkan suhu aircond.
Atau bila anda tahu dia tak boleh tidur panas, lalu anda redha tarik selimut lebih tebal.

Nampak kecil.
Tapi dalam perkahwinan, benda-benda kecil inilah yang diam-diam buat hati rasa “aku dijaga”.

Tak semua pasangan sekufu pada suhu.

Tapi pasangan yang panjang jodohnya selalunya sekufu pada satu benda:
dua-dua masih mahu bertolak ansur untuk menjaga rasa.

🔥 KERJA AIRCOND KUANTAN 🔥Pengalaman servis & pemasangan aircond di bangunan kerajaan 🏢 membuktikan kami bukan biasa-bias...
12/04/2026

🔥 KERJA AIRCOND KUANTAN 🔥

Pengalaman servis & pemasangan aircond di bangunan kerajaan 🏢 membuktikan kami bukan biasa-biasa.

✅ Kerja tinggi & kompleks
✅ Banyak unit dalam satu masa
✅ Disiapkan ikut jadual tanpa ganggu operasi pejabat

💪 Team kami handle:
✔ Pemasangan & servis aircond skala besar
✔ Kerja guna skylift (selamat & kemas)
✔ Troubleshoot masalah aircond pejabat

🚀 Kenapa pilih kami?
✔ Pengalaman tapak besar (government & commercial)
✔ Kerja ikut SOP keselamatan
✔ Cepat, kemas & efisien

📍 Rumah, pejabat atau bangunan besar

📞 Hubungi sekarang – tempahan cepat, slot terhad! http://wa.me/601126640215

06/04/2026

Masuk je pejabat tengah hari, mesti ada staf yang terus rampas remote aircond dan tekan suhu sampai 16°C, siap 'high fan' lagi! 🥶❄️

Rasional mereka: "Set nombor paling rendah la, baru cepat sejuk bilik ni!"

Menetapkan suhu ke 16°C TIDAK akan menyejukkan bilik anda dengan lebih cepat. Ia hanya memaksa pemampat (compressor) di luar sana bekerja keras tanpa henti untuk 'menyedut' keluar haba panas, semata-mata untuk mencapai tahap mustahil tersebut.

Sebab itulah kerajaan dan Suruhanjaya Tenaga menetapkan suhu pejabat pada 24°C. Kenapa nombor ini?

💡 1. Konsep 'Lawan Beza Suhu'
Lagi jauh beza antara suhu luar yang panas (contoh: 34°C) dengan suhu dalam yang kita paksa jadi sejuk (16°C), lagi kuat mesin bekerja, dan MENGGILA bil elektrik anda melambung! 24°C adalah titik keseimbangan (Sweet Spot).

💡 2. Hukum Penjimatan 7%
Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, menaikkan tetapan aircond sebanyak 1°C sahaja boleh mengurangkan penggunaan elektrik sekitar 7%. Bayangkan penjimatan besar kepada syarikat atau negara jika anda naikkan dari 20°C kepada 24°C!

💡 3. Keselesaan Biologi Manusia
Suhu 24°C dalam ruang tertutup yang kurang kelembapan (aircond menyedut lembapan udara) adalah sangat selesa untuk badan manusia yang memakai pakaian pejabat biasa.

Bila bos atau pihak pengurusan kunci suhu pada 24°C, mesejnya BUKAN "suruh staf berpeluh". Mesejnya ialah: Jangan bazir tenaga untuk rasa sejuk yang berlebihan, sedangkan kos operasi dan beban grid elektrik sedang memuncak.

Kadang-kadang, penjimatan besar tak perlukan teknologi canggih. Ia cuma perlukan sedikit ilmu sains dan EMPATI pada angka di remote aircond anda.

05/04/2026

Benda paling kotor kadang-kadang bukan yang nampak jijik.

Ramai orang geli tengok longkang.
Ramai orang geli tengok lipas.
Ramai orang geli tengok sampah.

Tapi benda yang betul-betul masuk ke badan kita kadang-kadang datang dari tempat yang kita anggap biasa.
Peti ais rumah sendiri.
Sinki dapur sendiri.
Restoran yang kita singgah hari-hari.
Tandas awam yang nampak “ok”.
Aircond yang kita pasang setiap malam.

Darah ayam mentah yang menitik dalam peti ais bukan sekadar kotor.
Ia boleh cemarkan sayur, buah, bekas makanan, dan apa sahaja yang duduk berhampiran.

Ayam mentah yang dibasuh dalam sinki pun bukan nampak lebih bersih.
Yang berlaku, percikan halus itu boleh bawa bakteria ke paip, span, pinggan, tangan, dan kawasan dapur tanpa kita sedar.

Penapis air yang tak dicuci p**a bukan lagi tapis kotoran.
Kadang-kadang ia sendiri jadi tempat kuman, lendir, dan benda yang kita tak sanggup tengok kalau dibuka.

Belum masuk lagi paip bidet tandas awam yang disentuh, terjatuh, terpercik, dan digunakan berulang kali.
Atau hand dryer yang kononnya moden, tapi udara yang ditiup itu datang dari ruang tandas yang kita sendiri tahu macam mana keadaannya.

Dan di rumah, filter aircond yang hitam berdebu itu bukan cuma buat udara rasa tak segar.
Ia boleh terus tiup habuk, alergen, dan kotoran ke muka kita setiap malam masa kita sedang tidur.

Masalahnya, benda ini tak semestinya berbau busuk.
Tak semestinya nampak menjijikkan.
Sebab itu ramai relax.

Kita hanya jaga benda yang mata nampak kotor.
Tapi yang banyak buat badan terdedah ialah benda yang nampak biasa.

Jijik memang jijik.
Tapi lebih jijik kalau kita tahu lambat.

Lepas ini cuba tengok semula peti ais, sinki, filter air, tandas, dan aircond di sekeliling kita.

Kadang-kadang punca yang buat kita sakit bukan sebab makan luar sangat.
Tapi sebab benda dekat sekeliling kita terlalu lama dibiarkan “nampak okay”.

🌙✨ PROMOSI ISTIMEWA RAYA SYAWAL & AIDILADHA ✨🌙  Rumah panas? Aircond tak sejuk?  Jangan risau… Kamal datang selesaikan! ...
03/04/2026

🌙✨ PROMOSI ISTIMEWA RAYA SYAWAL & AIDILADHA ✨🌙

Rumah panas? Aircond tak sejuk?
Jangan risau… Kamal datang selesaikan! ❄️

🔧 Servis Aircond Rumah & Pejabat
✅ Servis
✅ Repair
✅ Chemical Wash

🎁 SPECIAL UNTUK RAYA!
Percuma KEYCHAIN EKSKLUSIF setiap servis 😍

⚠️ TERHAD kepada 30 pelanggan terawal sahaja!
📍 Sekitar Area Kuantan

📲 WhatsApp sekarang:
011-2664 0215 (Kamal)

💬 “Sejuk Macam Baru, Raya Lagi Selesa!”

30/03/2026

Cuaca membahang sekarang ni, kalau tak pasang aircond memang lencun berpeluh satu badan. Tapi bila pasang, mulalah berdebar tunggu bil elektrik bulan depan!

Sebenarnya, anda BOLEH pasang aircond dan kekal jimat. Kuncinya bukan kena tahan peluh tutup aircond, tapi GUNA DENGAN CARA BETUL.

Tahukah anda? Paling ramai orang rugi elektrik sebab 3 KESILAPAN BESAR ini

❌ 1. Set suhu terlalu rendah (16°C - 18°C).

❌ 2. Filter (penapis) penuh habuk tak pernah cuci.

❌ 3. Bilik tak tertutup rapat (bocor udara).

Bila anda buat 3 benda ni, kompresor aircond terpaksa bekerja 'seperti hamba' tanpa henti. Makin kuat ia kerja, makin laju meter elektrik anda berpusing

Jom ubah tabiat. Ini 'Hack' Jimat Elektrik yang disyorkan

✅ FORMULA SEJUK & JIMAT (24°C + Kipas)

Jangan set 16°C. Set suhu antara 24°C hingga 26°C, kemudian PASANG KIPAS. Angin kipas akan tolak udara sejuk ke seluruh bilik dan cipta 'wind-chill effect'. Badan anda akan rasa nyaman seolah-olah suhu bilik 20°C, tapi kompresor aircond anda boleh berehat.

💧 GUNA MODE 'DRY' (Bentuk Titisan Air)

Kalau bilik rasa melekit/berkuap, tukar dari mode 'Cool' ke 'Dry'. Ia menyedut kelembapan (humidity) dari udara tanpa menggunakan kompresor secara maksimum. Sangat jimat

☀️ GELAPKAN BILIK WAKTU SIANG

Tarik langsir (blackout) supaya cahaya matahari tak panaskan lantai dan perabot. Kalau bilik dah sedia panas macam ketuhar, aircond perlukan masa lebih lama untuk sejukkan ruang.

⏰ GUNA 'TIMER' & 'SLEEP MODE' WAKTU MALAM

Tak perlu pasang aircond sampai subuh. Set timer untuk auto-off selepas 3 jam anda tidur (waktu ni badan dah sejuk & cuaca luar pun dah turun suhu). Atau guna 'Sleep Mode' supaya ia naikkan suhu secara automatik bila anda dah lena.

Dan paling penting... CUCI FILTER TU

Buka penutup depan tu, cabut jaring filter dan basuh dengan air paip setiap 2 minggu. Filter bersih = Angin kuat = Cepat sejuk!

🌙 Salam Ramadhan Al-Mubarak 🌙Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami daripada Servis Aircond Tip Top Kamal ingin menguc...
19/02/2026

🌙 Salam Ramadhan Al-Mubarak 🌙

Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami daripada Servis Aircond Tip Top Kamal ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pelanggan yang dihormati. Semoga Ramadhan kali ini membawa ketenangan, kesihatan dan rezeki yang melimpah buat anda sekeluarga.

✨ Nak rumah sejuk & selesa sepanjang Ramadhan?
Kami menyediakan perkhidmatan:

✅ Servis aircond rumah & pejabat
✅ Baiki aircond tak sejuk
✅ Cuci chemical wash
✅ Tambah gas
✅ Pemasangan & tukar unit baru
✅ Troubleshoot & repair compressor

📍 Sekitar kawasan Kuantan & kawasan berdekatan
⚡ Servis pantas, harga berpatutan & kerja kemas

Pastikan rumah kekal nyaman untuk sahur, berbuka & tarawih 🕌❄️

📞 Hubungi kami sekarang untuk booking slot!
wa.me/601126640215







Ikhlas daripada,
Servis Aircond Tip Top Kamal

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan✨🌙Bulan penuh berkah akan tiba lagi 20 hari😊 Sedikit makluman kepada pelanggan setia kami di ...
29/01/2026

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan✨🌙

Bulan penuh berkah akan tiba lagi 20 hari😊 Sedikit makluman kepada pelanggan setia kami di Daerah Kuantan,Pahang. Promosi Ramadan yang ingin dikongsi bersama‼️

⚡️CHEMICAL SERVICES 1.0HP
❄️RM110 SAHAJA
✅2 MINGGU JAMINAN SERVICES🙌🏻

✅ Pemasangan aircond baru & lama
✅ Wiring aircond point
✅ Overhaul & repair aircond
✅ Chemical service - Unit luar & dalam
✅ Topup gas
✅ Service aircond biasa & pelbagai jenis aircond
Lain² perkhidmatan :
✅ Wiring socket plug
🗺️ Lokasi : Kuantan, Pahang
🕒 Operasi : Isnin - Sabtu (9.00pg-6.00ptg)
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi :
Kamal
wa.me/601126640215
wa.me/601126640215
wa.me/601126640215




Aircondservicekuantan
repairaircondkuantan
pasangaircond
pindahaircond
kuantanaircond
aircondpermatangbadak
aircondinderamahkota
aircondtamantas
aircondkotasas
aircondinderasempurna
aircondbukitrangin
aircondmurah
aircondservicemurah
aircondtamanimpian
aircondmurahkuantan
serviceaircondmurahkuantan
pindahaircondkuantan

Selesai pamasangan ac & water heater di Sungai Karang,Kuantan❄🤝🏻Perkhidmatan yg kami ditawarkan:✅ Repair aircond - Motor...
28/12/2025

Selesai pamasangan ac & water heater di Sungai Karang,Kuantan❄🤝🏻

Perkhidmatan yg kami ditawarkan:
✅ Repair aircond - Motor & compressor
✅ Chemical service - Unit luar & dalam
✅ Baiki paip bocor @ paip gas
✅ Betulkan pendawaian & kerosakan elektik
✅ Tukar pcb board @ sensor
✅ Pemasangan aircond baru & lama
✅ Wiring aircond point

Lain² perkhidmatan:
✅ Pendawaian Elektrik
🗺 Lokasi : Kuantan, Pahang
🕒 Operasi : Isnin - Sabtu (9.00pg-6.00ptg)

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi : Kamal
wa.me/601126640215
wa.me/601126640215
wa.me/601126640215
























Address

Kuantan
26070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Servis Aircond Tip Top - Kamal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Servis Aircond Tip Top - Kamal:

Share