28/10/2019
KERJA-KERJA PLASTER DAN APA YANG PERLU ANDA TAHU.
KERJA-KERJA PLASTER DINDING RUMAH DAN APA YANG PERLU ANDA TAHU.
Untuk kerja-kerja plaster (melepa) simen sahaja, kontraktor perlu menganalisa 11 elemen kos terlibat.
Kegagalan mengira kos-kos ini menyebabkan kontraktor kerugian. Maka hilang daya maju. Tidak boleh berkembang.
Jika kontraktor mengira sambil lewa dan terlebih 'charge', pelanggan akan beralih ke kontraktor lain. Maka hilanglah daya saing.
Penetapan kos juga memberi impak yang sangat besar kepada kualiti kerja.
Pelanggan dinasihatkan tidak hanya memilih kontraktor yang memberi harga yang murah sahaja. Itu bukan satu-satunya kriteria pemilihan.
Ambil 3 hingga 4 sebut harga untuk membuat perbandingan.
Buat analisa. Cara presentation, kredibiliti kontraktor, testimonial pelanggan, pematuhan industri dan hasil kerja kontraktor boleh menjadi kayu ukur pemilihan.
Pelanggan berhak bertanya kontraktor servis yang ditawarkan.
__________
Bagi kerja plaster (melepa) simen, 11 kos terlibat adalah kos;
1. Simen
2. Pasir
3. Kapur
4. Sewa mesin pembancuh simen termasuk pengangkutan
5. Bilangan hari kerja
6. Gaji operator pembancuh konkrit
7. Gaji operator biasa (unskilled)
8. Diesel
9. Pelincir
10. Gaji tukang lepa
11. Gaji tukang lepa biasa (unskilled)