12/06/2026
📢 MAKLUMAN RASMI PENUTUPAN SEMENTARA PETRONAS KUCHING FAMILY PARK
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan yang dihargai.
Untuk memastikan keselamatan operasi serta meningkatkan kecekapan sistem elektrik stesen, PETRONAS Kuching Family Park akan ditutup sementara bermula 15 Jun 2026 hingga 18 Jun 2026 bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan Main Switch Board (MSB).
⚠️ Sepanjang tempoh tersebut:
✅ Pengisian minyak tidak dapat beroperasi
✅ Kedai Mesra ditutup sementara
✅ Semua kemudahan stesen tidak dapat digunakan.
Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama semua pelanggan sepanjang tempoh penyelenggaraan ini.
Insya-Allah, operasi akan kembali berjalan seperti biasa selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dilaksanakan.
🙏 Terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada PETRONAS Kuching Family Park.
D.Z PETRO ENTERPRISE
PETRONAS Kuching Family Park