29/07/2026
[TB] 25 Julai 2026.
Lawatan pelajar sekolah rendah ke E-One Tenggara Sdn Bhd bagi Program Khidmat Pemimpin NADWAH Kepimpinan Islam Generasi Madani (NKIGM) Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan (Zon 3) bagi Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kulai (PPD) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (Jpn).
Program yang dihadiri seramai 200 orang pelajar Sekolah Rendah dari pelbagai Negeri & disertai 40 orang guru pengiring.
Lawatan yang berlansung selama 4 jam itu bertujuan bagi memupuk semangat kepimpinan pelajar untuk masa hadapan kelak.
Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak PPD Kulai memilih tempat kami sebagai sebahagian dari program yang dianjurkan. Semoga ada usaha sama yang berterusan dimasa hadapan kelak. Insya allah. ❤️