08/01/2025
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡𝗝𝗨𝗧𝗔𝗡 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐑𝐀𝐊𝐓𝐎𝐑 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗗𝗜 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐉𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 (𝗞𝗞𝗗𝗪) 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 / 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 / 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
Dimaklumkan bahawa Pejabat KKDW Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang telah melaksanakan kaedah Pendaftaran Kontraktor bagi memastikan tatacara perolehan kerja pejabat ini dibuat secara teratur dan mematuhi peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa. Tempoh pendaftaran ini dilanjutkan lagi dari 8 Jan 2025 sehingga 8 Februari 2025.
Semua Kontraktor yang berdaftar di Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, adalah dikehendaki untuk membuat pendaftaran kontraktor melalui pautan google form yang berikut :
https://forms.gle/nvwB4NRKuJEpbWdc9
Mana-mana Kontraktor yang telah membuat pendaftaran masih boleh mengemaskini butiran pendaftaran. Semua maklumat/dokumen yang dikemukakan semasa pendaftaran akan disimpan sebagai rekod data kontraktor Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang sahaja.
Kontraktor yang berjaya ditawarkan kerja/kontrak/tender dengan pejabat ini masih perlu mengemukakan dokumen berkaitan yang terkini setiap kali mengisi dokumen/borang sebutharga atau surat setuju terima.
Pendaftaran ini bukan merupakan perjanjian untuk mendapatkan mana-mana kerja/kontrak/tender dengan Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang.