Realiti Ukur Consultant

Realiti Ukur Consultant Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Realiti Ukur Consultant, Engineering service, No. 11, (Tingkat Atas) Lebuh Lembah Impiana, Taman Lembah Impiana, Kulim.

Firma Juruukur Tanah Berlesen
/ Licensed Land Surveyor Firm
Membantu dalam menguruskan:
-Pecah sempadan/ Pecah Geran
-Ukur butiran / As-Built Survey
-Ukuran Setting Out
-Pemetaan Dron
-Ukuran Hidrografi
-Pemetaan Utiliti (UDM)

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak bersawat ke atasku." (HR Tirmidzi)

Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita bukan sahaja mengingati kelahiran baginda, malah terus bersemangat menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian.

Semoga keberkatan dan syafaat baginda sentiasa mengiringi kita semua.
Allahumma Sholli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad. โค๏ธ

Ukuran Topografi dan Butiran telah dijalankan oleh pihak Realiti Ukur Consultants bagi kegunaan dan rujukan pemasangan p...
17/06/2026

Ukuran Topografi dan Butiran telah dijalankan oleh pihak Realiti Ukur Consultants bagi kegunaan dan rujukan pemasangan paip bekalan air di sempadan Malaysia - Thailand sepanjang 30 kilometer. Kerja-kerja ukur berjaya diselesaikan dalam masa hampir sebulan oleh pasukan kerja luar RUC. Ukuran dijalankan bertujuan bagi menentukan ketinggian dan butiran sedia ada dan seterusnya membantu memberi cadangan laluan bekalan air yang bakal disediakan

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™Hijrah bukan sekadar perpindahan masa, tetapi sebuah manifestasi perubahan ke ara...
17/06/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™

Hijrah bukan sekadar perpindahan masa, tetapi sebuah manifestasi perubahan ke arah yang lebih baik, proaktif, dan penuh integriti.

Kami di Realiti Ukur Consultants mendoakan agar kedatangan tahun baharu Islam ini membuka lembaran rezeki yang luas, memperkukuh azam kita untuk terus memberikan yang terbaik, serta membawa keberkatan dan kedamaian yang berpanjangan buat kita semua.

Semoga setiap langkah kita sentiasa diredhai-Nya. Insya-Allah.

Selamat Hari Juruukur Sedunia @ Global Surveyors Day 2026!
22/03/2026

Selamat Hari Juruukur Sedunia @ Global Surveyors Day 2026!

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‰๐”๐‘๐”๐”๐Š๐”๐‘ ๐’๐„๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ | 21 Mac 2026

๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜š๐˜ถ๐˜ณ๐˜ท๐˜ฆ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ด (FIG) iaitu badan organisasi antarabangsa yang berakitan ukur, pemetaan dan geospatial telah memutuskan 21 Mac pada setiap tahun sebagai Hari Juruukur Sedunia atau ๐˜Ž๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ ๐˜š๐˜ถ๐˜ณ๐˜ท๐˜ฆ๐˜บ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ด' ๐˜‹๐˜ข๐˜บ (GSD).

Satu tarikh yang sangat bermakna bagi menghargai profesion Juruukur yang memastikan setiap inci bumi ini diukur dengan tepat dan setiap sempadan diletakkan dengan adil. Tanpa kepakaran juruukur, dunia kita mungkin hanya sekadar lakaran tanpa kepastian.

๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜‘๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ณ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข 2026 ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ˆ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ง๐˜ช๐˜ต๐˜ณ๐˜ช 1447๐˜

Berakhirnya Ramadhan, kini tanda menjelangnya Syawal, waktu meraikan kemenangan seluruh umat Islam setelah sebulan menah...
21/03/2026

Berakhirnya Ramadhan, kini tanda menjelangnya Syawal, waktu meraikan kemenangan seluruh umat Islam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga.

Semoga lembaran di bulan suci kali ini dapat mengeratkan semula silaturahim yang terlerai serta terpisah agar biar terpaut semula selamanya. Buang yang keruh ambil yang jernih, harapnya tali persaudaraan, sanak saudara dan juga antara sahabat dapat dieratkan semula.

Kami di Realiti Ukur Consultant ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Tulus ikhlas daripada seluruh kakitangan dan tenaga kerja Realiti Ukur Consultant

MAJLIS TAHLIL , IFTAR DAN BERBUKA PUASA TAJAAN REALITI UKUR CONSULTANT05 MAC 2026 / 15 RAMADHAN 1447H - Telah berlangsun...
08/03/2026

MAJLIS TAHLIL , IFTAR DAN BERBUKA PUASA TAJAAN REALITI UKUR CONSULTANT

05 MAC 2026 / 15 RAMADHAN 1447H - Telah berlangsung majlis berbuka puasa atau iftar bertempat di Masjid Al-Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim, Kedah yang bertujuan berkongsi rezeki juadah berbuka bersama penduduk di sekitar. Majlis dihadiri seramai hampir 250 orang penduduk daripada taman-taman sekitar iaitu Taman Lembah Impiana, Taman Angsana, Taman Sri Pinang dan lain-lain. Semoga majlis dan program-program sebegini dapat terus dianjurkan supaya dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada orang ramai ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

Kerja-kerja Pengukuran Machine Layout di Lunas, Kulim Kedah
25/01/2026

Kerja-kerja Pengukuran Machine Layout di Lunas, Kulim Kedah

Kerja-kerja Penandaan dan Pecah Sempadan di Lot 20605, Pongu Seribu, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang
18/01/2026

Kerja-kerja Penandaan dan Pecah Sempadan di Lot 20605, Pongu Seribu, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Address

No. 11, (Tingkat Atas) Lebuh Lembah Impiana, Taman Lembah Impiana
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+60124048272

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Realiti Ukur Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Realiti Ukur Consultant:

Shortcuts

Share