AFRS LGK

AFRS LGK To Save Life

📢 PEMAKLUMAN LATIHANBUILDING EMERGENCY DRILL 2026Langkawi International AirportSebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsia...
20/07/2026

📢 PEMAKLUMAN LATIHAN

BUILDING EMERGENCY DRILL 2026
Langkawi International Airport

Sebagai usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan, Building Emergency Drill 2026 akan dilaksanakan di Langkawi International Airport.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik sekiranya melihat kehadiran anggota keselamatan, kenderaan kecemasan serta aktiviti latihan di kawasan lapangan terbang sepanjang latihan berlangsung.

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.

18/07/2026

HAT YAI EMERGENCY MANAGEMENT EXERCISE (HEMEX-26) HAT YAI INTERNATIONAL AIRPORT (HDY), THAILAND

AFRS Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) telah menghadiri Hat Yai Emergency Management Exercise (HEMEX-26) sebagai pemerhati di Hat Yai International Airport (HDY), Thailand. Penyertaan ini bertujuan untuk menimba pengalaman, memahami pelaksanaan Pelan Kecemasan Lapangan Terbang serta memperkukuhkan pengetahuan mengenai pengurusan insiden keselamatan penerbangan yang melibatkan ancaman keselamatan bersenjata dan situasi tebusan.

24/06/2026

SESI TOWNHALL, TA’ARUF DAN BACAAN TAHLIL BERSAMA PENGURUS LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA LANGKAWI YANG BAHARU IAITU TUAN MOHD JAUHARI BIN ABDULLAH

🌙 *JEMPUTAN MAJLIS SELAWAT & CERAMAH KHAS AWAL MUHARRAM 1448H* 🌙Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Seja...
15/06/2026

🌙 *JEMPUTAN MAJLIS SELAWAT & CERAMAH KHAS AWAL MUHARRAM 1448H* 🌙

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Seluruh warga kerja Malaysia Airports dan para jemputan sekalian adalah dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadirkan diri ke Majlis Selawat & Ceramah sempena sambutan Maal Hijrah / Awal Muharram. Sama-sama kita mengambil keberkatan bulan yang mulia ini untuk memperkukuh ukhuwah dan meningkatkan ketakwaan.

📌 MAKLUMAT MAJLIS
📆 *Tarikh* : 17 Jun 2026 (Rabu)
⏱️ *Masa* : 10:00 Pagi
đźš’ *Lokasi* : Balai Bomba AFRS (Airport Fire & Rescue Services)
📹 *Platform Maya* : Google Meet

Join with Google Meet
meet.google.com/cta-xitk-hpt
Meeting code : cta-xitk-hpt
Phone Numbers
(US)+1 443-461-5075
PIN: 130 117 437 #

"Satu Langkah Hijrah, Seribu Keberkatan." Semoga kehadiran dan sokongan anda semua diberkati oleh-Nya dan dapat memeriahkan lagi majlis ini.

Sekian, terima kasih.

04/06/2026

PROGRAM BERKUDA & FIRE SAFETY AWARENESS BERSAMA ISLAND HORSES LANGKAWI (MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH)

03/06/2026

Pemeriksaan Barisan dan Sesi Debriefing EX MAHSURI 2026 bersama Tuan Muhammad Hidayat Bin Ismail, Pengurus Besar AFRS.

Sesi ini menjadi platform penting bagi menilai tahap kesiapsiagaan, keberkesanan operasi serta mengenal pasti ruang penambahbaikan hasil pelaksanaan latihan. Komitmen, disiplin dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh seluruh warga AFRS mencerminkan kesungguhan dalam memastikan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

14/05/2026

Kecekapan diuji, kesiapsiagaan diperkukuh. EX MAHSURI 2026 membuktikan komitmen pasukan AFRS bersama agensi keselamatan dan penyelamat dalam memperkukuh koordinasi serta memastikan tindak balas kecemasan penerbangan sentiasa berada pada tahap tertinggi, kerana setiap saat amat berharga ketika kecemasan.

14/05/2026
13/05/2026

Address

Langkawi
07100

Opening Hours

Monday 05:00 - 01:00
Tuesday 05:00 - 01:00
Wednesday 05:00 - 01:00
Thursday 05:00 - 01:00
Friday 05:00 - 01:00
Saturday 05:00 - 01:00
Sunday 05:00 - 01:00

Telephone

+6049551311

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AFRS LGK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share