Rakan JBALB Bahagian Limbang

Rakan JBALB Bahagian Limbang Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Limbang menguruskan operasi bekalan air luar bandar terutama

20/08/2026
SITUASI SEMASA BEKALAN AIR DI DAERAH LAWASApabila tekanan sistem masih rendah, bekalan air akan lebih mudah sampai ke ka...
19/08/2026

SITUASI SEMASA BEKALAN AIR DI DAERAH LAWAS

Apabila tekanan sistem masih rendah, bekalan air akan lebih mudah sampai ke kawasan berhampiran paip utama terlebih dahulu manakala, kawasan yang lebih tinggi, jauh dan berada di penghujung jajaran memerlukan tekanan yang lebih mencukupi sebelum bekalan air dapat diterima secara stabil.

Punca-punca bekalan air di Daerah Lawas kerap terputus:

πŸ”΄ Musim kemarau dan paras sungai rendah.
πŸ”΄ Pengeluaran air terawat berkurangan.
πŸ”΄ Kebocoran paip utama dan kerja pembaikan.
πŸ”΄ HLT dan tekanan sistem perlu dipulihkan.

Antara tindakan yang dilaksanakan termasuk:

βœ… Lori tangki bersiap sedia bagi membantu keperluan bekalan air.
βœ… Pasukan JBALB bersiap siaga melaksanakan kerja-kerja pembaikan di setiap zon Daerah Lawas.
βœ… Mendalamkan kawasan muka sauk bagi membantu pengambilan air mentah.

🚰 Ada gangguan bekalan air di kawasan anda?

Hubungi Pusat Panggilan JBALB Call Centre di talian 082-262211 untuk mendapatkan bantuan dan membuat aduan berkaitan gangguan bekalan air atau paip bocor/pecah.

πŸ’§ JBALB sedang berusaha memulihkan pengagihan secara berperingkat. Dalam keadaan musim kemarau sekarang, pemulihan bekalan bergantung kepada pengeluaran loji, pengisian HLT dan pembinaan semula tekanan dalam sistem pengagihan.

πŸ’§ Bersama kita gunakan air secara berhemah. Setiap titisan air amatlah bermakna.

17/08/2026
17/08/2026

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL

17.08.2026, Isnin 10.30 pagi hingga keadaan pulih.

Huraian Gangguan : Loji Rawatan Air Wilayah Trusan beroperasi separuh kapasiti sahaja buat masa sekarang akibat daripada muka sauk ( intake) yang paras rendah akibat musim kemarau yang berpanjangan. Kawasan yang jauh dari Loji Trusan dan berbukit akan mengalami gangguan tekanan air rendah. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Kawasan Terjejas : Seluruh kawasan Lawas kecuali Jln Punang, Kuala Lawas dan Merapok.

14/08/2026

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK TERJADUAL

Kerja Baikpulih paip MSCL di Loji Trusan telah siap di laksanakan di sekitar jam 7.15petang. Bekalan air akan di buka malam ini pada kadar separuh kapasiti.

Namun kerja baikpulih di Jalan Trusan-Mengkalap KM8 terpaksa ditangguhkan kepada hari esok kerana kawasan tersebut adalah kawasan cerun,atas faktor keselamatan dan risiko tanah runtuh. Kerja pembaikan akan di sambung semula pada tetapan berikut ;

Pada :15.08.2026 (sabtu )
Jam:9.00pagi hingga selesai

Bekalan air akan ditutup sepenuhnya untuk memberi laluan kerja pembaikan.

Maaf atas kesulitan.
Terima kasih atas kerjasama.

14/08/2026

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR

Kerja Baikpulih paip MSCL di Loji Trusan telah siap di laksanakan di sekitar jam 7.15petang.

Namun kerja baikpulih di Jalan Trusan-Mengkalap KM8 terpaksa ditangguhkan kepada hari esok.

Pada :15.08.2026 (sabtu )
Jam:9.00pagi hingga selesai

Ini adalah kerana kawasan tersebut adalah kawasan cerun, atas faktor keselamatan dan risiko tanah runtuh.

BEKALAN AIR AKAN DIBUKA MALAM INI TETAPI PADA KADAR SEPARUH KAPASITI sahaja.

Maaf atas kesulitan.
Terima kasih atas kerjasama.

Address

Lawas
98850

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6085284213

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan JBALB Bahagian Limbang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category