19/04/2024
Adakah anda tahu bahawa DB (Distribution Board/Papan Agihan) juga perlu diservis setiap 3 tahun sekali???
Kenapa perlu servis DB?
⚡Pengujian Earth leakage circuit breaker (ELCB) yang berfungsi sebagai alat pemutus bekalan elektrik secara automatik apabila berlaku kebocoran elektrik ke wayar bumi atau litar pintas sama ada masih berfungsi secara baik.
⚡Pemeriksaan sekiranya terdapatnya kabel yang longgar.
⚡Pemeriksaan fius sekiranya berlaku lebihan arus mengalir pada pendawaian di rumah. Ini penting kerana sekiranya berlakunya overload pada litar, letupan/kebakaran dll boleh berlaku. Kes ini terjadi apabila beban elektrik rumah/bangunan tidak dikira sebelum pemasangan sistem elektrik, atau penambahan suis baru yang menjadikan lebihan load/beban pada litar elektrik di rumah.
⚡Periksa sama ada kabel masuk daripada incoming TNB mencukupi atau tidak. Mungkin terdapat beban lebih daripada pendawaian lama pada db yg membawa risiko terbakar.
⚡Pemeriksaan Wiring dalam DB sama ada tidak mengikut spesifikasi - ini sering kali terjadi. Saya boleh katakan ia berpunca dari kelalaian atau hasil kerja mereka yang tidak bertauliah dan tiada sijil kekompetenan yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga. Perkara ini sangat bahaya kerana boleh menjadi punca kebakaran rumah tanpa amaran.
💰Harga bagi perkhidmatan servis DB hanya RM120.00 bagi kawasan sekitar Sri Manjung,Sitiawan,Lumut & Ayer Tawar.
*Perkhidmatan luar kawasan akan dicharge mengikut jarak kawasan.
📱Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-
www.wasap.my/601164527079/quote