ACiS Technology Sdn Bhd

ACiS Technology Sdn Bhd SCADA & Control Systems | System Integration & Migration | Mechanical & Electrical Works | Oil & Gas

ACIS Technology Sdn Bhd mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1447H kepada seluruh umat Islam.Firman Allah SWT:“Bulan Ramadan...
06/03/2026

ACIS Technology Sdn Bhd mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran 1447H kepada seluruh umat Islam.

Firman Allah SWT:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia serta penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang benar dan yang batil.”
(Surah Al-Baqarah: 185)

Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran ini menjadi peringatan untuk kita terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan, memperkukuhkan nilai integriti, amanah dan kebersamaan dalam setiap usaha yang kita lakukan.

Marhaban Ya Ramadhan 🌙✨Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua. Am...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan 🌙✨
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu satu rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua. Amin 🤍

Niat Puasa Ramadhan – untuk esok
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هٰذِهِ السَّنَةِ لِلّٰهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu sauma ghadin ‘an adā’i fardi syahri Ramadhāna hādhihis-sanati lillāhi ta‘ālā.
Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.

Selamat menyambut bulan yang mulia ini 🤲🏼✨
Semoga setiap ibadah kita diterima dan segala urusan dipermudahkan sepanjang Ramadhan.

Program Kesedaran Motivasi Kerja & Pengurusan Tekanan di Tempat KerjaPihak ACIS telah menjemput LPPKN Melaka bagi mengen...
26/01/2026

Program Kesedaran Motivasi Kerja & Pengurusan Tekanan di Tempat Kerja

Pihak ACIS telah menjemput LPPKN Melaka bagi mengendalikan sesi kesedaran motivasi kerja dan pengurusan tekanan di tempat kerja yang telah dilaksanakan pada 21 Januari 2026 bertempat di Ibu Pejabat ACIS (ACIS HQ), Melaka.

Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Asma Binti Ahmad Azraai, yang berkongsi input serta panduan bermanfaat berkaitan pengurusan tekanan dan kesejahteraan mental di tempat kerja.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen ACIS dalam menitikberatkan kesihatan mental demi mewujudkan persekitaran kerja yang sejahtera dan produktif.

Terima kasih kepada LPPKN Melaka dan Puan Asma Binti Ahmad Azraai atas perkongsian ilmu dan komitmen dalam menjayakan program ini.


31/12/2025

Closing 2025 with gratitude.
Every moment, every milestone, every team effort—thank you.
See you in 2026.

Majlis Penyerahan Projek – IPG Kampus Darulaman, Jitra, KedahAlhamdulillah, pada 4hb Disember 2025 telah berlangsungnya ...
07/12/2025

Majlis Penyerahan Projek – IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah

Alhamdulillah, pada 4hb Disember 2025 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Projek Kerja-kerja Naiktaraf dan Penyelenggaraan Bangunan serta Kerja-kerja Berkaitan di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPGKDA) yang telah berjaya disempurnakan oleh pasukan ACIS bersama pihak JKR Kubang Pasu dan IPGKDA.

Projek ini merupakan komitmen berterusan kami dalam memastikan infrastruktur pendidikan negara berada pada tahap terbaik, lebih selamat, lebih selesa, dan lebih mampan untuk kegunaan warga kampus.

Terima kasih kepada semua pihak terlibat, khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), JKR Kubang Pasu, Pengurusan IPGKDA dan seluruh pasukan projek ACIS & CFM yang bertungkus-lumus memastikan projek ini disiapkan dengan berkualiti dan mengikut jadual.

Majlis hari ini adalah simbol kejayaan kerjasama strategik dan profesionalisme semua pihak. Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada komuniti pendidikan dan negara.

Accountability, Committed, Integrity & Spirit

🚀 Fast. Reliable. Proven. – That’s ValveinsAt Acis Technology, we know project downtime is costly — that’s why we partne...
05/11/2025

🚀 Fast. Reliable. Proven. – That’s Valveins

At Acis Technology, we know project downtime is costly — that’s why we partner with Valveins since 2022, a trusted brand delivering high-performance control valves and actuation systems with shorter lead times.

🛠️ Our Product Range:
Control Valves (CCG & CRG Series)
Trunnion & Floating Ball Valves (API 6D)
Butterfly Valves (Marine Grade C95800)
Pneumatic & Electric Actuators

⚡ Our Strength – Shorter Lead Time (10–14 Weeks)
We understand that time is critical. Valveins delivers high-quality valves faster — without compromising on reliability or compliance with international standards (API, ASME, ISO, CE, TUV).

⚡ ACIS is registered with Petronas, Bousted, MISC, TNB & M*F.

📘 Download our Valveins Product Catalog (attached below) to explore the full range of solutions.

📩 For project inquiries or quotations, contact our technical sales team today - [email protected]

📞 +60 17-248 6256 (Aizat) / +60 11-1009 7898 (Arif) / +6019-2742188 (Adam)

🌐 www.valveins.co / www.acistechnology.com

Let’s work together to make your next project flow smoother — with Valveins Malaysia & ACIS Technology.

Selamat Hari Malaysia 2025! Melangkah ke hadapan dengan semangat wawasan, membina masa depan yang lebih sejahtera untuk ...
16/09/2025

Selamat Hari Malaysia 2025! Melangkah ke hadapan dengan semangat wawasan, membina masa depan yang lebih sejahtera untuk semua.

Bunga raya mekar berseri,
Lambang indah negara tercinta,
Hari Malaysia kita syukuri,
Perpaduan rakyat kekal selamanya.

Terbang tinggi si burung jentayu,
Hinggap sebentar di pohon ara,
Sabah Sarawak Semenanjung bersatu,
Malaysia makmur rakyat sejahtera.

🇲🇾

🕌 Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M 🕌Bersama kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, meneladani ...
04/09/2025

🕌 Salam Maulidur Rasul 1447H / 2025M 🕌

Bersama kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, meneladani akhlak baginda dan memperkukuh ukhuwah sesama umat.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68!Marilah kita bersama-sama menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan, mempe...
31/08/2025

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68!
Marilah kita bersama-sama menghargai pengorbanan para pejuang kemerdekaan, memperkukuh semangat kebersamaan, dan melangkah maju demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

ACIS Technology Sdn Bhd dengan sukacitanya mengalu-alukan Dr. Normazlina dari Politeknik Merlimau sebagai peserta Progra...
29/07/2025

ACIS Technology Sdn Bhd dengan sukacitanya mengalu-alukan Dr. Normazlina dari Politeknik Merlimau sebagai peserta Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP). Hari ini, beliau membuat lawatan ke ACIS Media untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang operasi harian dalam industri kejuruteraan.

Program SIP merupakan usaha bersepadu dalam mengeratkan kerjasama antara institusi akademik dan industri, di mana para pensyarah diberi peluang untuk merasai suasana sebenar dunia pekerjaan dan memahami keperluan semasa industri.

Penyertaan ini membuktikan komitmen ACIS dalam menyokong pembangunan industri, memperkukuh peranan pendidikan tinggi, serta menyumbang secara aktif kepada kemajuan masyarakat.

22/07/2025

22 Julai 2025 - Semua kakitangan ACIS dan ahli Jawatankuasa ISO Keselamatan yang hadir secara dalam talian melalui Google Meet telah melafazkan Ikrar Integriti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Ini menunjukkan kesungguhan kami untuk terus membudayakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

Address

RM35, JALAN REMBIA HUB 1, TAMAN IKS REMBIA HUB
Malacca City
76450

Website

http://twitter.com/acistechnology

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ACiS Technology Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share