Tukar Mangkuk Tandas Melaka

Tukar Mangkuk Tandas Melaka Perkhidmatan Mengubah Suai Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk ATAU Mengubah Suai Tandas Duduk Ke Tandas Cangkung.

15/05/2026

Alhamdulillah 2 unit pintu tandas jenis bifold/lipat tanpa track jenama Onitek berjaya dipasang minggu lepas.

Maka, sudah selesai 100% projek mengubahsuai 2 unit tandas pelanggan ini. Ribuan terima kasih kerana melantik kami untuk melakukan kerja pengubahsuaian tandas ini.

Kalau Tuan Tuan ada nak:

1. Total make over tandas seperti dalam video ini,

2. Atau ada ahli keluarga berkeperluan khas memerlukan tukar mangkuk tandas cangkung ke mangkuk tandas duduk yg lebih selamat

3. Atau hanya nak tukar mangkuk tandas lama yang dah kusam menjadi lebih selamat, lebih cantik berkilat dan lebih mudah dibersihkan, kami boleh buatkan semua ini.

Perkhidmatan kami berkaitan hal ehwal pertandasan ini cover seluruh Melaka dan sekitarnya ya. 😊

05/05/2026

Kerja ubahsuai tandas lama untuk rumah customer yg berusia lebih 20 tahun kini sudah 98% siap.

Tinggal pasang pintu lipat bifold jenis tiada track jenama Onitek dan Vitally yg dijangka akan sampai dalam minggu ini.

Tingkap aluminium jenis top hung juga akan dipasang minggu ini.

Permintaan customer:

1. Nak tema minimalis moden hanya guna warna hitam, putih, kelabu dan chrome finish. ✅️

2. Nak lantai kemasan pebble wash seperti lantai di R&R Ayer Keroh. ✅️

3. Nak semua kemasan besi warna chrome finished termasuk safety handrail untuk kegunaan warga emas dan ahli keluarga kelainan upaya OKU di dalam rumah. ✅️

4. Nak semua kelengkapan sanitary seperti toilet bowl menggunakan seramik berwarna putih berserta pedestal di bawah sinki. ✅️

5. Pintu bifold trackless + aluminium top hung window - Insyallah minggu ini. 🤲🏻

Akan update lagi bila sudah 100% siap.

25/04/2026

Untuk kerja kerja pengubahsuaian tandas yang melibatkan penukaran tingkap dan pintu, perkara penting ialah mengukur terlebih dahulu ruang tingkap dan pintu, kemudian terus buat tempahan walaupun projek masih lagi berjalan.

Sebab diwaktu bila kerja kerja lain dah siap, pintu dan tingkap yg sudah ditempah juga akan siap serentak, tinggal pasang sahaja.

Bila kerja siap on time, customer pun happy.

Kerja kerja hacking atau memecah tiles lama untuk 2 unit tandas di Taman Paya Rumput, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.J...
16/04/2026

Kerja kerja hacking atau memecah tiles lama untuk 2 unit tandas di Taman Paya Rumput, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

Juga disekalikan kerja menanam paip air ke dalam dinding sebelum tiles dipasang

Ada rumah lama nak make up semula tandas di sekitar Melaka? Meh ler hubungi kami.

13/04/2026

Mangkuk tandas duduk sedia ada tidak terletak betul betul di bahagian tengah tandas.

Customer nak tukar mangkuk tandas baru + tengahkan semula saliran perpaipan.

Lepas dah siap, kita akan kongsi hasilnya.

Lokasi: Taman Paya Rumput, Masjid Tanah.

Benar!
20/02/2026

Benar!

Geli tak kalau kami cakap, setiap pagi anda mungkin sedang menggosok gigi dengan 'percikan' air jamban? 🤢

"Eh, mana ada Min! Berus gigi saya letak elok je kat atas sinki, tak pernah jatuh dalam lubang tandas pun!"

Tuan-tuan dan Sis sekalian, mari kenali satu fenomena sains yang dipanggil: TOILET PLUME (Awan Najis).

Bila anda tekan butang 'flush' jamban DENGAN PENUTUP TERBUKA, air yang berpusing laju tu akan menembak zarah-zarah mikro (aerosol) air kencing dan najis terus ke udara! Ia membentuk "awan halus" yang tak nampak dek mata kasar.

Ke mana awan najis ni pergi?

Ia berterbangan dan mendarat dengan tenang di permukaan sekeliling:
💩 Sinki dan pemegang paip.
💩 Tuala mandi yang tergantung.
💩 Dan paling seram... hinggap kat celah-celah bulu BERUS GIGI anda!

Bayangkan kalau ada ahli keluarga yang tengah cirit-birit, muntah, atau demam. Kuman tu semua 'berpesta' merata-rata.

"Kalau macam tu, saya tutup je lah penutup masa flush. Settle kan?"

Belum settle100%. Kajian sains tunjukkan penutup tandas tu BUKAN kedap udara. Zarah virus yang sangat halus masih boleh lolos dari celah-celah penutup.

Jadi, ini 4 benda WAJIB anda buat
:
1️⃣ Biasakan diri: TUTUP penutup sebelum tekan flush Tunggu air habis mengalir baru buka balik (jika perlu).

2️⃣ PINDAHKAN berus gigi jauh dari tandas. Paling bagus, simpan dalam kabinet bertutup atau guna coverberus gigi.

3️⃣ Rajin-rajin sembur disinfektan (pembasmi kuman) kat area butang flushpemegang pintu, dan sinki.

4️⃣ Pasang exhaust fan atau buka tingkap bilik air lepas guna untuk buang udara tercemar tu keluar.

Jom ubah tabiat ni. Geli weh kalau tiap-tiap pagi berus gigi guna kuman E.coli Kongsikan info ni

Kerja menukar sistem tandas ke tandas jenis duduk + turunkan level + tukar tiles permukaan lantai sahaja SELESAI.Custome...
03/02/2026

Kerja menukar sistem tandas ke tandas jenis duduk + turunkan level + tukar tiles permukaan lantai sahaja SELESAI.

Customer tak cukup bajet, hanya nak:

1. Tukar ke mangkuk tandas duduk ✅
2. Tukar tiles di permukaan lantai sahaja sebab customer tidak cukup modal untuk buat jubin dinding ✅
3. Turunkan level ketinggian lantai tandas ✅
4. Sistem perpaipan taknak tanam di dalam dinding kerana customer kekurangan bajet, memadai buat di luar sahaja ✅
5. Pasang shower set ✅

Kerja menukar sistem tandas ke tandas jenis duduk + turunkan level + tukar tiles permukaan lantai sahaja.Customer kata u...
26/01/2026

Kerja menukar sistem tandas ke tandas jenis duduk + turunkan level + tukar tiles permukaan lantai sahaja.

Customer kata untuk kegunaan adik yg merupakan orang kelainan upaya OKU yang bakal menggunakan toilet ini.

Bajet customer ketat tak cukup nak buat keseluruhan toilet, kita boleh sesuaikan ikut bajet customer.

Lokasi: Taman Dahlia (Berhampiran MMU), Bukit Beruang, Ayer Keroh, Melaka.

Next kerja dah siap, kita update hasil akhir.

Customer lama mintak pasangkan handrail dan karpet anti gelincir.Siap. ✅️
21/01/2026

Customer lama mintak pasangkan handrail dan karpet anti gelincir.

Siap. ✅️

🚽 Kenapa perlu tukar mangkuk tandas yang dah lebih 10 tahun?1️⃣ Retakan halus & bocor – Seramik lama mudah retak, air bo...
15/09/2025

🚽 Kenapa perlu tukar mangkuk tandas yang dah lebih 10 tahun?

1️⃣ Retakan halus & bocor – Seramik lama mudah retak, air boleh meresap & sebabkan kebocoran.
2️⃣ Kerak & kotoran kekal – Stain kuning & kerak mineral dah susah nak cuci walau guna pencuci kuat.
3️⃣ Boros air – Model lama guna flush banyak air. Tandas baru ada sistem jimat air (dual flush).
4️⃣ Spare part susah dapat – Tangki & flush lama banyak tak ada di pasaran.
5️⃣ Keselesaan moden – Rekaan baru lebih selesa, mesra warga emas & ergonomik.
6️⃣ Nilai rumah naik – Tandas baru buat rumah nampak moden & bersih, tambah value kalau nak jual/sewa.
7️⃣ Keselamatan – Mangkuk lama boleh bergoyang sebab bolt & simen longgar, bahaya bila duduk.

💡 Solusi paling mudah? Tukar kepada tandas baru SIRIM certified.

📲 Whatsapp kami untuk semakan & pemasangan pantas!

👉 013-968 8909

Atau klik sini sekarang:
➡️ https://wa.link/zg1wmd

Address

Melaka
Malacca City
75450

Telephone

+60139688909

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tukar Mangkuk Tandas Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share