Kampung Balik Batu

Kampung Balik Batu Aktiviti dan suasana kehidupan di Kampung Balik Batu

20/08/2025

Assalamualaikum, nama saya ZARA QAIRINA.
Saya baru berusia 10 hari. Tiada suara bapa mengiqamatkan saya masa saya lahir. Saya hanya dengar suara mak berselawat di telinga saya, dan teresak-esak sesekali.

Saya ada abang. Umur 11 tahun. Abang saya tidak sekolah sebab sekolah jauh. Mak saya tak mampu nak hantar abang ke sekolah kerana kekangan kewangan.

Masa mak saya mengandungkan saya, abang saya jadi teman setia mak. Kadang-kadang pergi klinik naik grab, kadang-kadang tumpang kawan, kadang-kadang tumpang nurse, kadang-kadang jalan kaki lebih dari 5 kilometer. Berpanas, berhujan itu perkara kecil untuk mak dan abang.

Mak selalu kena datang klinik sebab mak saya ada kencing manis. Misi pun dah faham kalau mak tak dapat datang, mak lewat sampai. Misi selalu datang rumah cari mak di rumah. Mak menumpang rumah saudara sejak membawa diri.

Mak saya seorang wanita yang kuat. Lepas saya lahir mak dan ayah (yang tidak pernah saya dengar suaranya itu) akan berpisah. Kenapa agaknya mak dan ayah nak berpisah...

Harini mak bawa saya ke klinik, nak check kuning. Bacaan kuning saya tinggi. Macamana lah mak nak bawa saya datang klinik selalu, mak tak mampu. Doakan rezeki saya, mak saya dan abang saya murah ye orang-orang budiman.

Terima kasih nurse yang selalu tumpangkan mak, belanja mak dan abang makan (bukan Misi Konah).
Doakan saya menjadi anak yang berhati waja macam mak saya, dan menjadi anak solehah seperti bidadari syurga, ZARA QAIRINA.

~Misi Konah tanya nama baby comel ni apa? Mak dia kata nama pelajar agama yang meninggal di Sabah tu, ZARA QAIRINA. Allah...sebaknya.
Kredit : Norazlina Sadzali

27/06/2025
24/06/2025
21/06/2025
16/06/2025

"Kalau Iran Tutup Selat Hormuz, Malaysia Takkan Terkecuali!"

Ramai anggap konflik antara Iran dan Israel hanyalah pergolakan di Timur Tengah. Tapi bila Iran ugut nak tutup Selat Hormuz, barulah dunia mula panik.

Selat Hormuz itu kecil, tapi sangat strategik. Hampir 20% bekalan minyak dunia – termasuk dari Arab Saudi, UAE, Kuwait, Iraq, dan Qatar – keluar masuk melalui laluan ini setiap hari.

Jika Iran tutup laluan ini:

Harga minyak boleh meletup hingga 3 kali ganda

Brent sudah naik lebih 7% dalam sehari selepas ugutan Iran tempoh hari

Malaysia Akan Terkena Tempias

Jangan sangka kita di Malaysia takkan terkesan. Bila harga minyak dunia naik:

Kos pengangkutan dan logistik akan meningkat

Harga barang mentah dan makanan pun akan melonjak

Inflasi naik, rakyat semakin terhimpit

Lebih parah lagi, Bank Negara mungkin naikkan OPR, dan kadar faedah pinjaman rumah, kereta, dan perniagaan akan naik sekali.

Bukan Ugutan Kosong

Ini bukan kali pertama Iran ugut tutup Selat Hormuz – 2019 pun pernah. Tapi kali ini lebih serius:

Jet pejuang, dron, dan peluru berpandu sudah dilepaskan

Iran sendiri dibalas dengan serangan udara dari Israel

Laluan alternatif seperti Laut Merah dan Terusan Suez lebih jauh, mahal, dan lambat

Kesan Terus kepada Malaysia

Malaysia import banyak:

Arang batu dari Indonesia & Australia

Gas asli cecair (LNG) dari Timur Tengah

Kalau laluan tersangkut, bukan saja barang lambat sampai – kos import naik dan bekalan terganggu. Malah ada laporan menyebut Malaysia mula runding dengan Iran untuk jaminan laluan selamat.

Tapi rundingan bukan mudah — kuasa besar seperti AS, China, dan Rusia juga terlibat, masing-masing ada agenda tersendiri.

Kesan Ekonomi & Pertahanan Negara

Jika krisis ini berpanjangan:

Kilang-kilang akan kurangkan operasi kerana kos dan gangguan bekalan

Rakyat akan mula rasa bahang di dapur sendiri

Malaysia belum ada sistem pertahanan peluru berpandu canggih, dan hanya boleh harap bantuan luar jika konflik merebak

Sejarah sudah tunjuk: bila krisis global berlaku, semua negara pentingkan diri dulu.

Kita Kena Berdikari

Iran walaupun disekat bertahun-tahun, masih berjaya hasilkan peluru berpandu hipersonik dan dron sejauh 2,000km. Kita bagaimana?

Malaysia perlu:

Bangunkan sistem pertahanan sendiri

Fokus kepada penyelidikan, industri strategik, latihan ketenteraan

Jadi mandiri dalam hal keselamatan dan tenaga

Ini Bukan Isu Jauh – Ini Tentang Kehidupan Kita

Harga minyak yang anda isi esok dan bil elektrik rumah anda bulan depan – semuanya kesan langsung dari krisis ini.

Pemikiran sempit seperti “ini cuma perang Syiah-Israel” harus dibuang. Kita negara perdagangan. Kalau ekonomi dunia jatuh, kita pasti ikut jatuh.

Siapa Sebenarnya Dalang?

Selalu kita dengar, "kami diserang", "kami mangsa". Tapi bila diteliti, yang mula menyerang, menjajah, dan melanggar undang-undang antarabangsa adalah mereka juga — disokong kuasa besar.

Negara-negara lain?

Ada yang takut bersuara

Ada yang pentingkan dagangan dan pelaburan

Asalkan kantung mereka selamat, mereka tutup mata walau dunia terbakar

Tapi ingat — bila dunia hancur, tiada siapa akan terselamat. Termasuk kita.

---

Kesimpulan

> Zaman ini tiada konflik yang betul-betul jauh.

Apa yang berlaku di Selat Hormuz, akhirnya akan sampai ke rumah kita. Jika kita masih lena ketika api menyala, jangan terkejut kalau satu hari nanti kita turut terbakar.

Subhanallah, dunia ini makin hilang kewarasan.

Yang paling kuat jerit "hak asasi" lah yang paling kuat langgar hak manusia.


✍️ Kredit asal: Mazlan Syafie
🔁 Disunting semula untuk kefahaman dan impak yang lebih jelas

16/06/2025
14/06/2025
11/06/2025

Kita semua sedang menuju jalan pulang. Ibu yang setia menanti, ayah yang gagah berjuang, dan anak-anak yang melangkah mencari masa depan. Namun jalan pulang itu kadang dipisahkan oleh takdir, bukan pilihan.

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.""
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 156)

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan kepada ahli keluarga.

Address

Tanjong Bidara
Masjid Tanah
78300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Balik Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kampung Balik Batu:

Share