Techsamana

Directions Website Contact the business

Techsamana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Techsamana, Science, Technology & Engineering, School of Aerospace Engineering, Nibong Tebal.

Techsamana berhasrat membina komuniti penggiat teknologi yang berwawasan, menyatukan bakat dan idea-idea baharu untuk memacu pembangunan teknologi nasional dan memperkukuh kedaulatan teknologi negara.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERKONGSIAN MERDEKA 2026KEDAULATAN TEKNOLOGI: KUASA NASIONALSiapakah yang menguasai teknologi, dan sejauh mana teknol...
05/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PERKONGSIAN MERDEKA 2026

KEDAULATAN TEKNOLOGI: KUASA NASIONAL

Siapakah yang menguasai teknologi, dan sejauh mana teknologi menentukan kuasa sesebuah negara?

Jom fahami:
๐Ÿ”น Maksud daulat & teknologi berdaulat
๐Ÿ”น Kuasa mutlak, kuasa wenang & kuasa nasional
๐Ÿ”น Cara mencapai kedaulatan teknologi
๐Ÿ”น Peranan pelajar dalam merealisasikannya

๐ŸŽ™๏ธ Speaker :
Muslim Abdullah Zaik
Timb. Pengerusi Techsamana

๐ŸŽ™๏ธ Pengacara:
Elmann Shamel
Pelajar FH Mรผnster

๐Ÿ“… 13 September 2026
โฐ 2:00 - 4:00 PM ๐Ÿ‡ฉ๐Ÿ‡ช
โฐ 08:00 - 10:00 PM ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿ’ป Zoom Call

Sila daftar di link di bawah ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ”— https://forms.gle/29RXzwSHfXb4Y2Wt9

๐Š๐ž๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐‰๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐šTs. Azril HanafiPengerusi Techsamana
31/08/2026

๐Š๐ž๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐‰๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

Ts. Azril Hanafi
Pengerusi Techsamana

๐Š๐ž๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐‰๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐šSempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69, marilah kita menghayati k...
31/08/2026

๐Š๐ž๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ๐š๐ง, ๐‰๐š๐ฆ๐ข๐ง๐š๐ง ๐Š๐ž๐›๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ซ๐š

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69, marilah kita menghayati kemerdekaan bukan sekadar sebagai kebebasan yang diwarisi, tetapi sebagai amanah untuk memastikan Malaysia terus berupaya menentukan masa depannya dengan kekuatan sendiri.

Bagi Techsamana, semangat kemerdekaan perlu diterjemahkan melalui pembangunan bakat tempatan yang mampu mencipta dan memimpin; penghayatan kearifan lokal yang menjadikan nilai, budaya dan pengalaman bangsa sebagai asas inovasi; serta pengukuhan kedaulatan dan kemandirian teknologi supaya negara berupaya membangunkan keupayaan strategiknya sendiri seterusnya menjamin kemerdekaan negara.

Inilah makna kemerdekaan yang perlu terus kita perjuangkan. Merdeka dalam pemikiran, berdaulat dalam teknologi dan mandiri dalam membina masa depan negara.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ts. Azril Hanafi
Pengerusi Techsamana

Kedaulatan teknologi drone tidak hanya bergantung kepada kemampuan menghasilkan atau membeli pesawat tanpa pemandu (UAS)...
25/08/2026

Kedaulatan teknologi drone tidak hanya bergantung kepada kemampuan menghasilkan atau membeli pesawat tanpa pemandu (UAS), sebaliknya merangkumi penguasaan teknologi teras, data dan perisian, bakat tempatan, rantaian bekalan serta keupayaan menentukan hala tuju teknologi itu sendiri.

Persoalannya bukan sekadar berapa banyak drone yang boleh kita miliki, tetapi sejauh mana kita mempunyai kebebasan untuk menentukan penggunaannya, membaikinya, menaik tarafnya dan membangunkan generasi seterusnya,

KUALA TERENGGANU โ€” Malaysia perlu beralih daripada sekadar menjadi pengguna teknologi drone kepada negara yang mampu menguasai keseluruhan ekosistem teknologi berkenaan bagi mengurangkan kebergantungan strategik kepada pihak luar. Timbalan Pengerusi Techsamana, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata k

Teknologi yang canggih tidak akan memberikan kelebihan strategik kepada negara sekiranya Malaysia tidak mempunyai tenaga...
25/08/2026

Teknologi yang canggih tidak akan memberikan kelebihan strategik kepada negara sekiranya Malaysia tidak mempunyai tenaga manusia yang mampu mereka bentuk, mengintegrasi, menguji, membaiki dan menaik taraf sistem tersebut.

Bakat yang berdaulat ialah bakat yang bukan sekadar tahu menggunakan teknologi, tetapi mampu memahami bagaimana teknologi itu dibina, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia boleh ditambah baik

KUALA TERENGGANU โ€” Pembangunan bakat tempatan perlu menjadi keutamaan dalam usaha Malaysia membina kedaulatan teknologi drone, kata Techsamana. Timbalan Pengerusinya, En. Muslim Abdullah Zaik, berkata teknologi yang canggih tidak akan memberikan kelebihan strategik kepada negara sekiranya Malaysi

๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐“๐„๐‚๐‡๐’๐€๐Œ๐€๐๐€ ๐ƒ๐ˆ๐“๐ˆ๐๐’๐š๐’ ๐“๐„๐‚๐‡๐“๐€๐‹๐„๐๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Techsamana berbesar hati menjayakan sesi Perkongsian Strategik ...
13/08/2026

๐๐„๐‘๐Š๐Ž๐๐†๐’๐ˆ๐€๐ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐“๐„๐‚๐‡๐’๐€๐Œ๐€๐๐€ ๐ƒ๐ˆ
๐“๐ˆ๐๐’๐š๐’ ๐“๐„๐‚๐‡๐“๐€๐‹๐„๐๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Techsamana berbesar hati menjayakan sesi Perkongsian Strategik bertajuk โ€œKedaulatan Teknologi Dronโ€ sempena TIBSaS TechTalent 2026 di SMK Bukit Sawa, Terengganu.

Sesi yang disampaikan oleh Muslim Abdullah Zaik, Timbalan Pengerusi Techsamana, membawa para pelajar melihat teknologi dron daripada perspektif yang lebih luas, bukan sekadar sebagai sebuah pesawat tetapi sebagai sebuah ekosistem kuasa yang merangkumi bakat, teknologi teras, data, industri, MRO, doktrin, pasaran dan pengaruh strategik.

Perkongsian ini menghuraikan bagaimana pembangunan bakat tempatan dan kearifan lokal dapat menjadi asas kepada penguasaan komponen serta sistem kritikal, seterusnya memperkukuh kedaulatan dan kemandirian teknologi dron negara. Turut diketengahkan ialah gagasan Kuasa Dron Nasional, peranan drone diplomacy dalam membina hubungan serta pengaruh negara, dan UAS-EDGE sebagai program pembangunan ekosistem UAS.

Perjalanan ke arah memperkasa kedaulatan teknologi negara perlu dibina lebih awal dengan memberikan ruang kepada generasi muda untuk mencipta, membangunkan dan menguasai teknologi sendiri.

Dalam sesi ini, Techsamana turut memperkenalkan UAS-EDGE atau UAS Ecosystem Development for Growth & Empowerment, sebuah inisiatif Techsamana di bawah Special Interest Group Unmanned Aircraft Systems, SIG UAS Techsamana.

UAS-EDGE merupakan penjenamaan baharu bagi UGC atau UAS Grand Challenge. Inisiatif ini telah diperluaskan daripada konsep pertandingan kepada program intervensi ekosistem yang menghubungkan minat kepada proses kejuruteraan, bakat kepada industri, serta inovasi kepada pembangunan produk dan keupayaan nasional.

Melalui inisiatif ini, bakat muda berpotensi berkembang daripada pengguna teknologi kepada juruteknik, integrator, pereka dan seterusnya pemegang Design Authority.

Terima kasih kepada pihak SMK Bukit Sawa dan seluruh pasukan TIBSaS TechTalent atas jemputan serta komitmen dalam membina generasi teknologi masa hadapan.

KUASA โ€ข KEDAULATAN โ€ข KEARIFAN









๐Š๐„๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐ƒ๐‘๐Ž๐Techsamana dengan sukacitanya akan bersama-sama menjayakan TECH TALENT 2026: National Aerospace...
08/08/2026

๐Š๐„๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐Š๐๐Ž๐‹๐Ž๐†๐ˆ ๐ƒ๐‘๐Ž๐

Techsamana dengan sukacitanya akan bersama-sama menjayakan TECH TALENT 2026: National Aerospace, Technology & Talent Showcase, sebuah inisiatif pembangunan bakat teknologi dan aeroangkasa anjuran TI-BSAS Tech Talent, SMK Bukit Sawa dan Terengganu Inc.

Dalam sesi Perkongsian Strategik ini, Saudara Muslim Abdullah Zaik, Timbalan Pengerusi Techsamana, akan membawakan tajuk โ€œKedaulatan Teknologi Dronโ€.

Perkongsian ini akan mengajak para pelajar dan peserta untuk melihat teknologi dron bukan sekadar sebagai alat penerbangan, tetapi sebagai teknologi strategik yang berkait rapat dengan keselamatan, ekonomi, diplomasi dan kedaulatan negara. Turut diketengahkan ialah kepentingan membangunkan bakat, pengetahuan kejuruteraan serta keupayaan teknologi tempatan sejak di peringkat sekolah.

Perjalanan ke arah memperkasa kedaulatan teknologi negara perlu dibina lebih awal dengan memberikan ruang kepada generasi muda untuk mencipta, membangunkan dan menguasai teknologi sendiri.

Kuasa. Kedaulatan. Kearifan.

๐Œ๐„๐๐ƒ๐„๐๐€๐๐ˆ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐„๐‘๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐ˆ๐’๐Œ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐’๐” ๐๐„๐“๐–๐Ž๐‘๐Š ๐’๐‚๐‡๐Ž๐Ž๐‹ ๐…๐Ž๐‘๐„๐’๐“ ๐‚๐ˆ๐“๐˜Kontroversi Network School di Forest City tida...
21/07/2026

๐Œ๐„๐๐ƒ๐„๐๐€๐๐ˆ ๐€๐๐‚๐€๐Œ๐€๐ ๐‚๐˜๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐๐„๐‘๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐ˆ๐’๐Œ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐’๐” ๐๐„๐“๐–๐Ž๐‘๐Š ๐’๐‚๐‡๐Ž๐Ž๐‹ ๐…๐Ž๐‘๐„๐’๐“ ๐‚๐ˆ๐“๐˜

Kontroversi Network School di Forest City tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu lesen perniagaan atau pas lawatan sosial. Ia membuka persoalan lebih besar tentang kemunculan komuniti teknologi rentas negara yang membawa falsafah cyberlibertarianismโ€”suatu pendekatan yang cenderung meletakkan kod, mata wang kripto dan komuniti digital mengatasi undang-undang, budaya serta kedaulatan negara tempat mereka beroperasi.

Malaysia perlu memastikan setiap komuniti teknologi asing yang bertapak di negara ini benar-benar menyumbang kepada rantaian nilai tempatan melalui pemindahan teknologi, kerjasama dengan universiti, pembangunan profesional watan dan penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi. Nilai pelaburan semata-mata tidak boleh dijadikan alasan untuk melonggarkan undang-undang atau membenarkan pembentukan enclave teknologi yang terpisah daripada masyarakat dan ekosistem nasional.

Dasar teknologi negara mesti dipandu oleh tiga prinsip utama: ๐—ž๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐—น, ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ด๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ช๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป. Insentif zon khas perlu melalui saringan keselamatan yang ketat, integrasi dengan ekosistem tempatan mesti diwajibkan, manakala pembiayaan negara perlu mengutamakan inovasi yang dibangunkan oleh bakat tempatan dan berteraskan kepentingan nasional.

๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ฎ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ, ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ

๐’๐ฎ๐๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ง๐๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐œ๐ก๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐ง๐šMENDEPANI ANCAMAN CYBERLIBERTARIANISM DALAM ISU NETWORK SCHOOL FOREST CITY
21/07/2026

๐’๐ฎ๐๐ฎ๐ญ ๐๐š๐ง๐๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐œ๐ก๐ฌ๐š๐ฆ๐š๐ง๐š

MENDEPANI ANCAMAN CYBERLIBERTARIANISM DALAM ISU NETWORK SCHOOL FOREST CITY

๐—ง๐˜‚๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐˜†๐—ฒ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถโ€“๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ-๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฒ, iaitu penyelidikan dan inovasi di...
16/07/2026

๐—ง๐˜‚๐—ฟ๐—ธ๐—ถ๐˜†๐—ฒ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถโ€“๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ธ๐—ป๐—ผ-๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฒ, iaitu penyelidikan dan inovasi digerakkan bukan sekadar untuk memenuhi pasaran, tetapi bagi menyelesaikan keperluan strategik negara. Kerajaan memainkan peranan sebagai penyelaras melalui agensi seperti TรœBฤฐTAK, manakala Technocenter di kampus menyediakan ekosistem lengkap untuk penyelidik, industri dan syarikat pemula membangunkan teknologi tempatan.

Pendekatan ini turut menyelaraskan KPI pensyarah dengan agenda negara melalui pengkomersialan penyelidikan, pemilikan paten, penubuhan startup atau spin-off serta kerjasama strategik dengan industri. Hasilnya, penyelidikan universiti tidak terhenti pada penerbitan akademik, tetapi berkembang menjadi syarikat teknologi, peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan keupayaan industri nasional.

Bagi Malaysia, pengajaran utamanya ialah keperluan membina keselarasan yang lebih jelas antara universiti, industri dan kerajaan. Universiti perlu diperkasakan bukan hanya sebagai pusat kecemerlangan akademik, tetapi sebagai nadi pembangunan teknologi nasional, daya saing ekonomi dan kedaulatan negara.

๐—”๐—ต๐—ป๐—ฎ๐—ณ ๐—”๐—ฏ ๐—ค๐—ฎ๐—ถ๐˜€
๐—ฆ๐—จ๐—” ๐—ง๐—ฒ๐—ฐ๐—ต๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ

Address

School Of Aerospace Engineering
Nibong Tebal
14300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Techsamana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Techsamana:

Shortcuts

Share