21/08/2026
π IEEE OES Malaysia Chapter bersama komuniti di INSTAR, Pekan, Pahang!
Pada 19 Ogos 2026, IEEE Oceanic Engineering Society Malaysia Chapter dan UMPSA telah bersama-sama menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) UMPSA di INSTAR, Pekan, Pahang.
Seramai empat ahli IEEE OES Malaysia Chapter, yang juga merupakan pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), UMPSA, telah terlibat dalam program ini bagi berkongsi ilmu serta pengalaman dalam bidang teknologi dan kejuruteraan marin.
Antara aktiviti yang mencuri perhatian ialah pendedahan kepada teknologi robot bawah air, termasuk peluang kepada para pelajar untuk melihat dengan lebih dekat serta merasai sendiri pengalaman mengendalikan robot bawah air. π€π
Program ini bukan sahaja membuka ruang kepada pelajar untuk mengenali teknologi marin dan robotik, malah turut memperkenalkan mereka kepada acara tahunan IEEE OES Malaysia Chapter, iaitu:
π Underwater Robot Challenge 2026
π
10β11 Oktober 2026
Semoga pendedahan seperti ini dapat mencetuskan minat generasi muda terhadap robotik, kejuruteraan lautan, teknologi marin dan STEM, seterusnya melahirkan lebih ramai inovator masa hadapan. π
From classroom to the ocean: inspiring the next generation of underwater robotics innovators!