29/01/2019
Pembinaan Rumpad yang dahulu dikenali sebagai Binaan TP telah ditubuhkan pada 23 March 2016. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh pemilik Bumiputera 100% yang menawarkan perkhidmatan pembinaan bangunan baru, pengubahsuaian ruang bangunan dan juga kerja-kerja kejuruteraan awam.
Pada awalnya, Pembinaan Rumpad hanya tertumpu kepada kerja-kerja pengubahsuaian ruang bangunan. Namun begitu, Pembinaan Rumpad telah mengorak langkah setapak ke hadapan dengan menjalankan kerja-kerja secara langsung dengan pelanggan yang berskala lebih besar dan mampu bersaing dalam sektor pembinaan serta menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berkualiti dan proaktif serta berdaya maju di era permodenan kini.