27/08/2026
JKM RAIH TIGA EMAS DI WSDG 2026
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) PTSS mencipta sejarah dengan meraih tiga Pingat Emas sekaligus dalam pertandingan World Sustainable Development Goals Challenge (WSDG) 2026 (Kategori Dalam Talian, 15 Jun – 8 Ogos), anjuran MYSO dan MMU Cyberjaya.
Daripada 3,169 projek yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa, kesemua tiga penyertaan JKM membawa pulang emas:
1. 🥇 Design and Fabrication of a Small-Scale Crucible Furnace for Aluminium Melting Practice – Muhammad Irfan Mifzal Bin Mahtar & Muhammad Haziq Bin Ramli.
2. 🥇 Development of Coconut Shell-Based Biomass Briquettes as an Alternative Renewable Fuel – Ammar Zikri Bin Samsudin & Muhammad Naufal Bin Mohd Nahrowi.
3. 🥇 Design and Fabrication of Ventilation Block by Using Waste Tire Rubber – Muhammad Hairizal Bin Helli Zakbah, Muhammad Aniq Asyraf Bin Zulkifli, Ahmad Ikhwan Najmuddin Musa & Mathyvanan A/L Parameswaran.
Kejayaan ini membuktikan keupayaan pelajar TVET menghasilkan inovasi praktikal dan lestari yang diiktiraf dunia. Tahniah kepada semua pemenang dan pensyarah penyelia, Ts. Yap Tek Hong, atas bimbingan cemerlang. Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi berkualiti di masa hadapan.