A&A Armada Venture

A&A Armada Venture Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from A&A Armada Venture, Construction Company, Petaling Jaya.

Syarikat A&A Armada Venture adalah Syarikat Bumiputra yang berdaftar dengan SSM dan disokong oleh Syarikat Perniagaan Ainsa (Kontraktor G2) dan Senjunara Empire (Kontraktor G1) dalam menyediakan servis dalam Industri Pembinaan dan Hartanah di Malaysia.

🏘️🏘️🏘️RUMAH ROSAK❓❓❓DEVELOPER TAK NAK BAIKI❓❓❓⬇️⬇️⬇️Lain kali tak payah bertekak dengan Pemaju kalau Pemaju berdegil tak...
23/12/2021

🏘️🏘️🏘️
RUMAH ROSAK❓❓❓
DEVELOPER TAK NAK BAIKI❓❓❓
⬇️⬇️⬇️

Lain kali tak payah bertekak dengan Pemaju kalau Pemaju berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Kalau rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.

Kalau mereka tak nak repair defect, buat ikut langkah ini.

Langkah 1. Hantar surat rasmi kepada pemaju dan CC kepada peguam S&P kita. Hantar guna pos berdaftar (supaya ada rekod)

Langkah 2. Tiada tindakan selepas 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan buat aduan ke Tribunal. Surat mesti CC kepada peguam S&P.

Langkah 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawa 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.

Nota:

1. Kenapa kene CC kepada peguam S&P kita?

Sebab duit pinjaman dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang kawal. Kebiasaannya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.

Kontraktor mesti selesaikan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum selepas DLP.

2. Bila peguam dan bank akan lepaskan 5% retention sum?

Bank akan lepaskan retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.

Tapi pemaju pun cuba tipu saya, mengatakan DLP hanya 3 bulan semasa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industri ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain

3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?

Apabila jadi kalau kontraktor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti langkah-langkah di atas.

Pemajupun boleh baiki dan tolak dari amount 5% retention sum.

4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP?

Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antaranya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama, mungkin 50 tahun (maaf saya tak ingat)

So apa tindakan yang perlu kita lakukan? Hantar surat ke Pemaju, dah buat langkah ke 2 masih tiada maklumbalas dari Pemaju, pergi Tribunal buat aduan.

Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.

============
Pengalaman saya

Pengalaman PERTAMA

Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.

Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang kontraktor perlu baiki. Pemilik kena baiki sendiri. Kontraktor hanya baiki dalam rumah sahaja.

Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.

Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.

Tapi kalau guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawa ke mahkamah tribunal.

Hari ketiga tu, wakil pemaju dan pihak kontraktor datang ke rumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.

Kes SELESAI.
.........
Pengalama KEDUA

Kebocoran dalam bilik air saya betul-betul di atas cermin, menyebabkan cermin jadi tompok-tompok hitam.

Cermin tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.

Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, cermin saya rosak disebabkan kecacatan bangunan memang tanggungjawab kontraktor kena tukar baru.

Kontraktor tak nak layan, so saya buat sampai langkah kedua. Lepas tu kontraktor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.

So kontraktor kena dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.

Tak sempat pun saya buat aduan ke tribunal :)

Kes SELESAI

Kredit: Wa Aqilah Aqeel


🏘️🏘️🏘️DEFECT LIABILITY PERIOD (DLP)2 TAHUN❓❓❓15 TAHUN❓❓❓Ada undang-undang baru; kini anda mempunyai tempoh sehingga 15 t...
27/07/2021

🏘️🏘️🏘️
DEFECT LIABILITY PERIOD (DLP)
2 TAHUN❓❓❓
15 TAHUN❓❓❓

Ada undang-undang baru; kini anda mempunyai tempoh sehingga 15 tahun untuk saman pemaju jika rumah anda cacat/rosak. Bayangkan lepas duduk rumah baru, semuanya nampak okey, tanpa anda ketahui sebenarnya ada keretakan atau kerosakan yang anda tak nampak pada bahagian rumah anda.

Tempoh defect liability period (biasanya 2 tahun sahaja) yang mewajibkan pemaju untuk membaiki rumah anda jika terdapat kerosakan sudah pun tamat tetapi anda masih tidak tahu tentang kerosakan ‘tersembunyi’ pada rumah anda.

Namun secara tiba-tiba selepas 6 tahun anda menduduki rumah anda, anda dapati terdapat keretakan yang serius pada bahagian rumah anda akibat kecuaian pemaju! Adakah anda masih boleh mengambil tindakan terhadap pemaju?

Secara umumnya, had masa untuk mengambil tindakan sivil dalam mahkamah adalah terhad kepada 6 tahun sahaja. Ini diperuntukkan dalam seksyen 6 Akta Had Masa 1953. Namun, pada tahun lalu, Parlimen bersetuju untuk meminda undang-undang ini dengan memasukkan seksyen 6A. Apakah seksyen 6A ini?

Seksyen 6A memanjangkan tempoh had masa anda untuk menyaman pemaju sehingga 15 tahun. Ini kerana banyak kes kecacatan rumah hanya dikenalpasti selepas tempoh yang lama. Jika menurut undang-undang had masa yang lama, ramai yang tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemaju. Namun selepas seksyen 6A ini digubal, ia memberikan tempoh masa yang lebih lama untuk pembeli berbuat demikian.

Seksyen 6A ini hanya terpakai kepada kecuaian yang melibatkan harta benda sahaja dan tidak melibatkan kecacatan pada tubuh badan (personal injuries).

Mari lihat illustrasi dalam seksyen 6A(2);

ILLUSTRATIONS

(a) C bought a house from D in 2000. In 2010, C discovered a crack which damaged the walls badly. A building report made by a consultant revealed that the cracks had occurred in 2002, two years after C moved into the house. C has three years from 2010 to file an action in court against D for damages.

Perlu diingat sebaik sahaja anda menyedari kerosakan pada rumah anda, anda mempunyai 3 tahun sahaja untuk membawa pemaju ke muka pengadilan (bukan 15 tahun).

Tempoh 15 tahun adalah tempoh maksimum undang-undang melindungi anda dari kerosakan yang anda tidak sedari. Lihat illustrasi seterusnya dalam seksyen 6A(3);

C bought a house from D in 2000. In 2017, C discovered a crack which damaged the walls badly. A building report made by a consultant revealed that the cracks had occurred in 2001, one year after C moved into the house. C cannot commence an action because he has already exceeded the 15 years limitation period.

Undang-undang seperti seksyen 6A ini adalah sangat bagus kerana ia mendorong pemaju supaya mempastikan kualiti bahan binaan yang digunakan adalah berkualiti dan boleh bertahan untuk suatu tempoh yang lama.

Pemaju juga akan lebih berhati-hati kerana tidak mahu berdepan dengan tuntutan daripada pembeli di masa hadapan akibat kerosakan yang tidak sepatutnya berlaku.


🔎🏘️👨‍⚖️

SECURITY FENCE VS ANTI-CLIMB FENCE❓❓❓AMBIL TAHU❗❗❗JANGAN TERTIPU❗❗❗Beza security fence dan anti-climb fence. Ramai berta...
25/07/2021

SECURITY FENCE VS ANTI-CLIMB FENCE❓❓❓

AMBIL TAHU❗❗❗
JANGAN TERTIPU❗❗❗

Beza security fence dan anti-climb fence.

Ramai bertanya saya berkenaan anti-climb fence kerana menerima sebutharga dari kontrektor dengan harga berbeza. Ramai tertipu dengan perkataan anti-climb fencing.

Gambar pertama ialah normal security fencing yang diperbuat dari besi galvanised. Jarak silang besinya agak jauh dan ianya boleh di potong dan di panjat.

Ianya boleh menghindar dari dimasuki anjing atau vavi hutan tetapi pencuri boleh ceroboh dengan memanjat atau memotong dengan gagum.

Gambar 2 dan 3 ialah anti-climb fence. Besi galvanised di-welded melintang rapat dan mata gagum tidak boleh masuk antara celah besi. Begitu juga susah untuk panjat kerana kasut atau ibu jari kaki tiada tempat untuk grip.

Anti-climb fence lebih 3 hingga 5 kali ganda harganya (boleh google harga terbaru). Last saya check sekeping 5’x8’ harga RM500.

Anti-climb boleh panjat jika disandarkan tangga atau sangkutkan kayu, tetapi itu cerita lain. Alcatraz pun boleh dibolosi.

Semoga bermanfaat.

Credit to: Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
Picture: Google

Apa itu Paint Defect❓❓❓Pening kepala,, lepas cat cantik-cantik... Tetiba jd buruk macam ni❓❓❓ Dah la keluar modal beli c...
15/02/2021

Apa itu Paint Defect❓❓❓

Pening kepala,, lepas cat cantik-cantik... Tetiba jd buruk macam ni❓❓❓ Dah la keluar modal beli cat mahal-mahal...💸💸💸

Jom belajar Kecacatan (Paint Defect) yang selalu berlaku sebelum, semasa & selepas mengecat...




Nak DIY bina dinding untuk rumah sendiri tapi tak tahu nak kira bahan-bahan❓❓❓Nahh❗❗❗ jom kita belajar... 🧱🧱🧱PENGIRAAN B...
14/02/2021

Nak DIY bina dinding untuk rumah sendiri tapi tak tahu nak kira bahan-bahan❓❓❓

Nahh❗❗❗ jom kita belajar...

🧱🧱🧱PENGIRAAN BATA 🧱🧱🧱

🏠🏠🏠

Formula Pengiraan Bata :
Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok Contoh 1 Ikatan Stretcher( lihat rajah A) Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m² = 15 m x 60 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 60 biji bata untuk ikatan Stretcher) Jumlah bata = 900 ketul Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4) Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu : iBerpandukan bilangan bata = 900 ketul x 0.5/1000 = 0.45 m³ ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.03 = 0.45 m³ Simen = 1/5 x 0.45m³ = 0.09 m³ Dalam kiraan beg/kampit = 0.09 m³ x 28.25 bag/kampit = 2.5 bag Pasir = 4/5 x 0.45 m³ = 0.36 m³

IKATAN STRETCHER / SISI BATA (1/2 BATA TEBAL) PENGIRAAN BATA : Fornula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok Contoh 2. Ikatan English ( lihat Rajah B) = Panjang 5m dan tinggi 3m = 5 m x 3 m = 15m² = 15 m x 120 biji/ketul ( 1 m² bersamaan 120 biji bata untuk ikatan 1 bata tebal) Jumlah bata = 1800 ketul Pengiraan Mortar ( Bancuhan 1 : 4)

Ada dua kaedah pengiraan mortar iaitu : iBerpandukan bilangan bata = 1800 ketul x 0.5/1000 = 0.90 m³ ii.Berpandukan keluasan tembok = 15 m² x 0.06 = 0.90 m³ Simen = 1/5 x 0.90m³ = 0.18 m³ Dalam kiraan beg/kampit = 0.18 m³ x 28.25 bag/kampit = 5 bag Pasir = 4/5 x 0.90 m³ = 0.72 m³

KERJA-KERJA MELEPA FORMULA : Panjang x Lebar 25 m x 3 m 75 m² Ketebalan lepaan 19 mm = 75 m² x 0.019mm Jumlah Mortar = 1. 43 M³ Jumlah Simen = 1.43 M³ x 1/5 = 0.286 M³ Kiraan dalam beg/kampit 0.286 x 28.25 8 beg/kampit Jumlah Pasir = 1.43 m³ x 4/5 = 1.14m³

KERJA-KERJA JUBIN FORMULA PENGIRAAN JUBIN : LUAS KAWASAN LUAS ÷ JUBIN Contoh 1: Juka saiz jubin 300 mm x 300 mm Luas Kawasan = panjang x lebar = 25 m x 3 m = 75 M² Luas Jubin = 300mm x 300mm = 0.300 m x 0.300 m = 0.09 m² Bilangan Jubin = 75 m² ÷ 0.09 m² = 834 keping

KIRAAN MORTAR PELEKAT (MORTAR BED) FORMULA : Panjang x Lebar 25 m x 3 m 75 m² Ketebalan mortar 20 mm = 75 m² x 0.020mm Jumlah Mortar = 1.5 M³ Jumlah Simen = 1.5 M³ x 1/5 = 0.30 M³ Kiraan dalam beg/kampit = 0.30x 28.25 = 8.5 beg/kampit Jumlah Pasir = 1.5 m³ x 4/5 = 1.2 m³ KIRAAN PELEKAT ADHESIVE FORMULA :Panjang x Lebar = 25 m x 3 m = 75 m² Ketebalan adhesive 5 mm = 75 m² x 0.005m Jumlah Mortar = 0.37 M³

PENGIRAAN ISIPADU KONKRIT FORMULA = Panjang x Lerbar x Tinggi = 15 m x 5 m x 1 m Isipadu konkrit = 75 m³ ( Nisbah Bancuhan 1:2:4 ) Jumlah simen = 1/7 x 75 m³ = 10.72 m³ Kiraan Dalam Beg/Kampit = 10.72 x 28.25 beg/kampit = 303 bag/kampit Jumlah Pasir = 2/7 x 75 m³ = 21.43 m³ Jumlah Batu = 2/7 x 75 m³ = 42.86 m³ KAEDAH PENGIRAAN ATAP Luas kawasan ÷ Luas Atap = Bilangan Atap (keping) Contoh Pengiraan: Luas Kawasan = 15m x 5m = 75 m² = 75 m² bersamaan 807 k² Bilangan Atap = 807 k ² ÷1 k² = 807 keping Nota: Anggaran Pingiraan a) 1m3 simen = 28.25/bag b) 1 m² bersamaan 10.76 k²)

Kredit; Kontraktor Malaysia




Jom belajar bagaimana pengiraan dengan betul... Dalam geran tanah yang berzaman, banyak unit lama digunakan seperti rant...
30/01/2021

Jom belajar bagaimana pengiraan dengan betul...

Dalam geran tanah yang berzaman, banyak unit lama digunakan seperti rantai, relung, pole , hasta. Setelah diubah kepada sistem metrik, pengiraan semula mesti dibuat untuk menukar semua butiran kiraan lama dalam versi baru. Disini anda boleh merujuk bagaimana hendak mengetahui berapa luas tanah sebenar.

CARA MENGETAHUI UNIT SEBENAR YANG DIGUNAKAN

Tips untuk mengetahui unit ukuran sebenar yang digunapakai dalam pelan-pelan geran tanah dan pelan akui yang lama. Lakukanlah sedikit perkiraan mudah iaitu dengan melihat pada keluasan tanah yang tertulis di bawah nombor lot yang terdapat dalam pelan itu. Buatlah pengiraan kasar dengan mengambil jarak lebar dan jarak panjang lot tanah seperti yang tertulis secara asal bagi lot yang dalam bentuk segiempat dan cuba kira luasnya ( lebar X panjang = luas ). Lihat hasil kiraan kasar itu dan bandingkan dengan jumlah luas yang tertulis di dalam geran tanah tersebut. Jika jawapannya adalah samada tidak hampir tepat atau sangat jauh meleset maka ulang pengiraan dengan menggunakan unit yang lain p**a.

Maksudnya, untuk mengetahui unit yang sebenar kita perlulah menukar unit luas lot tanah tersebut dan tukarkan juga unit lebar dan panjang lot tanah itu kepada satu unit 'ANGGAPAN' terlebih dahulu sebelum mengiranya.

Percayalah, setelah kita menukar unit anggapan sebanyak beberapa kali barulah kita akan mengetahui apakah unit sebenar yang telah digunakan bagi setiap jarak yang tertulis di dalam pelan itu. Kuncinya adalah keluasan lot tanah yang ditulis di dalam geran tersebut. Jika luas lot itu tertulis dalam bentuk 'hektar', 'ekar', 'Rood' dan 'pole' tukarlah kepada unit 'meter persegi' dahulu. Buatlah anggapan bahawa jarak-jarak asal sempadan tanah itu adalah ditulis dalam unit 'ling', 'rantai atau 'kaki' dan tukarkannya kepada 'meter' dahulu. Mula-mula gunakan unit 'ling' tukarkan kepada meter dan kira luas lot tanah itu. Jika salah ulang lagi dengan membuat anggapan jarak itu ditulis dalam unit 'rantai' p**ak. Begitulah seterusnya sampailah kita mendapat jawapan yang paling hampir tepat keluasan lot tanah itu di dalam unit 'meter persegi' seperti yang tertulis di dalam geran tanah itu.

CARA MENGIRA KELUASAN LOT TANAH

Di dalam geran tanah yang lama, keluasan lot tanah akan ditulis dalam unit Ekar, Rood dan Pole. Unit Ekar akan ditulis sebagai 'a', unit Rood akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Pole, Perch atau Rod yang sama nilainya p**a akan ditulis sebagai 'p' sahaja.

Tetapi terdapat juga geran tanah yang dulunya terletak di dalam kawasan pertanian yang ditulis dengan menggunakan unit Relung dan Jempa bagi keluasan lot tanah tersebut. Unit Relung akan ditulis sebagai 'r' manakala unit Jempa p**a akan ditulis sebagai 'j'.

CONTOH MENGIRA LUAS TANAH DALAM UNIT EKAR

Jika keluasan tanah dalam geran ditulis sebagai :

2a. 1r. 0007p.

Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :

2 ekar + 1 Rood + 7 pole

Formula asasnya adalah :

1 ekar = 4046.86 m2
1 Rood = 1011.7 m2
1 pole = 25.293 m2

Di dalam unit meter keluasannya adalah :

= ( 4046.86 x 2 ) + ( 1011.7 ) + ( 25.293 x 7 )
= 8093.72 + 1011.70 + 177.05
= 9282.47 meter persegi

Di dalam unit kaki p**a keluasannya adalah :

= ( 9282.47 m2 x 10.764 )
= 99,916.5 kaki persegi

CONTOH MENGIRA LUAS TANAH DALAM UNIT RELUNG

Jika keluasan tanah dalam geran ditulis sebagai :

2r. 383j.

Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :

2 relung + 383 jempa

Formula asasnya adalah :

1 Relung = 30,976 kp
1 Jempa = 64 kp

Di dalam unit kaki keluasannya adalah :

= ( 30,976 x 2 ) + ( 64 x 383 )
= 61,952 + 24,512
= 86,464 kaki persegi

Di dalam unit meter p**a keluasannya adalah :

= ( 86,464 kp / 10.764 )
= 8032.70 meter persegi



Pening nk pisahkan 2 ruang berbeza dalam 1 rumah❓❓❓Especially design rumah skrg ruang dapur & ruang tamu akan bersekali ...
11/12/2020

Pening nk pisahkan 2 ruang berbeza dalam 1 rumah❓❓❓

Especially design rumah skrg ruang dapur & ruang tamu akan bersekali tanpa dinding pemisah..

Tetamu datang terus nampak aktiviti kita di dapur...

❗❗❗CARA PENYELESAIAN❗❗❗

Bina Dinding Pemisah/ Partition Wall antara ruang tersebut...




Credit to:Ilham Dekorasi

Dinding rumah nampak kosong dan suram❓❓❓Terigin nak make up dinding rumah anda bg nampak  luxury house concept walaupun ...
27/11/2020

Dinding rumah nampak kosong dan suram❓❓❓
Terigin nak make up dinding rumah anda bg nampak luxury house concept walaupun hanya rumah kos rendah❓❓❓

Nahhhh❗❗❗
Kami kongsikan idea wainscoting & Accent Wall design untuk anda..

Selamat ber DIY ye... 😎😎😎

Credit to:Facebook & Google






Dinding rumah merupakan elemen yang penting untuk sebuah rumah. Anda harus mengenal pasti keadaan dinding rumah anda. Te...
24/11/2020

Dinding rumah merupakan elemen yang penting untuk sebuah rumah. Anda harus mengenal pasti keadaan dinding rumah anda. Terdapat beberapa permasalahan seperti dinding beralun, retak, rekah, senget, berlumut dan sebagainya. Bayangkan sekiranya anda perlu melihat semua defect ini setiap hari, ia pasti menyakitkan mata memandang dan menimbul kerisauan.

Disini kami ingin berkongsi sedikit tentang jenis-jenis kerosakan yang biasa berlaku pada dinding kediaman anda.

Lembap Dan Berlumut.
Sifat bata ialah ianya menyerap air. Jadi ia boleh menyerap air daripada bawah tanah. Biasanya ianya berlaku pada bahagian bawah dinding dan anda boleh rasa dengan menggunakan tangan.

Sebelum kerja mengikat bata dijalankan, DPC (damp proof course) hendaklah dipasang pada lapisan yang pertama. Tujuan DPC ialah untuk menghalang air daripada tanah untuk naik ke dinding bata. Kewujudan air dalam dinding boleh menggalakkan pertumbuhan lumut pada dinding.

Selain itu, dinding yang lembap boleh perpunca daripada berlakunya kebocoran pada paip di dalam dinding. Perkara ini boleh dipastikan dengan melihat sama ada dinding tersebut bersebelahan dengan tandas, dapur dan sebagainya.



Retakan Rerambut (Hairline Crack).
Kerosakan jenis ini agak susah untuk dikesan. Anda perlu perhatikan betul-betul baru anda boleh mengesan kesan jenis ini. Seperti namanya ukurannya hanyalah selebar sehelai rambut sahaja.

Banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan jenis ini. Antaranya ialah :

– Dinding bata tidak dibasahkan sebelum kerja-kerja plaster menyebabkan air di dalam mortar diserap oleh bata dan menyebabkan berlakunya hairline crack pada plaster.- Rumah melalui proses untuk settle dan menyebabkan berlaku perbezaan pergerakan antara struktur utama rumah dengan dinding bata. Anda boleh lihat sekiranya hairline crack berlaku pada sambungan antara tiang / beam dan dinding bata.

– Kerja-kerja memasang grill juga akan menyebabkan berlaku hairline crack.


Dinding Beralun.
Cuba letakkan tangan anda pada dinding dan gerakkan pada sepanjang dinding. Adakah anda dapat rasakan seumpama tedapat alunan pada dinding rumah anda? Jika ya, bermakna dinding rumah anda ada masalah ini.

Masalah ini biasanya berpunca daripada tukang plaster / lepa yang tidak mahir. Sekiranya wave pada dinding rumah anda sangat ketara, masalah ini boleh berpunca daripada kerja ikatan bata.

Untuk lebih pasti, boleh gunakan lampu suluh dan halakan cahaya daripada tepi dinding. Sekiranya dinding rumah beralun, anda boleh lihat bayang bagi kawasan yang beralun.



Blistered, Bertampal-tampal.
Dua kesan yang berbeza disini. Blistered adalah pop-up yang berlaku pada dinding. Biasanya disebabkan oleh nisbah campuran plaster yang salah dan ditambahkan dengan proses panas-sejuk pada dinding.

Bertampal-tampal atau patchiness p**a disebabkan kualiti kerja yang tidak memuaskan. Anda boleh rasa dengan tangan, malah mungkin anda boleh lihat dengan mata keadaan berbelak-belak pada dinding anda.

Kalau anda perhatikan, kebanyakan kerosakan pada dinding berlaku pada lapisan plaster. Kenapa? Kerana kita tidak dapat melihat defect yang berada disebalik plaster. Mungkin kalau kita pecahkan lapisan plaster, banyak lagi kerosakkan yang boleh kita nampak.



Rekahan (Crack)
Apa beza rekahan dengan retakan rerambut? Rekahan adalah istilah yang digunakan untuk keretakan yang serius. Sekiranya anda boleh melihat cahaya daripada sebelah luar dinding anda maknanya terdapat rekahan pada dinding anda.

Kesan jenis ini adalah lebih berbahaya kerana ianya menghadapi kegagalan pada struktur. Jadi anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.

Namun begitu ianya boleh juga berpunca daripada kualiti kerja yang kurang memuaskan ataupun nisbah campuran mortar yang salah menyebabkan ikatan antara bata tidak kukuh.

Credit to: Kontraktor Malaysia


Tak ada idea nak deco rumah❓❓❓Tak pandai nak match & combine colour bagi ruang rumah anda nampak exclusive❓❓❓Pening & sa...
26/10/2020

Tak ada idea nak deco rumah❓❓❓

Tak pandai nak match & combine colour bagi ruang rumah anda nampak exclusive❓❓❓

Pening & sakit kepala nak pilih colour apa yang menarik❓❓❓

PLEASE STOP THINKING❗❗❗

Jangan buang masa anda untuk pening kepala lagi memikirkan semua tu.. Cuma perlu pilih saja koleksi kombinasi warna yg menawan hati dibawah..

Please👍🏼 like , ✅Follow, & 🔖share this page for more information..



How to repair Concrete Crack❓❓❓The answer please click photo below step by step...👷🏻‍♂️⚒️⚒️👷🏻‍♂️Credit to: civil work & ...
26/10/2020

How to repair Concrete Crack❓❓❓

The answer please click photo below step by step...
👷🏻‍♂️⚒️⚒️👷🏻‍♂️
Credit to: civil work & designer



QS... SIMPAN FORMULA NI BAIK2.... Formula Cepat Untuk Pengiraan Bilangan BesiCara mudah untuk kita membuat pengiraan bes...
20/09/2020

QS... SIMPAN FORMULA NI BAIK2....

Formula Cepat Untuk Pengiraan Bilangan Besi

Cara mudah untuk kita membuat pengiraan besi yang dihantar agar tidak ditipu adalah dengan mengira bilangan besi yang ada untuk setiap ikatan. 1 ikatan besi adalah bersamaan dengan 1 tan. Berikut adalah jumlah besi yg sepatutnya ada bagi setiap ikatan mengikut diameter saiz (mm). panjang besi bersamaan 40 kaki (12 meter)

* jumlah ada perbezaan kecil kerana mengikut kesesuaian berat mengikut MS standard

6 mm = 320 batang

8 mm = 200 batang

10 mm = 136 @ 137 batang

12 mm = 96 @ 97 batang

16 mm = 53 @ 54 batang

20 mm = 33 @ 34 batang

25 mm = 21 @ 22 batang

32 mm = 13 batang

40 mm = 8 batang

50 mm = 5 batang

__________________________________________________

CALCULATE REBAR LENGTH TO WEIGHT

Formula :

Weight density = weight/volume.
Weight = weight density x volume.
Volume of cylinder= πh d^2 /4
h is the height of cylinder bar. = 1m
d is diameter in mm

Volume = 3.14/4 x d^2 x 10^-6. (converted mm to m two times for d)

Volume of cylindrical bar = (7.85 x 10^-7) d^2 cum
Weight of cylindrical bar
= 7850 x 7.85 x 10^-7 x d^2.
= 0.00616 x d^2
= d^2 /(0.00616^-1)
= d^2/162.3
~ d^2/162

Since d’s unit is converted into the formula from mm to m, you can directly use the dia number to find out the weight per metre. For example:
25 mm dia Bar :

625/162 = 3.85 kg

Kredit to:Kontraktor Malaysia

Address

Petaling Jaya
46150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A&A Armada Venture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to A&A Armada Venture:

Share