IZ Pelukis Pelan KL & Selangor

IZ Pelukis Pelan KL & Selangor MENYEDIAKAN KHIDMAT LUKISAN PELAN BANGUNAN DAN UBAH SUAI, TERMASUK PELAN 2D/3D SERTA PEMANTAUAN KERJA PEMBINAAN SECARA MENYELURUH

PEMATUHAN PERATURAN KONTRAKTORSemakin hari semakin ramai memilih untuk menjadi kontraktor perumahan bagi membantu orang ...
31/05/2026

PEMATUHAN PERATURAN KONTRAKTOR

Semakin hari semakin ramai memilih untuk menjadi kontraktor perumahan bagi membantu orang ramai mengubah suai atau membina rumah untuk mereka.

Hendak jadi kontraktor itu sudah bagus, tetapi yang lebih bagus adalah mengetahui juga peraturan yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Pematuhan peraturan penting bagi melindungi kontraktor, pemilik rumah dan projek daripada risiko yang tidak diingini.

Ambil tahu 7 perkara asas ini.

Kontraktor yang mematuhi peraturan yang ditetapkan akan lebih dipercayai dan berdaya saing.



As-built drawing rumah kedai 3 tingkat (manual drawing) tahun 1993 — zaman submit ke Majlis Daerah Kluang Utara lagi 😅Ma...
15/05/2026

As-built drawing rumah kedai 3 tingkat (manual drawing) tahun 1993 — zaman submit ke Majlis Daerah Kluang Utara lagi 😅

Masa tu semua lukis tangan, setiap line kena teliti… silap sikit, ulang balik.

Sekarang semua dah guna komputer, lebih cepat — tapi nilai ketelitian tu tetap sama.

Rare jumpa drawing manual macam ni 🔥

Respect pada effort orang lama.🫡🫡🫡

🌿 Selamat Pagi & Salam Jumaat 🌿Owner datang dengan basic sketch dalam SketchUp…Tapi dari lakaran simple inilah, kita aka...
14/05/2026

🌿 Selamat Pagi & Salam Jumaat 🌿

Owner datang dengan basic sketch dalam SketchUp…
Tapi dari lakaran simple inilah, kita akan realisasikan sebuah rumah banglo 2 tingkat impian di Sepang ✨

Konsep pilihan: Mediterranean / Spanish Style 🏡

Bayangkan suasana resort… tenang, eksklusif, dan timeless.

🔸 Bumbung clay tiles
Warna merah klasik, terus bagi aura villa mewah

🔸 Dinding cerah (stucco finish)
Soft tone krim/putih – nampak clean, premium & sejuk mata

🔸 Rekaan arch (melengkung)
Sentuhan klasik yang buat rumah nampak unik & berkarakter

🔸 Balcony besi tempa
Detail kecil yang naikkan seri keseluruhan design

🔸 Tingkap tinggi & susunan simetri
Pencahayaan natural maksimum + nampak grand

🔸 Landskap ala resort
Konsep ringkas, kemas & low maintenance

💭 Dari sketch biasa → jadi rumah yang ada jiwa & identiti

Itulah fungsi design yang betul.

Kalau anda pun ada:

✅ Idea sendiri (walaupun sketch simple)
✅ Nak bina rumah ikut konsep tertentu
✅ Atau nak upgrade design sedia ada

👉 Kami bantu realisasikan (design + drawing )

rojer2 ja 013-671 6009

site visit.. 😎😎😎Progress terkini projek pembinaan 1 unit dewan kahwin di Seksyen 17, Shah Alam.Alhamdulillah, perjalanan...
13/05/2026

site visit.. 😎😎😎

Progress terkini projek pembinaan 1 unit dewan kahwin di Seksyen 17, Shah Alam.

Alhamdulillah, perjalanan projek berjalan dengan baik setakat ini.

Stay tuned untuk progress seterusnya! 💪

🏠 Rumah nampak luas atas pelan, belum tentu selesa bila diduduki…Ramai owner tengok layout terus rasa:“Waaahh… besarnya ...
11/05/2026

🏠 Rumah nampak luas atas pelan, belum tentu selesa bila diduduki…

Ramai owner tengok layout terus rasa:

“Waaahh… besarnya ruang rumah saya nanti!” 😍

Tapi hakikat sebenar…

📌 Susunan perabot tak ikut saiz standard
📌 Kedudukan sanitary fitting main letak
📌 Saiz sinki hampir sama besar dengan meja makan 😅
📌 Ruang nampak kosong sebab ukuran sebenar tak realistik

Bila buat layout rumah, bukan sekadar lukis cantik atas pelan.

Yang penting ialah flow ruang, fungsi dan ukuran sebenar perabot supaya owner boleh bayangkan keadaan rumah selepas siap nanti.

✅ Sofa ikut saiz sebenar
✅ Katil & wardrobe ikut standard market
✅ Kitchen cabinet praktikal
✅ Ruang laluan selesa
✅ Tandas & sanitary layout betul

Barulah rumah bukan saja nampak cantik atas kertas… tapi sedap dan selesa untuk didiami 💯

Sebab tu sebelum approve layout, pastikan pelan dibuat dengan ukuran realistik dan praktikal. Jangan nanti rumah siap, baru rasa ruang sempit walaupun atas pelan nampak luas 😊

Selamat hujung minggu! ☀️Baru terima work progress bagi projek cadangan tambahan & ubah suai rumah teres 2 tingkat kepad...
10/05/2026

Selamat hujung minggu! ☀️

Baru terima work progress bagi projek cadangan tambahan & ubah suai rumah teres 2 tingkat kepada 3 tingkat di TTDI dari partner arkitek

Menariknya, setiap peringkat direkod dengan jelas — bermula dari design development, submission, tempoh kelulusan, lantikan kontraktor, kerja pembinaan, inspection, sehinggalah ke interior design dan akhir sekali perakuan siap bangunan (CCC).

Bila ada timeline dan work progress yang tersusun macam ni, memang banyak benda jadi lebih mudah — urusan masa lebih terancang, kawalan bajet lebih terkawal, dan yang paling penting, progress di tapak sentiasa boleh dipantau dengan lebih efisien.

Selamat pagi & salam Jumaat 🤲Dari sekeping tanah kosong… kini berdiri megah sebuah banglo 2 tingkat di Taman Zooview, KL...
07/05/2026

Selamat pagi & salam Jumaat 🤲

Dari sekeping tanah kosong… kini berdiri megah sebuah banglo 2 tingkat di Taman Zooview, KL.

Satu perjalanan yang penuh usaha, dari lakaran idea hingga menjadi realiti — rumah impian milik tuan rumah akhirnya siap dibina 🏡✨

Sedikit perkongsian view transformasi daripada tanah kosong hingga siap sepenuhnya. Setiap sudut ada cerita, setiap proses ada kenangan.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan 🙏
Semoga rumah ini menjadi tempat penuh bahagia buat seisi keluarga ❤️

Site defect inspection bersama owner sebelum proses penyerahan unit daripada kontraktor.Momen penting untuk pastikan set...
06/05/2026

Site defect inspection bersama owner sebelum proses penyerahan unit daripada kontraktor.

Momen penting untuk pastikan setiap sudut rumah diperiksa dengan teliti — dari kemasan, fungsi pintu & tingkap, sehinggalah kerja-kerja M&E. Apa-apa defect kita senaraikan awal supaya kontraktor boleh rectify sebelum serah kunci.

Biar lambat sikit, asalkan kualiti terjaga dan owner dapat rumah dalam keadaan terbaik 👍

Kelebihan dan kekurangan pembinaan rumah menggunakan steel strcture ☺️☺️✅Kelebihan Steel Structure1. Cepat siap2. Kualit...
06/05/2026

Kelebihan dan kekurangan pembinaan rumah menggunakan steel strcture ☺️☺️

✅Kelebihan Steel Structure

1. Cepat siap
2. Kualiti lebih konsisten
3. Ringan tapi kuat
4. Kurang foundation cost
5. Mesra ubahsuai
6. Kurang sisa pembinaan

❌ Kekurangan Steel Structure

1. Kos material boleh tinggi
2. Isu karat (corrosion)
3. Perlindungan api (fire resistance)
4. Penebat haba & bunyi kurang baik
5.Perlu contractor mahir
6. Pergerakan (thermal expansion)

⚖️ Kesimpulan ringkas

Steel structure sesuai kalau:

* Nak cepat siap
* Site susah (cerun / tanah lembut)
* Nak rumah moden & modular

Kurang sesuai kalau:

* Bajet ketat
* Tak nak pening pasal insulation & anti-karat
* Kontraktor tak berpengalaman

Kalau ikut pengalaman projek Malaysia, ramai guna hybrid system:

👉 structure steel + slab konkrit + dinding bata ringan

jumpa owner amik sain… esok ada submission melalui arkitek yg dilantik owner
05/05/2026

jumpa owner amik sain… esok ada submission melalui arkitek yg dilantik owner

Address

SURIAMAS CONDOMINIUM
Petaling Jaya
46150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IZ Pelukis Pelan KL & Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share