22/05/2026
call us now to know more
・・・
[𝐈𝐍𝐅𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈𝐊]
INISIATIF REBAT SOLAR : SuRIA Home
22 Mei 2026 | Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan program Sustainable Rebate & Incentive Assistance (SuRIA) Home sebagai inisiatif baharu bagi membantu rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan dalam memperluas akses tenaga hijau kepada rakyat serta mempercepat agenda peralihan tenaga negara ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan terjamin.
Di bawah program ini, pengguna domestik yang memenuhi syarat kelayakan boleh menerima:
⚡ Rebat RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar
⚡ Maksimum rebat sehingga RM3,000 (bersamaan 5kWac)
⚡ Sasaran manfaat kepada 45,000 – 50,000 rumah
⚡ Kapasiti solar terkumpul sehingga 250MW
📅 Pelaksanaan rebat akan bermula pada 1 Jun 2026 sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga kuota dipenuhi, berdasarkan prinsip first come, first served.
Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan pengguna individu Domestik Voltan Rendah (LV) serta telah berjaya memulatugas sistem Solar ATAP bersama TNB.
📌 Maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan dan tatacara permohonan akan dikongsikan melalui saluran rasmi PETRA Malaysia dari semasa ke semasa.