21/08/2026
Alhamdulillah, dan Terima kasih DPMM bagi sesi perbincangan bersama Dato’ Haji Rashedi bin Ramli, Pengasas DSME Group berkaitan pengurusan sisa ke arah ekonomi kitaran (circular economy) telah diadakan bersama Tuan Mohd Dzahir bin Jamudin, Timbalan Presiden, YDP DPMM WP Putrajaya, serta barisan kepimpinan DPMM iaitu YDP Hj. Farosham bin Naizamohideen, Naib Presiden DPMM Negeri Melaka; YDP Yusri bin Yusof, Naib Presiden DPMM Negeri Pahang; dan YDP Mohamed Zulkarnain bin Mohamed, YDP DPMM Negeri Sembilan, bertempat di DPMM, Anjung Melayu.
Perbincangan memberi tumpuan kepada pengurusan sisa yang lebih sistematik, mampan dan bernilai ekonomi, selaras dengan usaha memperkukuh pelaksanaan ekonomi kitaran dalam kalangan pemain industri dan usahawan Melayu. Inisiatif ini diharap dapat membuka ruang kepada kerjasama strategik, inovasi serta peluang perniagaan baharu dalam sektor pengurusan sisa, di samping menyokong kelestarian alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak DPMM atas kesudian menerima dan memberi ruang untuk sesi perbincangan serta perkongsian yang sangat bermanfaat ini.
📍 DPMM, Anjung Melayu