Abu Mujahid

Abu Mujahid Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Abu Mujahid, Commercial & Industrial, Puchong.

Hidup ini bukan laju je, ada masa kena perlahan!
17/01/2026

Hidup ini bukan laju je, ada masa kena perlahan!

Diuji. diuji. dan terus diuji. kadang terasa diri untuk menyerah. tika toleh kesisi, ada isteri untuk dilindungi. maju kedepan, ada anak-anak yang perlukan bimbingan. patutkah aku mengalah? Tidak sama sekali!

bam lan
13/01/2026

bam lan

Dalam memori.

Bawa anak jate potong rambut.
10/01/2026

Bawa anak jate potong rambut.

Lebih kurang 4km juga mek gatih basikal. namun keringat itu tidak seperti memberi bebanan demi membesarkan aku. -fatihahuntukmek

49/50 Aku dengan bini sangat jarang 'call' sebab kami lebih s**a cara klasik dengan bermesej (sekarang wasak la). kalau ...
07/11/2025

49/50

Aku dengan bini sangat jarang 'call' sebab kami lebih s**a cara klasik dengan bermesej (sekarang wasak la). kalau ada call pun sebab nak cakap dengan anak.

kelmarin bila ak video call dengan anak-anak, bini beritahu Headmistress sekolah abe Mujahid menyapa Abe Mujahid semasa mereka terserempak kat sekolah.

Headmistress: "Muammar, Muammar. Do you know your score for Arabic assessment".

Abe Mujahid: "Don't know Teacher".

Headmistress: "Your score 49/50. Only three student score above 48."

Abe Mujahid: "Alhamdulillah, thank you teacher."

Aku yang mendengar dari kejauhan terus menitis air mata jantan dalam hati. Pada aku berbaloi kami aturkan hidup abe mujahid antara sosial, akademik dan akhirat.

Harapnya result lain-lain subjek juga meningkat dengan baik. markah 49 tu bukanlah yang final. kalau sistem aku belajar sekolah rendah dulu, 49 tu darab 2 menjadikan markah akhir.

Tapi tak untuk Abe mujahid. 50% kira markah final Assessment. lagi 50% dikira dari penglibatan sepanjang tahun termasuk projek (20%), kuiz (20%) dan Kokurikulum (10%).

Dalam projek tu p**a, ada tiga atau empat projek yang kena siapkan untuk dapat score 20 tu. biasanya Abe mujahid akan dapat 17 atau 18.

Untuk Tahun depan (year 4), aku punya target abe mujahid dapat score 90 keatas bagi subjek matematik, sains dan Inggeris. Gerak kerja kena bermula sekarang sebab bukan mudah untuk anak kampung macam aku nak faham sistem belajar yang semakin akuntak faham ni.

Maaf la Abe, abi buat ni untuk abe, bukan untuk abi.

Abi doakan abe mujahid dan adik mujadid berjaya dunia dan akhirat jadi anak soleh abi dan mama. anak yang solatkan jenazah abi dan mama nanti. tapi kalau mama mati dulu, abi yang solatkan mama. paham-paham je la. hahaha.

psst: Guys, aku adalah seorang dealer PG. sesiapa yang nak simpan emas, roger la ya. servis terbaik abad ini aku bagi.




ABU AISYAH, MUJAHID & MUJADIDSemalam, balik sekolah Abe Mujahid bercerita Teachernya berkongsi kisah yang dipercayai aba...
31/10/2025

ABU AISYAH, MUJAHID & MUJADID

Semalam, balik sekolah Abe Mujahid bercerita Teachernya berkongsi kisah yang dipercayai abang mencederakan adik kandung kerana permainan video. Dengan rasa seramnya dia bila tahu kanak-kanak tersebut turut disiasat Polis.

Dalam riak wajahnya, dia terbayang dia yang disiasat polis (sebab dia sering bergaduh dengan Did).

Mamanya yang tengah drive tu apa lagi, terus naik sheikh ler 'membasuh' minda anak tentang pentingnya perilaku terhadap adik beradik.

Kami suami isteri sejak dulu mengharamkan 100% anak menggunakan telefon apatah lagi bermain permainan video. tidak boleh sama sekali!!! Sebabnya kami faham bahananya cukup dashat. Kami rela anak menangis minta fon dari kami yang menangis turun naik hospital berubat anak sebab implikasi buruk dari telefon.

Ya, setiap orang yang membaca tulisan ni memang ada pandangan masing-masing. Tapi pandangan korang tu simpan jauh-jauh. Ni ruang aku yang menulis! ha ha ha.

Aku setiap hari cuba cari ruang untuk adakan dua sesi dengan anak-anak walaupun lima minit setiap sesi.

Sesi pertama, mendidik ilmu dunia akhirat seperti buat homework atau cek bacaan Al-Quran atau perbetulkan solat anak.

Sesi kedua, sesi aku masuk ke alam mereka. Dengar Abe Mujahid bercerita pasal adik ambil barang dia. Dengar Did berkongsi pasal Maryam. Race car dengan Did. Ajak Abe Mujahid lawan rubik (yang ni mama dia hangin dengan aku sampai sekarang). suruh Abe Mujahid basuh kasut aku. Minta Did ambilkan aku air sejuk.

Benda-benda tu boleh je aku buat sendiri. Tapi aku gunakan ruang yang ada untuk cipta 'bonding' dengan anak setiap hari biar anak rasa aku sentiasa ada dengan mereka walaupun masa aku banyak diluar rumah.

Sangat penting bagi anak-anak aku untuk aku memihak kepada mereka bila mama mereka naik angin. Dan Aku sentiasa jadi hero. bila mamanya panas, akulah yang sejukkan anak-anak. bila aku yang panas, aku juga yang sejukkan anak-anak. jangan harap la mamanya nak main peranan kat situ. makan nasi dengan budu, boleh la nak harapkan dia. hahahahaa. maafkan saya mama.

Terima kasih kepada Teacher Abe Mujahid dalam silibus mengajar, selitkan juga ilmu duniawi dan isu semasa agar minda anak-anak berkembang.

Terima kasih pada mek dan ayah yang membesarkan ambo, memberi pendidikan, kakak dan abang yang memewahkan adik bongsu ni. sob sob sob.

Gambar sekadar hiasan.




harini semua dok imbas pasal sejarah nikah/ kahwin masing-masing. aku pun nak imbas juga la.
22/10/2025

harini semua dok imbas pasal sejarah nikah/ kahwin masing-masing.

aku pun nak imbas juga la.













harap berbaloi lerr
02/09/2025

harap berbaloi lerr

HERE WE GO!!!
01/09/2025

HERE WE GO!!!

115.8K likes, 2278 comments. “MARC GUEHI TO LIVERPOOL, HERE WE GO! 🚨”

01/09/2025

Address

Puchong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abu Mujahid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share